Sunday, May 15, 2011

HAFIZ ILYAS dikenakan AUKU ??




1. Notis prosiding tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya

(Tatatertib pelajar-pelajar) 1999

Pihak berkuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B Akta Universiti dan kolej Universiti 1971 telah berpendapat bahawa anda Mohamad Hafiz bin Ilyas, No. Matrik IEB 070052, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar) 1999 yang dibuat di bawah Seksyen 16C Akta tersebut seperti dalam pertuduhan tersebut dalam perenggan 2 di bawah.

PERTUDUHAN

Bahawa anda Mohamad Hafiz bin Ilyas, No. Matrik IEB 070052, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 22.2.2011 lebih kurang jam 12.30 tengahari di kawasan Gazebo, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, telah membuat representasi atau dengan cara perhubungan lain, secara lisan, kepada mana-mana pegawai awam dan/atau kepada akhbar dan/atau kepada orang ramai dalam ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan universiti ataupun dengan kakitangan atau pelajar universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar universiti, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang kakitangan atau pelajar universiti, tanpa kelulusan terdahulu daripada Naib Canselor.

Dan dengan demikian anda telah melakukan pelanggaran tatatertib di bawah kaedah 15 dalam kaedah-kaedah tersebut.

Jika anda didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut, anda boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah Kaedah 48 dalam kaedah-kaedah seperti berikut :-

a) Amaran;

b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit

c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan

e) Dipecat dari universiti


Petang Khamis, menerima panggilan telefon dari bonda & ayahanda yang tersayang.

Hati mereka tidak tenang selepas menerima panggilan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP)

meminta nombor telefon bimbit saya. Meminta saya menghadiri diri ke HEP

untuk mengambil sepucuk surat. Urgent katanya.. Bila ditanya surat apa? Mereka tidak menyatakannya.


Sebenarnya bonda & ayahanda sudah lali menerima panggilan ugutan dari mereka semenjak sebelum saya dicalonkan menjadikan YB Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya lagi.. Mereka memperkenalkan diri dari Bukit Aman le.. Antara ugutan mereka, “ Jaga anak encik elok2, jika tidak gelap masa depan ” Saya sempat bergurau dengan ayahanda, “ HEP nak bagi SURAT CINTA kot ” (^_^)..


4. Sebenarnya saya bakal dikenakan tindakan tatatertib dan kemungkinan besar akan dicaj dalam Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU)...


Memang life saya macam ni, buat sesiapa di luar sana yang memasang impian untuk menjadi teman sehidup & semati dengan saya, kena banyaklah bersabar dengan insan yang bernama Mohamad Hafiz Ilyas.. Perjalanan hidup dia masih jauh dan jalan-jalan yang diharungi tidak semudah yang disangka, tidak akan melalui red carpet.. InsyaAllah tidak akan dijanjikan dengan kesenangan & kekayaan..


Rasulullah dulu lebih dahsyat lagi jika nak dibandingkan dengan apa yang

saya alami ini. Hebat tarbiah Allah.. Saya tidak akan gentar sama sekali

berhadapan dengan sesiapa sebab saya beriman “Amantu Billahi wa Rasulih”..

Saya doakan mereka yang menzalimi saya, hidup mereka tidak akan kemana &

tidak akan tenteram sampai bila2..

Doa orang yang dizalimi Insya Allah akan diterima oleh Allah ‘Azza wa Jalla..

Semoga dengan ujian ini, diri saya lebih dekat dengan Allah..


Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, maka berdoalah :

CUKUPLAH BAGI KAMI ALLAH, DIALAH SEBAIK2 TEMPAT DISERAHKAN URUSAN “ (Ali imran 173)


Pengalaman mematangkan kita,

sesiapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya..


Keajaiban bertawakal (bergantung dengan Allah)..

Tidak ada sesiapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku pada esok harinya secara tepat, Allah yang menentukan kehidupan. Kadang2 perkara yang kita rasa kita tidak boleh buat, jika Allah izinkan, ia berlaku. .

YA ALLAH AKU SERAHKAN URUSAN INI KEPADA MU YA ALLAH


Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia dari dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil

JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KITA (at-Taubah 40)

Berdoalah :

يا حى يا قيوم برحمتك استغيث اصلح لى شانى كله و لا تكلنى الى نفسى طرفة عين

” Wahai Allah Yang Maha Hidup ! Wahai Yang Melakukan segala-galanya! Dengan Rahmat-Mu, aku memohon pertolongan, perbetulkan diriku dan juga urusanku seluruhnya! Dan janganlah Engkau membiarkan diriku keseorangan walaupun sekelip mata!"

No comments: