Sunday, May 15, 2011

HAFIZ ILYAS dikenakan AUKU ??




1. Notis prosiding tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya

(Tatatertib pelajar-pelajar) 1999

Pihak berkuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B Akta Universiti dan kolej Universiti 1971 telah berpendapat bahawa anda Mohamad Hafiz bin Ilyas, No. Matrik IEB 070052, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar) 1999 yang dibuat di bawah Seksyen 16C Akta tersebut seperti dalam pertuduhan tersebut dalam perenggan 2 di bawah.

PERTUDUHAN

Bahawa anda Mohamad Hafiz bin Ilyas, No. Matrik IEB 070052, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 22.2.2011 lebih kurang jam 12.30 tengahari di kawasan Gazebo, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, telah membuat representasi atau dengan cara perhubungan lain, secara lisan, kepada mana-mana pegawai awam dan/atau kepada akhbar dan/atau kepada orang ramai dalam ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan universiti ataupun dengan kakitangan atau pelajar universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar universiti, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang kakitangan atau pelajar universiti, tanpa kelulusan terdahulu daripada Naib Canselor.

Dan dengan demikian anda telah melakukan pelanggaran tatatertib di bawah kaedah 15 dalam kaedah-kaedah tersebut.

Jika anda didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut, anda boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah Kaedah 48 dalam kaedah-kaedah seperti berikut :-

a) Amaran;

b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit

c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan

e) Dipecat dari universiti


Petang Khamis, menerima panggilan telefon dari bonda & ayahanda yang tersayang.

Hati mereka tidak tenang selepas menerima panggilan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP)

meminta nombor telefon bimbit saya. Meminta saya menghadiri diri ke HEP

untuk mengambil sepucuk surat. Urgent katanya.. Bila ditanya surat apa? Mereka tidak menyatakannya.


Sebenarnya bonda & ayahanda sudah lali menerima panggilan ugutan dari mereka semenjak sebelum saya dicalonkan menjadikan YB Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya lagi.. Mereka memperkenalkan diri dari Bukit Aman le.. Antara ugutan mereka, “ Jaga anak encik elok2, jika tidak gelap masa depan ” Saya sempat bergurau dengan ayahanda, “ HEP nak bagi SURAT CINTA kot ” (^_^)..


4. Sebenarnya saya bakal dikenakan tindakan tatatertib dan kemungkinan besar akan dicaj dalam Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU)...


Memang life saya macam ni, buat sesiapa di luar sana yang memasang impian untuk menjadi teman sehidup & semati dengan saya, kena banyaklah bersabar dengan insan yang bernama Mohamad Hafiz Ilyas.. Perjalanan hidup dia masih jauh dan jalan-jalan yang diharungi tidak semudah yang disangka, tidak akan melalui red carpet.. InsyaAllah tidak akan dijanjikan dengan kesenangan & kekayaan..


Rasulullah dulu lebih dahsyat lagi jika nak dibandingkan dengan apa yang

saya alami ini. Hebat tarbiah Allah.. Saya tidak akan gentar sama sekali

berhadapan dengan sesiapa sebab saya beriman “Amantu Billahi wa Rasulih”..

Saya doakan mereka yang menzalimi saya, hidup mereka tidak akan kemana &

tidak akan tenteram sampai bila2..

Doa orang yang dizalimi Insya Allah akan diterima oleh Allah ‘Azza wa Jalla..

Semoga dengan ujian ini, diri saya lebih dekat dengan Allah..


Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, maka berdoalah :

CUKUPLAH BAGI KAMI ALLAH, DIALAH SEBAIK2 TEMPAT DISERAHKAN URUSAN “ (Ali imran 173)


Pengalaman mematangkan kita,

sesiapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya..


Keajaiban bertawakal (bergantung dengan Allah)..

Tidak ada sesiapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku pada esok harinya secara tepat, Allah yang menentukan kehidupan. Kadang2 perkara yang kita rasa kita tidak boleh buat, jika Allah izinkan, ia berlaku. .

YA ALLAH AKU SERAHKAN URUSAN INI KEPADA MU YA ALLAH


Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia dari dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil

JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KITA (at-Taubah 40)

Berdoalah :

يا حى يا قيوم برحمتك استغيث اصلح لى شانى كله و لا تكلنى الى نفسى طرفة عين

” Wahai Allah Yang Maha Hidup ! Wahai Yang Melakukan segala-galanya! Dengan Rahmat-Mu, aku memohon pertolongan, perbetulkan diriku dan juga urusanku seluruhnya! Dan janganlah Engkau membiarkan diriku keseorangan walaupun sekelip mata!"

Thursday, May 12, 2011

YDP MPM, Mantan Ahli Kabinet MPM Antara ‘Pengganas UM’

Uni. Malaya, 12.5 : Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM 2010/2011, Mohd. Syahid Mohd. Zaini yang juga mahasiswa Tahun Dua API turut sama akan dikenakan tindakan prosiding oleh Hal Ehwal Pelajar UM.

Mohd Syahid bersama 15 lagi Mahasiswa Universiti Malaya akan menghadapi sidang prosiding Jumaat depan (20 Mei 2011) pada pukul 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat HEP, Aras 2 Blok E, Kompleks Perdana Siswa ,UM.

Berikut antara kandungan surat yang telah diterima YDP MPMUM :

Sementara itu, selain Mohd Syahid, sumber menyatakan beberapa mantan ahli kabinet MPMUM sesi lepas (MPMUM 2009/2010) turut dikenakan tindakan tatatertib.


Antaranya Hafiz Ilyas (Timbalan Naib YDP 1 MPMUM 2009/2010) dan Mohd Fadzil Jamal yang memegang jawatan Exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPMUM 2009/2010.

Mereka dikenakan tindakan atas kesalahan mengadakan sidang media terbuka pada pilihanraya kampus UM Februari lalu.

Kesemua mereka dituduh atas kesalahan cuba mengancam keselamatan Universiti dan mengadakan beberapa himpunan haram di kawasan kampus.- GZDaily

Sumber :

http://gazebodaily.blog.com/2011/05/12/ydp-mpm-mantan-ahli-kabinet-mpm-antara-pengganas-um/

Wednesday, May 11, 2011

Muhasabah: Islamikah Kehidupan Seharian Kita?




Muhasabah Harian Setiap Muslim

Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

1.Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjemaah di masjid ? (bagi lelaki)

2.Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi lelaki)

3.Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

4.Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib?

5.Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?

6.Apakah anda hari ini khusyu’ dalam shalat, menghayati apa yang anda baca?

7.Apakah anda hari ini mengingatii mati dan kubur?

8.Apakah anda hari ini mengingati hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9.Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

10.Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan daripada api neraka? Kerana: Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, Wahai Allah! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan daripadapada api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, Wahai Allah! Selamatkan dia daripada api neraka. (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11.Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?

12.Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?

13.Apakah anda telah berusaha untuk menghindaripada banyak ketawa dan bergurau?

14.Apakah anda hari ini menangis kerana takut kepada Allah?

15.Apakah anda selalu membaca dzikir pagi dan petang hari?

16.Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda lakukan?

17.Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun dia meninggal di atas tempat tidurnya. (HR. Muslim)

18.Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?

19.Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu -waktu yang mustajab?

20.Apakah anda telah membeli buku-buku Islam untuk memahami Islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan kefahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran yang merosak kefahaman Islam yang sebenar).

21.Apakah anda meminta ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Kerana dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)

22.Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?

23.Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

24.Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan?

25.Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan oleh urusan peribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah semata?

26.Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri daripadapada sikap sombong dan membanggakan diri?

27.Apakah anda telah mengunjungi saudara -saudara seiman dan seagama (ikhlas kerana Allah semata)?

28.Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?

29.Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

30.Apakah anda selalu mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya jika anda mendapat musibah daripada Allah? Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali kasutnya putus kerana hal itu termasuk musibah. (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

31.Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui. (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan daripadanya daripada syirik besar dan syirik kecil.

32.Apakah anda selalu berbuat baik kepada jiran tetangga?

33.Apakah anda telah membersihkan hati daripada sombong, ria’, hasad dan dengki?

34.Apakah anda telah membersihkan lisan anda daripada perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?

35.Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?

36.Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat redha Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, Insya Allah.

Sumber:

-Zaadul Muslim Al-Yaumi , Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah.

-Al-Qabru ‘Adzaabuhu wa Na’iimuhu, Syaikh Husain Al-’Awaisyah

http://www.perpustakaan-islam.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=8

[Kontributor : Abu Abdurrahman Umar Munawwir]

Tuesday, May 10, 2011

Peluang untuk BERDAKWAH !!!


Baru menerima panggilan dari TV AL-HIJRAH
menawarkan kepada saya untuk menjadi peserta Program " Madrasah Al-Hijrah".


3 orang peserta lelaki & 3 orang perempuan diperlukan.

Kriterianya mudah je, boleh berkomunikasi dengan baik.

Objektifnya untuk menyampaikan ilmu Syariah kepada masyarakat di Malaysia.

Dikendalikan oleh Ustaz Badlishah.

Sesiapa yang berminat nak masuk TV, boleh terus hubungi saya dengan kadar yang segera (^_^). Harap maklum..



TV Alhijrah, sebuah stesen televisyen percuma (FTA) terbaru yang berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur, merupakan stesen televisyen pertama dilahirkan dari inpirasi bercirikan Islam.

Sasaran stesen TV ini adalah golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 sehingga 17 tahun serta golongan muda dan keluarga berumur 18 sehingga 39 tahun. Siaran TV Alhijrah bersifat menyeluruh. Bagi golongan Islam, ia akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan, manakala bagi bukan penganut Islam, ia membantu memperjelaskan keindahan agama Islam yang sebenarnya.

Visi TV Alhijrah adalah untuk menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. TV Alhijrah mengajak penonton dan masyarakat untuk melakukan perubahan dalam semua lapangan hidup ke arah kebaikan secara berterusan.