Saturday, February 19, 2011

Kolej Kediaman Terus Lahirkan ‘Pak Guard’ Masa Hadapan UM -UM kini-


Universiti Malaya : Tibanya pilihanraya kampus Universiti Malaya, pasti akan kelihatan kewujudan penjaga pintu pagar yang akan menjaga pintu pagar utama kolej-kolej kediaman.

Suasana itu hanya dapat dilihat ketika kehangatan kempen semua calon Pro-Mahasiswa UM yang ingin berkempen di kolej-kolej kediaman.

Namun, tidak semua kolej kediaman dilihat ‘mewujudkan’ penjaga pintu pagar dan kelihatan pada tahun ini Kolej Kediaman Ketiga, Kolej Kediaman Keempat, Kolej Kediaman Ketujuh dan Kolej Kediaman Kesembilan yang menggunakan khidmat mahasiswa untuk menjadi ‘Pak Guard tambahan’ di kolej terbabit.

Kempen hari pertama pada hari ini (Jumaat) juga menyaksikan beberapa ‘Pak Guard masa hadapan UM’ telah berjaya dilahirkan oleh pentadbiran kolej dan Sekretariat Presiden-Presiden

Kolej Kediaman (SPKUM).

Namun, kehadiran Jurucakap SPKUM, Asri Zulkifli ketika 150 calon dan penyokong Pro-M bergerak ke Kolej Kediaman Ketujuh menyaksikan ‘Pak Guard’ di kolej tersebut ‘patuh’ sedikit dengan permintaan Pro-M UM bagi membenarkan calon dan wakil calon untuk masuk berkempen.

Namun, di kolej tersebut, tidak semua wakil calon dibenarkan masuk berbanding di Kolej Kediaman Keempat dan Kolej Kediaman Ketiga.

Sudah pasti mereka semua dibayar ‘elaun’ untuk menjalankan tugas yang telah ‘diamanahkan’ oleh pentadbiran kolej kediaman.

Laungan keramat ‘Student Power’ dan ‘Bangkit-bangkit Mahasiswa’ serta’ GERAK Bacul, Penakut’ juga kedengaran dilaungkan oleh aktivis dan penyokong Pro-M UM di luar pintu pagar kolej-kolej terbabit. – UMkini.

Sumber :
http://umkini.com/?p=282

No comments: