Wednesday, February 23, 2011

KENYATAAN MEDIA : KEMENANGAN PRO-M UM

KENYATAAN MEDIA

KEMENANGAN PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA DALAM PILIHANRAYA KAMPUS

SESI 2010/2011

22 FEBRUARI 2011

A. Pengenalan :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberikan kemenangan kepada Pro Mahasiswa. Kemenangan Pro Mahasiswa pada Pilihanraya Kampus pada sesi kali ini telah menunjukkan masyarakat kampus masih memberi kepercayaan kepada Pro Mahasiswa untuk memimpin Universiti Malaya. Perjuangan mempertahankan kebenaran tidak semudah yang disangka, sesungguhnya keterlibatan seluruh mahasiswa untuk meneruskan agenda perjuangan ini amat-amat diperlukan bagi merealisasikan segala yang dijanjikan di samping membantu merealisasikan harapan dan matlamat Universiti.

B. Fakta

Fakta :

1- Kemenangan berpihak pada Pro Mahasiswa.

Pada 21 Januari 2011, telah diadakan sesi pembuangan undi yang masih menggunakan sistem E-voting yang berpusat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu. Pengumuman mengenai keputusan undian telah dilakukan tepat jam 6.00 petang dan kemenangan telah berpihak kepada Pro Mahasiswa dengan kemenangan penuh di 9 kerusi Calon Umun, 14 kerusi bagi Calon Fakulti dan layak untuk membentuk kabinet MPMUM sesi kali ini. Kemenangan ini adalah suatu momentum dan menunjukkan perjuangan dan hempas pulas mahasiswa dalam memperjuangkan hak-hak dan keadilan berkaitan mahasiswa masih belum berakhir dan akan terus diperjuangkan oleh kabinet MPMUM sesi 2010/2011 untuk kebajikan dan kebaikan kepada seluruh mahasiswa.

2- Memansuhkan sistem 4E

Pendirian kami di peringkat Pro Mahasiswa berkenaan sistem baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran universiti berkaitan sistem 4 E (e-penamaan calon, e- bantahan dan e-rayuan termasuk juga e- undi) masih tetap dibantah dan kami amat-amat meragui berkenaan sistem ini. Sesungguhnya kemenangan ini adalah kuasa dan rahmat dari Illahi dan telah menunjukkan kebenaran dan suara keramat mahasiswa, kami tidak sama sekali mengiyakan bahawa kemenangan ini telah menunjukkan kebaikan terhadap sistem ini. Kami dari Pro Mahasiswa akan terus menyokong kabinet MPMUM sesi 2020/2011 dan akan bersama-sama memperjuangkan bagi memansuhkan sistem yang korup ini dan akan memastikan sistem ini tidak akan dilaksankan pada sesi pilihanraya kampus akan datang.

3- Agenda yang akan diperjuangkan oleh calon Pro Mahasiswa

Pada sesi kemenangan ini Pro Mahasiswa akan membawa 4 agenda utama yang akan direalisasikan untuk mahasiswa Universiti Malaya iaitu mengenai KEBAJIKAN, KEPIMPINAN,AKADEMIK DAN INTELEKTUAL DAN LUAR KAMPUS. Antara agenda lain yang akan diperjuangkan ialah menubuhkan parlimen mahasiswa bagi memudahkan suara mahasiswa disalurkan dan didengari di saluran yang disediakan. Kami akan berusaha menjalankan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh mahasiswa demi memastikan kecemerlangan dan turut bersama-sama membantu mencapai hasrat universiti .

4- Kes kehilangan calon umum Pro Mahasiswa Masturah Abu Bakar

Kes kehilangan calon umum Pro Mahasiswa Masturah Abu Bakar pada 19 Februari lalu yang telah selamat dijumpai tetapi misteri kehilangan beliau masih belum terjawab.dan kami diperingkat mahasiswa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan palsu dan mereka-reka cerita tentang kehilangan beliau. Walhal, kes ini masih lagi dalam siasatan.

Melalui kenyataan akhbar Mstar online bertarikh 22 Februari 2011 (Selasa) yang bertajuk “UM Kesal Pihak Luar Campuri Kempen Pemilihan Wakil Pelajar”. Pihak NC tidak sepatutnya merasakan bahawa kehadiran ibu dan ahli keluarga Masturah pada malam solat hajat itu sebagai tindakan untuk mengempen bagi pihak beliau. Kedatangan ahli keluarga Masturah atas menerima undangan daripada kami untuk bersama menunaikan solat hajat memohon keselamatan Masturah. Ucapan daripada ibu beliau adalah semata-mata untuk memberi semangat kepada seluruh mahasiswa dan sokongan moral kepada pro mahasiswa untuk meneruskan perjuangan tanpa kehadiran anaknya sekalipun.

C. Penutup:

Justeru, kami dari Pro Mahasiswa akan berusaha sehabis baik bagi memperjuangkan kebajikan mahasiswa..Kami tidak akan menegecewakan mahasiswa harapan mahasiswa yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami untuk memimpin kabinet MPMUM pada sesi kali ini. Semoga momentum yang ditunjukkan ini akan memberikan kekuatan yang lebih kepada seluruh mahasiswa untuk terus menyokong perjuangan ini demi memastikan segala kebajikan dan suara mahasiswa didengari dan tidak dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

No comments: