Wednesday, February 23, 2011

Hari Pertama di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KOPIM)



Bergambar bersama rakan2 artis : kumpulan FEEL HONEY (^_^)


TENTATIF
KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM 2011 (KO-PIM ’11)


Hari Pertama (23 Februari 2011 | Rabu)

08.00 – 09.00 pg : Pendaftaran

09.00 – 11.00 pg : Pembentangan Pertama :
(Sistem Pendidikan Islam - Cabaran)
Pembentang 1 : Prof. Dr. Nik Azis bin Nik Pa (UM)
Tajuk : Memaknai Konsep ‘Ta’dib’ Pendidikan Islam
di Malaysia : Cabaran Semasa
Pembentang 2 : Prof. Dr. Omar bin Abdull Kareem (UPSI)
Tajuk : Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia :
Realiti Masa Kini
Pengerusi : Dr. Mohd. Roslan bin Mohd. Nor (UM)

11.00 – 11.30 pg : Minum Pagi

11.30 – 01.30 ptg : Pembentangan Kedua :
(Kurikulum Pendidikan Islam - Cabaran)
Pembentang 1 : Prof. Dato’ Dr. Sidek bin Baba (UIAM)
Tajuk : Cabaran Integrasi Ilmu dan Kurikulum
Pendidikan Islam di Malaysia
Pembentang 2 : Prof. Madya Dr. Habib bin Mat Som (UPSI)
Tajuk : Realiti Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam di Malaysia
Pengerusi : Dr. Muhammad Azhar bin Zailani (UM)

01.30 – 02.30 ptg : Makan Tengahari
Solat Zohor

02.30 – 04.30 ptg : Pembentangan Ketiga:
(Pendidik Muslim dan Masyarakat Malaysia)
Pembentang 1 : Tuan Hasyim bin Junaidi ( JAKIM )
Tajuk : Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia : Peranan
Pendidik Muslim
Pembentang 2 : Tn Hj. Abdullah bin Md Din ( BPI, KPM )
Tajuk : Peranan Pendidik Muslim di Sekolah : Realiti dan
Harapan di Malaysia
Pengerusi : Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir (UM)

04.30 – 05.00 ptg : Minum Petang
Solat Asar
Bersurai


Hari Kedua (24 Februari 2011 | Khamis)

09.00 – 11.00 pg : Pembentangan Keempat :
(Sistem Pendidikan Islam - Solusi)
Pembentang 1 : Prof. Dato’ Dr. M. Yakub @ Zulkifli bin M. Yusoff (UM)
Tajuk : Al-Quran dan Sunnah sebagai Sumber Pemikiran
Pendidikan Islam di Malaysia
Pembentang 2 : Prof. Dr. Fatimah @ Hasnah binti Daud (UIAM)
Tajuk : Pendidikan Islam dalam Perpaduan Multi-Etnik di
Malaysia
Pengerusi : Dr. Zawawi bin Ismail (UM)

11.00 – 11.30 pg : Minum Pagi

11.30 – 01.30 ptg : Pembentangan Kelima :
(Kurikulum Pendidikan Islam - Penyelesaian)
Pembentang 1 : Prof. Dr. Saedah binti Siraj (UM)
Tajuk : Transformasi dalam Kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia
Pembentang 2 : Dato’ Prof. Madya Dr. Ab. Halim bin Tamuri (UKM)
Tajuk : Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia
Pengerusi : Dr. Sa’adan bin Man (UM)

01.30 – 02.30 ptg : Makan Tengahari
Solat Zohor

02.30 – 03.30 ptg : Syarahan Pendidikan Islam
Penyampai : Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid
Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa INTI
Tajuk : Memperkasa Pendidikan Islam di Malaysia
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Ruzman bin Md. Noor
Timbalan Pengarah (PP) API, UM

03.30 – 05.00 ptg : Majlis Perasmian KO-PIM ’11
Perasmi : YB. Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

05.00 – 05.30 ptg : Minum Petang
Solat Asar
Bersurai


* Sesi Pembentangan:
- Setiap pembentang diperuntukkan selama 45 minit.
- Soal jawab akan berlangsung selama 30 minit.

KENYATAAN MEDIA : KEMENANGAN PRO-M UM

KENYATAAN MEDIA

KEMENANGAN PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA DALAM PILIHANRAYA KAMPUS

SESI 2010/2011

22 FEBRUARI 2011

A. Pengenalan :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberikan kemenangan kepada Pro Mahasiswa. Kemenangan Pro Mahasiswa pada Pilihanraya Kampus pada sesi kali ini telah menunjukkan masyarakat kampus masih memberi kepercayaan kepada Pro Mahasiswa untuk memimpin Universiti Malaya. Perjuangan mempertahankan kebenaran tidak semudah yang disangka, sesungguhnya keterlibatan seluruh mahasiswa untuk meneruskan agenda perjuangan ini amat-amat diperlukan bagi merealisasikan segala yang dijanjikan di samping membantu merealisasikan harapan dan matlamat Universiti.

B. Fakta

Fakta :

1- Kemenangan berpihak pada Pro Mahasiswa.

Pada 21 Januari 2011, telah diadakan sesi pembuangan undi yang masih menggunakan sistem E-voting yang berpusat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu. Pengumuman mengenai keputusan undian telah dilakukan tepat jam 6.00 petang dan kemenangan telah berpihak kepada Pro Mahasiswa dengan kemenangan penuh di 9 kerusi Calon Umun, 14 kerusi bagi Calon Fakulti dan layak untuk membentuk kabinet MPMUM sesi kali ini. Kemenangan ini adalah suatu momentum dan menunjukkan perjuangan dan hempas pulas mahasiswa dalam memperjuangkan hak-hak dan keadilan berkaitan mahasiswa masih belum berakhir dan akan terus diperjuangkan oleh kabinet MPMUM sesi 2010/2011 untuk kebajikan dan kebaikan kepada seluruh mahasiswa.

2- Memansuhkan sistem 4E

Pendirian kami di peringkat Pro Mahasiswa berkenaan sistem baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran universiti berkaitan sistem 4 E (e-penamaan calon, e- bantahan dan e-rayuan termasuk juga e- undi) masih tetap dibantah dan kami amat-amat meragui berkenaan sistem ini. Sesungguhnya kemenangan ini adalah kuasa dan rahmat dari Illahi dan telah menunjukkan kebenaran dan suara keramat mahasiswa, kami tidak sama sekali mengiyakan bahawa kemenangan ini telah menunjukkan kebaikan terhadap sistem ini. Kami dari Pro Mahasiswa akan terus menyokong kabinet MPMUM sesi 2020/2011 dan akan bersama-sama memperjuangkan bagi memansuhkan sistem yang korup ini dan akan memastikan sistem ini tidak akan dilaksankan pada sesi pilihanraya kampus akan datang.

3- Agenda yang akan diperjuangkan oleh calon Pro Mahasiswa

Pada sesi kemenangan ini Pro Mahasiswa akan membawa 4 agenda utama yang akan direalisasikan untuk mahasiswa Universiti Malaya iaitu mengenai KEBAJIKAN, KEPIMPINAN,AKADEMIK DAN INTELEKTUAL DAN LUAR KAMPUS. Antara agenda lain yang akan diperjuangkan ialah menubuhkan parlimen mahasiswa bagi memudahkan suara mahasiswa disalurkan dan didengari di saluran yang disediakan. Kami akan berusaha menjalankan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh mahasiswa demi memastikan kecemerlangan dan turut bersama-sama membantu mencapai hasrat universiti .

4- Kes kehilangan calon umum Pro Mahasiswa Masturah Abu Bakar

Kes kehilangan calon umum Pro Mahasiswa Masturah Abu Bakar pada 19 Februari lalu yang telah selamat dijumpai tetapi misteri kehilangan beliau masih belum terjawab.dan kami diperingkat mahasiswa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan palsu dan mereka-reka cerita tentang kehilangan beliau. Walhal, kes ini masih lagi dalam siasatan.

Melalui kenyataan akhbar Mstar online bertarikh 22 Februari 2011 (Selasa) yang bertajuk “UM Kesal Pihak Luar Campuri Kempen Pemilihan Wakil Pelajar”. Pihak NC tidak sepatutnya merasakan bahawa kehadiran ibu dan ahli keluarga Masturah pada malam solat hajat itu sebagai tindakan untuk mengempen bagi pihak beliau. Kedatangan ahli keluarga Masturah atas menerima undangan daripada kami untuk bersama menunaikan solat hajat memohon keselamatan Masturah. Ucapan daripada ibu beliau adalah semata-mata untuk memberi semangat kepada seluruh mahasiswa dan sokongan moral kepada pro mahasiswa untuk meneruskan perjuangan tanpa kehadiran anaknya sekalipun.

C. Penutup:

Justeru, kami dari Pro Mahasiswa akan berusaha sehabis baik bagi memperjuangkan kebajikan mahasiswa..Kami tidak akan menegecewakan mahasiswa harapan mahasiswa yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami untuk memimpin kabinet MPMUM pada sesi kali ini. Semoga momentum yang ditunjukkan ini akan memberikan kekuatan yang lebih kepada seluruh mahasiswa untuk terus menyokong perjuangan ini demi memastikan segala kebajikan dan suara mahasiswa didengari dan tidak dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Tuesday, February 22, 2011

Angin perubahan pada p'raya kampus -Malaysiakini-



Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.

Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A. Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan. NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti. Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu. Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi. NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus. Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa. UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh. NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu. Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil. "Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik. "Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman. "Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini. Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi. NONEDi Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya. Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi. Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas. Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya. NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas. Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka. "Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya. Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedahsiasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini. Dalam perkembangan terbaru di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) lewat petang ini, pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas. Tahun lalu mereka menang 15 kerusi. Ini bermakna pro-M tahun ini berjaya menambah cengkamannya di universiti itu. Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Kemenangan PRO-M di UM!

Monday, February 21, 2011

UNDI CALON UMUM KITA !!! (^_^)









Isu Calon Pro-M Hilang !!



Kehilangan Masturah cetus misteri (Utusan Malaysia)


Mastura


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bahang Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya yang akan berlangsung esok semakin mendebarkan apabila seorang calon wanita promahasiwa yang bertanding, kini hilang sejak petang semalam.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang semalam sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 12.20 tengah malam tadi.

Menurut Pengerusi ProMahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul, sebelum kehilangannya, Masturah bersama beberapa rakan termasuk Nurhanis Wahidah berkumpul di antara blok D dan E pangsapuri tersebut untuk berkempen.

"Kira-kira pukul 4.15 petang, Masturah memberitahu rakannya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di blok E.

"Bagaimanapun, setelah menunggu agak lama, Masturah tidak muncul dan usaha rakannya menghubungi calon itu gagal.

"Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, Masturah gagal ditemui sebelum Nurhanis Wahidah membuat laporan polis tengah malam tadi.

"Masturah berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit sawo matang bercermin mata, tinggi kira-kira 173 sentimeter, memakai kot labuh warna hitam dan kasut sandal putih sebelum dia disedari hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Taufiq, pihaknya menggunakan khidmat perubatan Islam Darussyifa untuk mengesan mangsa. Keluarganya juga telah dimaklumkan tentang kehilangan Mastura.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian tersebut, rakan kepada calon itu memaklumkan bahawa Masturah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

"Antara isi kandungan SMS tersebut adalah: "Woi celaka! jaga sikit perangai kau itu, kami dah lama perhati kau, siaplah kau lepas ni, kau ingat kau bagus sangat".

"Malah pada pagi tadi, seorang lagi rakan mangsa menerima panggilan yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah sekiranya mahukan Mastura selamat," katanya lagi.

Katanya, ekoran panggilan yang berbentuk ugutan itu, satu lagi laporan polis dibuat di balai polis yang sama pada pukul 11.40 pagi ini.

Ditanya mengenai pilihan raya kampus itu, Mohd. Taufiq memberitahu, pihaknya telah menghantar surat kepada Naib Canselor UM memohon supaya menangguhkan pilihan raya tersebut.

Katanya, dalam usaha mendoakan mangsa selamat sehingga ditemui, pihaknya mengadakan majlis solat hajat beramai-ramai di Dewan Tunku Canselor di universiti itu malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan pelajar itu.

"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya.


Calon pilihan raya kampus UM dilaporkan hilang (The Malaysian Insider)

February 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang sejak petang semalam oleh rakannya sekampusnya.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan pada pukul 12.20 tengah malam tadi mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya.

Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM.

Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan “setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis.

Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa (Pro-M) UM, akan bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu esok, dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini, katanya.

“Siasatan polis masih berjalan dan pada masa yang sama, pihaknya juga meneliti pelbagai kemungkinan dan motif kehilangan mahasiswa itu, termasuk unsure balas dendam,” kata Wan Abdul Bari.

Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang, katanya.

Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercemin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih.

Sebanyak 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah. — Bernama




Sunday, February 20, 2011

Seorang calon wanita pro-M UM dilapor hilang -Malaysiakini-

Dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM) yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung berlangsung esok.

masturah abu bakarKehilangan calon wanita tersebut - Masturah Abu Bakar - dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam - yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Katanya, ketika merada berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan memintanya menunggu di blok E.

Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal.

universiti malaya pro m students pc on missing candidate 200211 1Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporan polis itu juga, Nurhanis memberitahu bahawa seorang lagi rakannya telah menghubungi keluarga Masturah selepas insiden itu berlaku.

"Semasa kawan saya keluar, (dia) berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, tinggi lebih kurang 173 (cm), berkot labuh warna hitam berkasut sandal berwarna putih," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu juga menyebut bahawa sebelum itu, Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat".

Sehubungan itu, Nurhanis membuat laporan polis kerana "takut" tentang keselamatan Masturah di kemudian hari.

Sementara itu, wakil calon Masturah - Rohayu Rosli - pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah.

Salinan dua laporan polis tersebut diedarkan pada wartawan dalam sidang akhbar oleh sekumpulan pelajar pro-M yang diketuai oleh pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah di depan Dewan Tuanku Canselor UM petang ini.

Dalam sidang media, Farid mendesak pentadbiran UM agar bertanggungjawab di atas kehilangan Masturah kerana penetapan tarikh kempen yang ditentukan pada hujung minggu bermula 18 Februari hingga 20 Februari.

Ini kerana katanya, penetapan tarikh itu menyukarkan proses berkempen disebabkan hampir semua pelajar universiti tidak berada di kampus, malah sebelum ini desakan pro-M meminta agar masa kempen ini diubah juga tidak dilayan.

Dakwanya, hampir seluruh kolej kediaman mengadakan sekatan kepada calon pro-M untuk berkempen dan pelajar yang mengakui diri mereka ahli jawatankuasa kolej turut didakwa menyekat kemasukan orang luar termasuk tempoh berkempen selama 10 minit.

"Oleh hal demikian, calon-calon pro-Mahasiswa mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi ziarah ke luar kampus.

"Rentetan penetapan syarat-syarat yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa induk inilah memaksa para calon menjalankan sesi ziarah diluar yang secara jelas tidak menjamin keselamatan para calon," katanya.

Farid juga menuntut agar pihak universiti menunda pilihan raya kampus sehingga Masturah yang juga pelajar Akademi Pengajian Islam UM ditemui semula.

Ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu, Farid berkata pihak universiti juga turut dimaklumkan berhubung kehilangan Masturah.

Sehingga selesai sidang akhbar tersebut kira-kira jam 5.15 petang tadi, Farid memberitahu pemberita bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan berhubung kehilangan Masturah.

UM adalah antara lima universiti utama yang akan mengadakan pilihan raya kampusnya esok.

Saturday, February 19, 2011

Penjelasan : Fitnah dan Fakta yang salah dari sidang media oleh Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM


by Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM) on Saturday, 19 February 2011 at 15:27

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pilihanraya kampus Universiti Malaya sememangnya sentiasa panas dengan suasana kempen dan isu yang timbul. Semuanya ini adalah permainan dan aksi biasa dalam suatu padang demokrasi. Namun malangnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Asri Zulkifli dalam sidang media semalam yang jelas menunjukkan kecetekan fakta dan ketandusan idea beliau dalam pilihanraya kampus kali ini.

Justeru, ada beberapa pembetulan fakta yang perlu dibuat :

1. Tidak ada jemputan lansung dari pihak TNC HEP untuk berjumpa dengan wakil mahasiswa semasa himpunan di gazebo. Hanya saudara Ahmad Syazwan (Presiden PMIUM) yang menerima mesej dari wakil Naib Canselor mengatakan NC telah MENGARAHKAN TNC HEP untuk berjumpa dengan mahasiswa. Namun TNC HEP hanya mahu berjumpa seorang sahaja daripada kami. Jelas bahawa TNC tidak mehu berjumpa dengan mahasiswa.

2. Kami menafikan kenyataan bahawa pihak pentadbiran tidak akan bersetuju dengan apapun yang Pro Mahasiswa bawa.Sebenarnya, hanya TNC HEP sahaja yang lansung tidak boleh menerima pandangan kami, sebaliknya banyak perkara yang Pro-M bawa terus kepada Naib Canselor, diterima. ( contohnya pembatalan bengkel calon dan penukaran Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan, rujuk : http://malaysiakini.com/news/155760

3. Asri mendakwa ada ahli politik yang masuk ke UM pada hari penamaan calon dan mendakwa boleh memecahbelahkan mahasiswa yang ada. Ahli politik tersebut ialah saudara Nazri Yunus ( mantan Presiden PMIUM) dan Cikgu Bad (SMM). Kami menafikan penglibatan dan ternyata Asri tidak mengenali mereka ini. Saudara Nazri merupakan pelajar Master dan memang selalu ada di UM. Cikgu bad bukan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), tetapi Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan tidak ada bukti dikemukan bahawa dia telah masuk kekampus UM pada hari berkenaan.

Pro Mahasiswa kesal dengan kesalahan maklumat dan fakta yang diberikan oleh seorang pemimpin utama Penggerak Mahasiswa. Jika beliau menuduh Pro-m suka 'judge' tanpa usul periksa, saya rasa mahasiswa sudah boleh menilai dia pula bagaimana.

Dalam usaha Pro Mahasiswa tegas membela demokrasi dan keadilan mahasiswa, pihak penggerak hanya memerhati sahaja apa yang berlaku. Golongan mahasiswa tidak boleh akur dan tunduk dengan sistem yang korup, mesti bangkit lawan kezaliman.

Berjuanglah atas idealisme, bukan 'boneka'nisme....

video penuh sidang media tersebut boleh dilihat disini: http://www.malaysiakini.tv/video/21062/um-deputy-vc-meets-pro-m-students.html

UM deputy VC meets pro-M students -Malaysia Kini-

Undi Calon Umum Anda !!

Kolej Kediaman Terus Lahirkan ‘Pak Guard’ Masa Hadapan UM -UM kini-


Universiti Malaya : Tibanya pilihanraya kampus Universiti Malaya, pasti akan kelihatan kewujudan penjaga pintu pagar yang akan menjaga pintu pagar utama kolej-kolej kediaman.

Suasana itu hanya dapat dilihat ketika kehangatan kempen semua calon Pro-Mahasiswa UM yang ingin berkempen di kolej-kolej kediaman.

Namun, tidak semua kolej kediaman dilihat ‘mewujudkan’ penjaga pintu pagar dan kelihatan pada tahun ini Kolej Kediaman Ketiga, Kolej Kediaman Keempat, Kolej Kediaman Ketujuh dan Kolej Kediaman Kesembilan yang menggunakan khidmat mahasiswa untuk menjadi ‘Pak Guard tambahan’ di kolej terbabit.

Kempen hari pertama pada hari ini (Jumaat) juga menyaksikan beberapa ‘Pak Guard masa hadapan UM’ telah berjaya dilahirkan oleh pentadbiran kolej dan Sekretariat Presiden-Presiden

Kolej Kediaman (SPKUM).

Namun, kehadiran Jurucakap SPKUM, Asri Zulkifli ketika 150 calon dan penyokong Pro-M bergerak ke Kolej Kediaman Ketujuh menyaksikan ‘Pak Guard’ di kolej tersebut ‘patuh’ sedikit dengan permintaan Pro-M UM bagi membenarkan calon dan wakil calon untuk masuk berkempen.

Namun, di kolej tersebut, tidak semua wakil calon dibenarkan masuk berbanding di Kolej Kediaman Keempat dan Kolej Kediaman Ketiga.

Sudah pasti mereka semua dibayar ‘elaun’ untuk menjalankan tugas yang telah ‘diamanahkan’ oleh pentadbiran kolej kediaman.

Laungan keramat ‘Student Power’ dan ‘Bangkit-bangkit Mahasiswa’ serta’ GERAK Bacul, Penakut’ juga kedengaran dilaungkan oleh aktivis dan penyokong Pro-M UM di luar pintu pagar kolej-kolej terbabit. – UMkini.

Sumber :
http://umkini.com/?p=282

Friday, February 18, 2011

UM Campus Election - NTV7

Video Provokasi Murahan yang disediakan oleh BALACI2 HEP !!

Senarai Nama Calon UMUM & FAKULTI Pemilihan MPMUM Sesi 2010/2011


LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY GENERAL

No. Candidate

1 KELVIN TEE TIN LOONG

FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES

2 NISHALINE PRIYA A/P PUBALAN

FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES

3 MOHD AMIR ABDULLAH BIN MOHD AMIR NAJIB

FACULTY OF ECONOMICS AND ADMINISTRATION

4 MOHD SYAHRUL SOPIAN BIN SULAIMAN

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

5 HAWARI BIN ZAKARIA @ AZAHARI

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

6 ROBIATUL ADAWIAH BINTI JAMALI

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

7 MASTURAH BT ABU BAKAR

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

8 MOHAMED BUKHAIRY BIN MOHAMED SOFIAN

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

9 MOHD SYAHID B MOHD ZAINI

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

10 SITI NADZIRAH BINTI MAJEED

ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

11 NURHIDAYAH BINTI SAHALAN

ACADEMY OF MALAY STUDIES

12 LOCK LI PING

FACULTY OF ENGINEERING

13 CHER RUEY HUAT

FACULTY OF ENGINEERING

14 NURSHAKIRIN BINTI HAZIM CHAN

FACULTY OF ENGINEERING

15 TAN TIONG YIH

FACULTY OF ENGINEERING

16 YONG II YANG

FACULTY OF LAW

17 SAW YEE FUNG

FACULTY OF SCIENCE

18 AHMAD FADHLURRAHMAN BIN AHMAD HIDAYAT

FACULTY OF SCIENCE

19 ARNEE FARZANA BINTI MOHAMMAD NURDIN

FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS

Total : 19

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES

No. Candidate

1 NOOR HAFIZA BINTI ABDUL MAJID

2 MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH

3 SAMSUALAM BIN HALIM

4 YEONG LEE KEE

Total : 4

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT

No. Candidate

1 AHMAD NUR AZRUL BIN CHE REZALI

2 NABILA FARHANA BINTI ROSLAN

3 LUQMAN HAKIM BIN MUHD FADZIR

Total : 3

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF BUSINESS AND ACCOUNTANCY

No. Candidate

1 TAN QI HONG

2 NUR HAZWANI BINTI ZAKARIA

Total : 2

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF DENTISTRY

No. Candidate

1 MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOKHTAR

2 THONG MING HANG

Total : 2

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF ECONOMICS AND ADMINISTRATION

No. Candidate

1 EVELYN YANG HUEH WAN

2 HO JYH BANG

3 ABDUL MUHSI BIN RAMLAN

4 ABD RAHMAN BIN ABD RAHIM

Total : 4

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES

No. Candidate

1 SITI NAJWA BT HARON

2 ABD. AZIZ BIN REKAN

3 MUHAMMAD NASRUL ALAM BIN ASH'ARI

4 MOHD NAUFAL BIN MOHD TARMIZI

Total : 4

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY ACADEMY OF MALAY STUDIES

No. Candidate

1 NORHAMIZAH BINTI JOHARI

2 MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD BIN BUYONG

3 MOHAMAD HAFIZZUDIN BIN IDRIS

4 NOR HAMIDAH BINTI HAJI ABD RAZAK

Total : 4

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF ENGINEERING

No. Candidate

1 ABDULLAH ZAKIRIN BIN ABDUL 'AZAM

2 LIU KIT FOOK

3 LEONG YU SHENG

Total : 3

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF LAW

No. Candidate

1 WEE WAI HWA

2 JAYARUBBINY A/P JAYARAJ

3 SHAHRUL SHAFIQ BIN ZAMRI

4 MATHEW ANAK DAVID

5 DARNISA BINTI ABDUL JALIL

Total : 5

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF MEDICINE

No. Candidate

1 SITI NASHRAH BINTI AZMI

2 JASON LIEW ZHE XIAN

Total : 2

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF EDUCATION

No. Candidate

1 MUHAMMAD FAHMI BIN ABD RAHIM

2 NOR AIN BINTI MAT AL KAMAH @ AB KAMAH

3 SHALINI A/P PALRAJ

4 NOR ADYANI BINTI MAT KHOLED

Total : 4

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY CULTURAL CENTRE

No. Candidate

1 TAN CHEN HUAT

2 RAJA FADHILAH BINTI RAJA AHMAD

3 PUSPITA BINTI MOHD RIDZUAN

Total : 3

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF SCIENCE

No. Candidate

1 RABIATUL ADAWIAH BINTI SHAMSUDDIN

2 NOR DAHLIA BINTI MOHD YUSOFF

3 INTAN SHAFINAZ BINTI SHARIFUDIN

4 RUTH CHOY JI YI

Total : 4

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS

No. Candidate

1 NAFIDA FARHANAH BINTI HANAFI

2 REVATHI A/P MATIALAGAN

Total : 2

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY SPORTS CENTRE

No. Candidate

1 MUHAMMAD MUKMIN BIN MASIDIT

2 VINOD A/L MATHIALAKAN

Total : 2

LIST OF ELIGIBLE CANDIDATES TO CONTEST- BY FACULTY OF COMPUTER SCIENCE AND INFORMATION TECHNOLOGY

No. Candidate

1 KOK WEE LUM

2 FIRDAUS AFIFI BIN MD ISA

Total : 2

Wednesday, February 16, 2011

Kenangan Terindah bersama teman2 semasa Pilihan Raya Kampus UM 2010

We Unite 4 UM

Kempen di kolej Kediaman Kesebelas

Kempen di Kolej Kediaman Kelapan

Kempen ke Kolej2 Kediaman bersama Henry

Dengan Wakil Calon

Fan Club Hafiz Ilyas

Di Fakulti Undang-Undang

Bersama International Student

Friday, February 11, 2011

Pilihan Raya Kampus: UM 'tunduk' desakan Pro-M


Pentadbiran Universiti Malaya (UM) akhirnya 'mengalah' dengan tuntutan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) kampus berkenaan selepas bersemuka hampir dua jam dengan dengan naib canselor universiti itu Prof Ghauth Jasmon pada Khamis malam. Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan berkata UM bersetuju memenuhi dua daripada empat tuntutan mereka berhubung pilihan raya kampusnya pada 21 Februari ini. "Daripada empat tuntutan, dua telah diterima. Dan dua lagi masih tidak dijelaskan (statusnya pada kami). Kami masih belum menerima respons daripada pihak pentadbiran," katanya. NONEMenurut Ahmad Syazwan lagi, UM akhirnya membatalkan bengkel tiga hari persediaan calon dan serta menggugurkan K Puniamurthy sebagai pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) selepas perkhidmatan panjangnya selama tiga tahun. Tempatnya kini diambil alih Pengarah Teknologi Maklumat UM Dr David Asirvatham. Menurutnya, keputusan hasil pertemuan enam wakil pro-M dengan Ghauth Jasmon dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr Rohana Yusof itu dimaklumkan kepadanya pagi ini. Menurutnya, Rohana sendiri yang memaklumkannya melalui SMS. Pembatalan 4E belum jelas Dalam sidang media yang diadakan di UM pagi tadi, Ahmad Syazwan berkata bengkel yang asalnya dikhususkan kepada mahasiswa itu kini ditukarkan kepada "kursus penerangan perlembagaan" dan terbuka kepada semua pihak, termasuk kakitangan universiti. Katanya, kehadiran ke majlis tersebut pada jam 9 pagi esok di Dewan Tunku Caselor (DTC) adalah "wajib" kerana ia akan dihadiri oleh Ghauth dan Pengerusi Lembaga Universiti Tan Sri Arsyad Ayob. Sementara dalam kenyataan akhbarnya yang diedarkan, pro-M universiti itu turut mempertikaikan syarat wajib menjadi calon yang dikenakan, dengan menyertai bengkel persediaan tersebut. Bantahan lain terhadap penganjuran bengkel itu antaranya:
  • Terdapat beberapa perkara "yang masih mengelirukan", antaranya kelewatan tarikh dan tempat kursus dimaklumkan.
  • Mereka mempertikaikan proses pemilihan apabila calon yang memohon bertanding akan dihubungi semula untuk diberitahu sama ada layak menyertai bengkel itu ataupun tidak.
  • Berlaku berat sebelah apabila terdapat calon lawan mereka daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa diterima borang permohonan mengikuti bengkel selepas tamat tempoh.
Sementara itu, tuntutan mereka yang ditolak adalah pembatalan pelaksanaan sistem eletronik (4E) dalam proses penamaan, pengundian, bantahan dan rayuan dalam pilihan raya kampus dan permintaan dilanjutkan tempoh empat hari berkempen.

Sumber Malaysia Kini

http://www.malaysiakini.com/news/155760

Thursday, February 10, 2011

Kenyataan Akhbar Pro-Mahasiswa Universiti Malaya


Gambar ihsan merdekareview.com

KENYATAAN AKHBAR PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

Bertarikh 9 Februari 2011

KEWAJIPAN KE BENGKEL CALON

BAGI CALON PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA

PENDAHULUAN

Selepas pembentangan dan taklimat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) pada 27 Januari 2011 di Auditorium KPS, kita mendapati Pilihan Raya Kampus (PRK) pada sesi ini akan mengalami beberapa perubahan dan peringkat yang akan dijalankan. Antara perubahan ketara yang akan diadakan ialah semua calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) sama ada calon umum atau fakulti diwajibkan untuk menyertai bengkel calon yang akan dianjurkan oleh pihak HEPA pada 11 hingga 13 Febuari 2011.

Dalam taklimat tersebut, individu yang ingin menjadi calon, wajib untuk hadir ke bengkel calon yang dianjurkan oleh pihak HEPA dan menjadi syarat utama untuk menjadi calon. Sesiapa yang ingin menjadi calon tetapi tidak menyertai bengkel ini secara automatik tidak boleh menyertai Pilihan Raya Kampus (PRK).

1.0 Alasan Pihak Pentadbiran untuk diadakan Bengkel Calon:

Mengikut taklimat pembentangan HEPA dan dari Timbalan Naib Canselor Datuk Dr. Rohana sendiri, sebab bengkel ini diadakan adalah seperti berikut :

a) Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi lalu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui tugasan sebenar sebagai MPMUM .

b) Untuk menerangkan mengenai sistem Pilihan Raya Kampus (PRK) yang baru.

c) Menerangkan berkenaan visi dan misi Universiti supaya setiap bakal calon maklum dan mengetahui hasrat Universiti dan dapat melaksanakan tugas dengan baik seiring dengan hasrat Universiti.

Di peringkat kami , mempersoalkan mengenai perkara (a) seperti berikut :

a) Persoalan MPMUM tidak berkualiti hanya timbul ketika dibawah penguasaan Penggerak Mahasiswa (Pro HEPA) tahun lalu, tetapi ianya tidak timbul ketika di bawah pemerintahan Pro-Mahasiswa bahkan ketika di bawah Pro-M , kita berjaya melakar nama universiti dalam beberapa perkara seperti Ranking Universiti dan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM). Kita mencabar sesiapa sahaja untuk menafikan kenyataan ini. Ini juga sebagai bukti bahawasanya kepimpinan yang ditawarkan oleh Penggerak Mahasiswa adalah tidak berkualiti.

Kita turut mempersoalkan berkenaan perkara (b) seperti berikut:

a) Perjalanan proses demokrasi dan Pilihan Raya Kampus bukan hanya perlu difahami oleh calon yang bertanding sahaja, tetapi juga perlu difahami oleh kesemua mereka yang terlibat dalam sistem pilihan raya dan demokrasi ini. Dengan erti kata yang lain, sekiranya alasan taklimat yang diberikan sehingga terpaksa membuat bengkel ini, maka sebenarnya bagi memastikan perjalanan demokrasi ini berjalan lancar, maka semua mahasiswa perlu mengikuti bengkel ini dan bukan hanya terhad pada calon sahaja.

b) Sebenarnya untuk memberikan taklimat tidak memakan masa sehari. Lebih teruk lagi,apabila kita melihat usaha HEPA yang memberikan taklimat sistem yang ingin dijalankan ini pada 27 Januari yang lalu dengan sambil lewa. Keadaan ini akan menyusahkan pengundi dan juga mahasiswa sekaligus. Kita mempunyai rekod taklimat tersebut dan sesiapa sahaja boleh menilai proses taklimat tersebut. Kami persilakan jika ada yang sudi.

2.0 Beberapa isu atau permasalahan yang dapat dilihat, jika sekiranya bengkel ini diwajibkan kepada mahasiswa:

1) Sekiranya niat HEPA ingin memperbaiki kepimpinan mahasiswa sekalipun, maka sepatutnya tindakan yang tepat dan bijak adalah mengadakan bengkel selepas kabinet MPMUM terbentuk. Justeru kita mencadangkan agar bengkel dibuat selepas diisytiharkan keputusan Majlis Perwakilan Mahasiswa . Hal ini akan memberikan banyak kebaikan antaranya pengisian yang lebih membumi dan bersesuaian, juga boleh ditubuhkan sekali kabinet baru MPMUM.

2) Hal ini juga, akan membazirkan wang universiti yang mana universiti terpaksa mengeluarkan kos tinggi. Yang mana sepatutnya wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan kebajikan mahasiswa lain.

3) Selain itu ,dengan mewajibkan bengkel ini terhadap calon adalah seperti memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin . Dengan erti kata yang lain, mahasiswa kelihatan seperti tidak tahu memimpin sehingga HEPA perlu bengkelkan bagi memberikan kemahiran kepimpinan pada mahasiswa. HEPA seolah-olah tidak mengetahui sejarah kepimpinan mahasiswa.

4) Antara lain, berkenaan dengan status wajib untuk menghadiri bengkel ini akan memberi permasalahan kepada mana-mana bakal calon yang mempunyai aktiviti lain dan sukar untuk mendapatkan pelepasan. Hal ini berlaku disebabkan oleh, tidak ada stand atau pendirian yang kukuh membolehkan mahasiswa untuk tidak menghadiri kelas terutamanya sebagai contoh ataupun jemputan ke mana-mana program. Kami melihat hal ini berlaku disebabkan kelambatan untuk menyatakan bahawa bengkel ini wajib dihadiri bakal calon.

3.0 Pendirian Pro-Mahasiswa

Berdasarkan permasalahan-permasalahan yang telah kami kemukakan di atas. Kami di peringkat Pro-Mahasiswa menegaskan supaya bengkel calon yang bakal dijalankan pada 11 hingga 13 Februari 2011 ini untuk tidak menjadi syarat wajib kepada bakal calon yang ingin menyertai Pilihan Raya Kampus (PRK).

Akan tetapi dilihat sebagai bonus kepada mana-mana mahasiswa yang mengikuti bengkel ini untuk menjadi seorang calon yang berkreadibiliti.

Kami juga melihat dengan permasalahan ini, seperti demokrasi kampus di Universiti ini telah mati. Ini kerana mana-mana calon yang akan bertanding terpaksa bahkan wajib menghadiri bengkel dan mana-mana calon yang mahu bertanding di saat-saat akhir terpaksa mengabaikan hasrat mereka. Walhal, berkenaan soal kepimpinan adalah hak milik seluruh mahasiwa yang sedar akan kepentingannya.

Sekian ,Terima kasih

Front mahasiswa yang bersama-sama turut menyokong;

1- Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (PRO-M UM)

2- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

3- Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

4- UMANY

5- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

6- Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Pro-Mahasiswa (MPMUM PRO-M)

7- Hal Ehwal Wanita & Siswi PMIUM (HEWI PMIUM)

8- Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS )

9- Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM)

10- Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH)

11- Persatuan Mahasiswa Pahang (PMPUM)

12- Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS)

13- Persatuan Bahasa Arab (PBAUM)