Monday, January 24, 2011

Kenyataan Media : Demokrasi Kampus Yang Semakin Terkubur di UM


KENYATAAN MEDIA PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

BERTARIKH 24 JANUARI 2011

DEMOKRASI KAMPUS YANG SEMAKIN TERKUBUR DI UNIVERSITI MALAYA

PENDAHULUAN

Universiti adalah medan terbaik untuk mengasah bakat dan menggilap potensi diri dalam kepimpinan. Pilihanraya Kampus merupakan wadah ampuh untuk menjelma ia sebagai satu realiti. Paradigma yang dibentuk dalam kancah pilihanraya telah berjaya menjana jati diri Mahasiswa yang sebenar dan pilihan raya dilihat platform terbaik untuk membina kredibiliti Mahasiswa berwibawa.

Bersama membawa agenda perjuangan ke arah sebuah wawasan Universiti Malaya yang baru [NEW UM] di dalam mendokong idealisme Mahasiswa berpaksikan prinsip kebenaran dan keadilan dan memperkasakan kualiti kecemerlangan akademik dan kebersamaan Mahasiswa serta membela hak-hak Mahasiswa di samping menaburkan khidmat bakti kepada universiti dan masyarakat.

Walau bagaimanapun, pelbagai perkara telah berlaku dan dimomokkan sebagai perbuatan jahat di peringkat Pro-Mahasiswa sedangkan kami sebagai Mahasiswa hanya bergerak sebgai sekumpulan pelajar yang memperjuangkan kebajikan Mahasiswa.

1.0 Pro-Mahasiswa digelar sebagai penceroboh sehingga terdapat aktivis Mahasiswa yang diancam untuk dikenakan Tatatertib Universiti.

Pada 4 Januari 2011, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya untuk mendapatkan penjelasan berkaitan pelaksanaan zero balance yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran mulai semester ini. Di akhir perbincangan ini pihak pentadbiran telah bersetuju untuk membenarkan Mahasiswa mendaftar subjek walaupun masih berbaki RM300.00.

Oleh sebab itu, Pro-Mahasiswa mengambil kesempatan dengan mengadakan Ziarah Mesra ke kolej-kolej Kediaman bagi memberitahu mengenai isu ini kepada Mahasiswa sambil menziarahi rakan-rakan Mahasiswa di kolej-kolej Kediaman. Tetapi malangnya, selama program ini berlangsung ada beberapa buah kolej yang tidak menyambut perkara ini dengan baik sehingga Aktivis Pro-Mahasiswa yang datang ke kolej-kolej tersebut digelar sebagai PENCEROBOH. Kenapa hak kami sebagai Pelajar Universiti Malaya dituduh sedemikian walhal kami juga ada hak untuk bertemu rakan-rakan Mahasiswa di Kolej-Kolej Kediaman.

Rentetan daripada isu ini sehinggalah pada 5 Januari 2011, Pro-Mahasiswa masih meneruskan Ziarah Mesra ke Kolej Kediaman Kedua. Walaubagaimanapun, berlaku salah faham antara penyelia kolej dengan beberapa aktivis Pro-Mahasiswa, menyebabkan dua orang ahli Pro-Mahasiswa diminta berjumpa dengan penyelia kolej iaitu saudara Mohd Syahid Zaini dan saudara Mohd Farid Zulkifli. Manakala Saudara Mohd Farid Zulkifli telah ditahan dan dibawa ke Pejabat Keselamatan UM untuk memberi keterangan. Beliau telah berjanji dan memberi jaminan tidak akan membenarkan gambar-gambar yang diambil berkaitan penyelia tersebut disebarkan untuk tatapan umum.Kad matrik beliau ditahan dan diminta berjumpa dengan Pengarah Keselamatan UM dan Pengetua Kolej pada keesokan harinya.

Pada 6 Januari 2011, beliau telah berjumpa dengan Pengarah Keselamatan UM dan diberikan kad matrik namun Pengetua kolej tidak hadir. Pada 7 Januari 2011, beliau telah diminta untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Cancelor HEPA UM, Prof. Dr Rohana Yusof. Semasa dalam pertemuan, Mohd Farid telah dimarahi dan telah dituduh menceroboh kolej kediaman tersebut . Pada asalnya, beliau telah disabitkan dengan isu gambar penyelia tetapi telah dituduh sebagai penceroboh oleh TNC HEPA dan diancam akan dikenakan Tatatertib Universiti. Patutkah Mahasiswa ini ditahan sedangkan, beliau memperjuangkan hak Mahasiswa yang lain.

Kami amat terkilan dan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menuduh kami sebagai penceroboh sedangkan kami juga adalah sebagai Pelajar Berdaftar di Universiti Malaya yang berstatus aktif dan berhak untuk keluar masuk di Universiti ini. Bagaimana mungkin pelajar di Universiti sendiri digelar penceroboh, ini sesuatu yang amat mengecewakan dan memalukan. Kami juga terkilan dengan sikap TNC HEPA, Prof. Dr. Rohana bt Yusof yang membuat tuduhan yang salah kepada seorang aktivis kami sehingga diancam untuk dikenakan Tindakan Tatatertib. Di mana hak Mahasiswa? Kami bukanlah penceroboh di tempat sendiri.

2.0 Diskusi Mahasiswa di Akademi Pengajian Islam dihalang HEPA

Demokrasi Kampus yang kian mati. Pada 22 januari 2011, Pro-Mahasiswa telah menganjurkan satu Diskusi Mahasiswa bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, yang bakal menampilkan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Farid Jalpah, Speaker SPKUM Mohd Asri bin Zulkifli dan YDP MPMUM 2009/2010 Saudara Khairul Anuar bin Abu Kassim. Walau bagaimanapun panel kedua dan ketiga tidak dapat menghadirkan diri dan paling malang, diskusi ini telah dihalang oleh Pihak HEPA dengan menampal notis di kolej-kolej kediaman atas alasan tidak mendapat kebenaran dan berbaur politik. Seawal jam 6 petang Pihak Keselamatan telah membuat kawalan di jalan masuk Akademi Pengajian Islam.

Kami di peringkat Pro-Mahasiswa sangat terkilan dan kecewa dengan tindakan Timbalan Naib Canselor HEPA yang cuba menyekat Mahasiswa dengan mengeluarkan Notis Amaran di Kolej-Kolej Kediaman dan apabila dihubungi kata beliau diskusi ini juga tidak boleh dilakukan kerana di bawah anjuran Pro Mahasiswa, tujuan sebenar diadakan Diskusi Mahasiswa ini kerana ia bukanlah sebagai sebuah diskusi politik, tetapi ingin membincangkan secara terbuka dan ilmiah berkenaan peranan-peranan badan tersebut kepada Mahasiswa dan kampus .

Begitu juga supaya Mahasiswa dapat menilai dan memberi pandangan supaya Mahasiswa kita lebih berdaya saing dan maju seiring dengan pembawaan Universiti yang inginkan Mahasiswa menuju kecemerlangan. Kami dari Pro-Mahasiswa mengambil pendekatan dengan menganjurkan diskusi ini supaya dibincangkan secara ilmiah dan intelektual, akan tetapi hak Kebebasan bersuara kami disekat. Ini amat bertentangan dengan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan:

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Berikutan notis amaran yang dikeluarkan pihak HEPA berkenaan tidak mendapat kebenaran HEPA adalah sesuatu yang amat mengecewakan Mahasiswa.Ini kerana, diskusi ini dirancang untuk diadakan hanya di luar Bilik Kuliah dan bukannya program formal yang mengundang VIP untuk dirasmikan dan sebagainya. Diskusi ini diibaratkan perbincangan antara Mahasiswa dalam membantu untuk menyelesaikan permasalahan Mahasiswa dan mencari penyelesaian supaya badan pelajar iaitu (MPMUM) yang bakal memimpin pada masa akan datang adalah betul-betul sebagai suatu badan yang memperjuangkan suara dan kebajikan Mahasiswa yang bukannya duduk di bawah telunjuk orang tertentu.

Di sini dapat kita lihat, ia akan memberi impak kepada momentum jumlah pengundi muda yang semakin menurun di dalam Pilihan Raya Umum akan datang, jika hal seperti ini terus berlaku. Kami dari Pro-Mahasiswa amat terkilan dengan sikap TNC HEPA , yang mana pada mulanya beliau yang menyatakan hasrat untuk membangkitkan kesedaran Mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus dan supaya bilangan pengundi di dalam Pilihan Raya Kampus akan datang meningkat. Akan tetapi, program-program yang dianjurkan Mahasiswa sendiri mendapat halangan dan tentangan.

Demokrasi Kampus semakin terkubur di Universiti Malaya, di sini dapat dilihat hampir kesemua aktiviti yang dianjurkan oleh Mahasiswa disekat, sehinggakan program ziarah antara Mahasiswa dan diskusi antara Mahasiswa perlu meminta kebenaran. Di manakah hak kami sebagai Mahasiswa di Universiti tercinta ini . Hak kami seperti telah dikandangkan dan suara kami semakin terkubur. Mengapa Mahasiswa dijadikan seperti kanak-kanak di Tadika.Kami sebagai Mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan idealisme yang kami perjuangkan. Bagaimana mungkin dapat melahirkan Mahasiswa yang berminda kelas pertama sekiranya hak untuk berdiskusi dan mahu menghidupkan suasana intelektual disekat dan dihalang oleh pentadbiran.

3.0 Tuntutan kami daripada Pro-Mahasiswa

3.1 Kami daripada Pro-Mahasiswa menggesa supaya TNC HEPA turun bersama kami untuk memberi penjelasan di dalam Forum Mahasiswa yang bakal diadakan pada 27 Januari 2011.

3.2 Kami juga mendesak supaya pihak HEPA memberi penjelasan kepada Mahasiswa berkenaan isu-isu dan permasalahan yang berlaku.

Bangkit Mahasiswa untuk kembalikan hak Demokrasi di Kampus. Kita bukan kanak-kanak Tadika. Jangan biarkan hak demokrasi ini terus mati.

Front Mahasiswa yang bersama-sama turut menyokong;

1-Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (PRO-M UM)

2-Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

3-Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

4-Majlis Perwakilan Mahasiswa Pro-Mahasiswa

4-Hal Ehwal Wanita & Siswi PMIUM (HEWI PMIUM)

5-Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS )

6-Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM)

7-Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH)

8-Persatuan Mahasiswa Pahang (PMPUM)

9-Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS)

10-Persatuan Bahasa Arab (PBAUM)

11-UMANY

Sunday, January 23, 2011

Friendly Bola Sepak GAMIS 2011 di UKM..

Team Briged Putera

Kita isi tangki dulu..

Team ISI UKM vs Briged Putera

KUIS, PMIUM, BRIGED PUTERA & ISI UKM

3 Jejaka Malaya

Mencatur taktikal

Basahkan tekak dulu..

PMIUM FOOTBALL CLUB

Rest jap..

Get ready nak berjuang
Baru sign contract seumur hidup dgn PMIUM (^_^)