Friday, August 19, 2011

Panduan Ringkas I'tikaf



Definisi I’tikaf:

Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.

Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:


Dalil al-Quran:
وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid”(Al Baqarah : 187)

Dalil-dalil As-Sunnah:

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata:
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِى قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ]

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Hukum I’tikaf

Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’ telah bersepakat/ijma’ bahawa I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni, 4/456 ]

Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tidak pernah meninggalkannya.

Waktu I’tikaf

I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sentiasa melakukannya.

Batasan Waktu:

Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu’ al-Fatawa 15/441]


Di Manakah Lokasi I’tikaf?

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa disyaratkan melakukan i’tikaf di masjid.”[Fathul Bari, 4/271 ]

Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: “….. Sedang kamu beri’tikaf dalam masjid”.

Para ulama’ berbeza pendapat apakah ia sah dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau hanya untuk masjid jami’/masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat.?

Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah dilakukan di mana-mana masjid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah [di dalam istilah di Malaysia, dipanggil surau/musolla]

Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula mensyaratkan agar ia dilakukan di masjid jami’/masjid yang melakukan solat fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ] agar orang tersebut tidak perlu ke tempat lain untuk mendirikan solat Jumaat.

Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?

Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.

Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. [HR. al-Bukhari no. 2041 ].


Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21 Ramadhan.


Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidilfitri.

Bolehkah wanita melakukan I’tikaf?

Ini berdasarkan dalil berikut: ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ – قَالَ – فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ فَأَذِنَ لَهَا
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesaiSolat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah radiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya. ” [HR. al-Bukhari no. 2041]

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat keizinan daripada suami, keadaan yang aman daripada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang melanggar syara’ seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.





Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf

1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluaan yang mendesak.

2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan ulama’ bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim) [Fathul Bari, 4/272 ].


Adab-adab I’tikaf
Seseorang hendaklah menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, zikir, berselawat pada Nabi, mempelajari Al-Quran dan mengkaji Al-Hadis. Dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Shahih Fiqh Sunnah, 2/150-158]

Seseorang hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri ketika beri’tikaf. Dia hendaklah memakai wangi-wangian, berpakai yang elok, mandi, bersikat rambut. Ini terbukti pada kisah ‘Aisyah menyikatkan rambut Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ketika baginda sedang beri’tikaf.

Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.

Yang Dibolehkan Ketika I’tikaf

1) Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak mampu dilakukan di dalam masjid.

2) Melakukan hal-hal harus seperti bercakap-cakap dengan orang lain.

3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.

4) Mandi dan berwudhu di masjid.

5) Membawa kelengkapan tidur seperti tilam, bantal untuk tidur di masjid.

Faedah-Faedah I'tikaf

1. I’tikaf merupakan wasilah (cara) yang digunakan oleh Nabi Salllahu ‘Alaihi Wassalam untuk mendapatkan malam Lailatulqadar
2. Orang yang melakukan i’tikaf akan dengan mudah mendirikan solat fardhu berjamaah berterusan bahkan dengan i’tikaf seseorang selalu beruntung atau paling tidak berpeluang besar mendapatkan saf pertama
3. I’tikaf membiasakan jiwa untuk suka berlama-lama tinggal di dalam masjid, dan menjadikan hatinya terpaut pada masjid
4. I’tikaf akan menjaga puasa seseorang daripada perbuatan-perbuatan dosa. Ia juga merupakan sarana untuk menjaga mata dan telinga daripada hal-hal yang diharamkan
5. I'tikaf membiasakan hidup sederhana, zuhud dan tidak tamak terhadap dunia yang sering membuatkan ramai manusia tenggelam dalam kenikmatannya.


Memburu Lailatulqadar

Dalil al-Quran:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3
”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3).

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” (Ad-Dukhan: 3). Yang dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At-Thabari, 21/6 ]. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma.[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]


Hadis-hadis berkaitan Lailatulqadar:

Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ’alaihi wassalam bersabda: “ Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” [al-Bukhari:1901 dan Muslim: 760]

Aisyah Radiallahu ’anha berkata, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wassalam mengasingkan diri (di dalam masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) terakhir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.” [al-Bukhari:2020 dan Muslim:219].

Aisyah RA berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada (malam-malam) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan.” [al-Bukhari]

Ibn Umar Radiallahu ’anhu berkata: “Beberapa orang daripada sahabat Nabi saw telah melihat malam al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam) yang terakhir. Maka berkata Rasulullah SAW: “Aku melihat mimpi kamu bertepatan dengan tujuh (malam) yang terakhir. Sesiapa yang benar-benar mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia di tujuh (malam) yang terakhir. [al-Bukhari:2015 dan Muslim:1165].

Doa di Malam al-Qadar


Daripada 'Aisyah Radiallahu 'Anhu:
قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها قال قولي
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Aku berkata: "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ?" Bersabda Nabi : disebutlah doa: "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
[HR at-Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.]

Rujukan:
http://islamqa.com/en/cat/469
http://muslim.or.id/ramadhan/panduan-itikaf-ramadhan.html
http://belajarislam.com/panduan-ilmu/702-itikaf

Sunday, May 15, 2011

HAFIZ ILYAS dikenakan AUKU ??




1. Notis prosiding tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya

(Tatatertib pelajar-pelajar) 1999

Pihak berkuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B Akta Universiti dan kolej Universiti 1971 telah berpendapat bahawa anda Mohamad Hafiz bin Ilyas, No. Matrik IEB 070052, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar) 1999 yang dibuat di bawah Seksyen 16C Akta tersebut seperti dalam pertuduhan tersebut dalam perenggan 2 di bawah.

PERTUDUHAN

Bahawa anda Mohamad Hafiz bin Ilyas, No. Matrik IEB 070052, seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 22.2.2011 lebih kurang jam 12.30 tengahari di kawasan Gazebo, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, telah membuat representasi atau dengan cara perhubungan lain, secara lisan, kepada mana-mana pegawai awam dan/atau kepada akhbar dan/atau kepada orang ramai dalam ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan universiti ataupun dengan kakitangan atau pelajar universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar universiti, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang kakitangan atau pelajar universiti, tanpa kelulusan terdahulu daripada Naib Canselor.

Dan dengan demikian anda telah melakukan pelanggaran tatatertib di bawah kaedah 15 dalam kaedah-kaedah tersebut.

Jika anda didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut, anda boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah Kaedah 48 dalam kaedah-kaedah seperti berikut :-

a) Amaran;

b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit

c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan

e) Dipecat dari universiti


Petang Khamis, menerima panggilan telefon dari bonda & ayahanda yang tersayang.

Hati mereka tidak tenang selepas menerima panggilan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP)

meminta nombor telefon bimbit saya. Meminta saya menghadiri diri ke HEP

untuk mengambil sepucuk surat. Urgent katanya.. Bila ditanya surat apa? Mereka tidak menyatakannya.


Sebenarnya bonda & ayahanda sudah lali menerima panggilan ugutan dari mereka semenjak sebelum saya dicalonkan menjadikan YB Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya lagi.. Mereka memperkenalkan diri dari Bukit Aman le.. Antara ugutan mereka, “ Jaga anak encik elok2, jika tidak gelap masa depan ” Saya sempat bergurau dengan ayahanda, “ HEP nak bagi SURAT CINTA kot ” (^_^)..


4. Sebenarnya saya bakal dikenakan tindakan tatatertib dan kemungkinan besar akan dicaj dalam Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU)...


Memang life saya macam ni, buat sesiapa di luar sana yang memasang impian untuk menjadi teman sehidup & semati dengan saya, kena banyaklah bersabar dengan insan yang bernama Mohamad Hafiz Ilyas.. Perjalanan hidup dia masih jauh dan jalan-jalan yang diharungi tidak semudah yang disangka, tidak akan melalui red carpet.. InsyaAllah tidak akan dijanjikan dengan kesenangan & kekayaan..


Rasulullah dulu lebih dahsyat lagi jika nak dibandingkan dengan apa yang

saya alami ini. Hebat tarbiah Allah.. Saya tidak akan gentar sama sekali

berhadapan dengan sesiapa sebab saya beriman “Amantu Billahi wa Rasulih”..

Saya doakan mereka yang menzalimi saya, hidup mereka tidak akan kemana &

tidak akan tenteram sampai bila2..

Doa orang yang dizalimi Insya Allah akan diterima oleh Allah ‘Azza wa Jalla..

Semoga dengan ujian ini, diri saya lebih dekat dengan Allah..


Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, maka berdoalah :

CUKUPLAH BAGI KAMI ALLAH, DIALAH SEBAIK2 TEMPAT DISERAHKAN URUSAN “ (Ali imran 173)


Pengalaman mematangkan kita,

sesiapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya..


Keajaiban bertawakal (bergantung dengan Allah)..

Tidak ada sesiapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku pada esok harinya secara tepat, Allah yang menentukan kehidupan. Kadang2 perkara yang kita rasa kita tidak boleh buat, jika Allah izinkan, ia berlaku. .

YA ALLAH AKU SERAHKAN URUSAN INI KEPADA MU YA ALLAH


Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

Apabila insan melihat dunia dari dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil

JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KITA (at-Taubah 40)

Berdoalah :

يا حى يا قيوم برحمتك استغيث اصلح لى شانى كله و لا تكلنى الى نفسى طرفة عين

” Wahai Allah Yang Maha Hidup ! Wahai Yang Melakukan segala-galanya! Dengan Rahmat-Mu, aku memohon pertolongan, perbetulkan diriku dan juga urusanku seluruhnya! Dan janganlah Engkau membiarkan diriku keseorangan walaupun sekelip mata!"

Thursday, May 12, 2011

YDP MPM, Mantan Ahli Kabinet MPM Antara ‘Pengganas UM’

Uni. Malaya, 12.5 : Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM 2010/2011, Mohd. Syahid Mohd. Zaini yang juga mahasiswa Tahun Dua API turut sama akan dikenakan tindakan prosiding oleh Hal Ehwal Pelajar UM.

Mohd Syahid bersama 15 lagi Mahasiswa Universiti Malaya akan menghadapi sidang prosiding Jumaat depan (20 Mei 2011) pada pukul 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat HEP, Aras 2 Blok E, Kompleks Perdana Siswa ,UM.

Berikut antara kandungan surat yang telah diterima YDP MPMUM :

Sementara itu, selain Mohd Syahid, sumber menyatakan beberapa mantan ahli kabinet MPMUM sesi lepas (MPMUM 2009/2010) turut dikenakan tindakan tatatertib.


Antaranya Hafiz Ilyas (Timbalan Naib YDP 1 MPMUM 2009/2010) dan Mohd Fadzil Jamal yang memegang jawatan Exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPMUM 2009/2010.

Mereka dikenakan tindakan atas kesalahan mengadakan sidang media terbuka pada pilihanraya kampus UM Februari lalu.

Kesemua mereka dituduh atas kesalahan cuba mengancam keselamatan Universiti dan mengadakan beberapa himpunan haram di kawasan kampus.- GZDaily

Sumber :

http://gazebodaily.blog.com/2011/05/12/ydp-mpm-mantan-ahli-kabinet-mpm-antara-pengganas-um/

Wednesday, May 11, 2011

Muhasabah: Islamikah Kehidupan Seharian Kita?




Muhasabah Harian Setiap Muslim

Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

1.Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjemaah di masjid ? (bagi lelaki)

2.Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi lelaki)

3.Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

4.Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib?

5.Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?

6.Apakah anda hari ini khusyu’ dalam shalat, menghayati apa yang anda baca?

7.Apakah anda hari ini mengingatii mati dan kubur?

8.Apakah anda hari ini mengingati hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9.Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

10.Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan daripada api neraka? Kerana: Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, Wahai Allah! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan daripadapada api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, Wahai Allah! Selamatkan dia daripada api neraka. (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11.Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?

12.Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?

13.Apakah anda telah berusaha untuk menghindaripada banyak ketawa dan bergurau?

14.Apakah anda hari ini menangis kerana takut kepada Allah?

15.Apakah anda selalu membaca dzikir pagi dan petang hari?

16.Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda lakukan?

17.Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun dia meninggal di atas tempat tidurnya. (HR. Muslim)

18.Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?

19.Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu -waktu yang mustajab?

20.Apakah anda telah membeli buku-buku Islam untuk memahami Islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan kefahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran yang merosak kefahaman Islam yang sebenar).

21.Apakah anda meminta ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Kerana dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)

22.Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?

23.Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

24.Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan?

25.Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan oleh urusan peribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah semata?

26.Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri daripadapada sikap sombong dan membanggakan diri?

27.Apakah anda telah mengunjungi saudara -saudara seiman dan seagama (ikhlas kerana Allah semata)?

28.Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?

29.Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

30.Apakah anda selalu mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya jika anda mendapat musibah daripada Allah? Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali kasutnya putus kerana hal itu termasuk musibah. (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

31.Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui. (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan daripadanya daripada syirik besar dan syirik kecil.

32.Apakah anda selalu berbuat baik kepada jiran tetangga?

33.Apakah anda telah membersihkan hati daripada sombong, ria’, hasad dan dengki?

34.Apakah anda telah membersihkan lisan anda daripada perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?

35.Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?

36.Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat redha Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, Insya Allah.

Sumber:

-Zaadul Muslim Al-Yaumi , Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah.

-Al-Qabru ‘Adzaabuhu wa Na’iimuhu, Syaikh Husain Al-’Awaisyah

http://www.perpustakaan-islam.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=8

[Kontributor : Abu Abdurrahman Umar Munawwir]

Tuesday, May 10, 2011

Peluang untuk BERDAKWAH !!!


Baru menerima panggilan dari TV AL-HIJRAH
menawarkan kepada saya untuk menjadi peserta Program " Madrasah Al-Hijrah".


3 orang peserta lelaki & 3 orang perempuan diperlukan.

Kriterianya mudah je, boleh berkomunikasi dengan baik.

Objektifnya untuk menyampaikan ilmu Syariah kepada masyarakat di Malaysia.

Dikendalikan oleh Ustaz Badlishah.

Sesiapa yang berminat nak masuk TV, boleh terus hubungi saya dengan kadar yang segera (^_^). Harap maklum..



TV Alhijrah, sebuah stesen televisyen percuma (FTA) terbaru yang berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur, merupakan stesen televisyen pertama dilahirkan dari inpirasi bercirikan Islam.

Sasaran stesen TV ini adalah golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 sehingga 17 tahun serta golongan muda dan keluarga berumur 18 sehingga 39 tahun. Siaran TV Alhijrah bersifat menyeluruh. Bagi golongan Islam, ia akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan, manakala bagi bukan penganut Islam, ia membantu memperjelaskan keindahan agama Islam yang sebenarnya.

Visi TV Alhijrah adalah untuk menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. TV Alhijrah mengajak penonton dan masyarakat untuk melakukan perubahan dalam semua lapangan hidup ke arah kebaikan secara berterusan.

Wednesday, April 13, 2011

SWEET MEMORY (Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Dekan)

13 April 2011 & bertempat di Bilik Seminar 2, APIUM

Sweet


Bersama Penyelaras SMPI, Ustazah Shamsiah.

Bakal2 MUROBBI & MUROBBIAH

Bekas2 YDP SMPI Batch 07/08



Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Dekan disempurnakan oleh Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Ruzman Md Noor. Turut memeriahkan majlis ini Ketua-ketua Jabatan & pentadbiran APIUM.

Sekalung tahniah buat sahabat2 SMPI 07/08 kerana Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Islam merupakan antara jumlah yang teramai menerima anugerah ini. Terima kasih buat semua ustaz & ustazah kerana mendidik kami. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...

Sunday, April 10, 2011

Anugerah Pelajar Mithali istimewa untuk semua ustaz2 & ustazah2 SMPI 07/08

Partner Red Carpet & (Ustaz Zahiruddin @ Tok Bomoh)

Anugerah Pelajar Mithali

Anugerah Bintang Sukan, (Dr. LT) Partner Usroh & Master InsyaAllah (^_^)

Anugerah Akademik, (Imam QUTSAM) Partner Assignment

Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya (2007/2008)




Terima kasih ISTIMEWA buat semua teman2 yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan Majlis Makan Malam (SMPI) Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya Batch (2007/2008)

Sepanjang saya bersama dengan semua teman2 SMPI 07/08 saya kira semua ustaz2 & ustazah2 SMPI layak untuk diiktiraf sebagai pelajar mithali.. (^_^)

Insya Allah saya sentiasa doakan kita semua menjadi MUROBBI YANG BERDEDIKASI.

Terima kasih kepada semua PENSYARAH2 yang telah mendidik kita.

SMPI 07/08 TERBAIK SEPANJANG ZAMAN :).

~Jazakumullahu khoiran kathira~

Tuesday, March 8, 2011

Jangan bersedih, Allah bersama kita !!

Lagu tema IMAM MUDA QARYAH..


IMAM MUDA



BERSEDIA UNTUK MENYEBAR SYIAR ISLAM



YANG SUCI UNTUK SEMUA



SATU TEKAD SATU SEMANGAT



MEMBENTUK INSAN CEMERLANG



DENGAN BERHIKMAH



JULANG TINGGI AMANAH AGAMA



MENUJU KEREDHAAN ILAHI



MARI BERSAMA IMAM MUDA QARYAH



DEMI AGAMA BANGSA JUGA NEGARA

Wednesday, February 23, 2011

Hari Pertama di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KOPIM)



Bergambar bersama rakan2 artis : kumpulan FEEL HONEY (^_^)


TENTATIF
KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM 2011 (KO-PIM ’11)


Hari Pertama (23 Februari 2011 | Rabu)

08.00 – 09.00 pg : Pendaftaran

09.00 – 11.00 pg : Pembentangan Pertama :
(Sistem Pendidikan Islam - Cabaran)
Pembentang 1 : Prof. Dr. Nik Azis bin Nik Pa (UM)
Tajuk : Memaknai Konsep ‘Ta’dib’ Pendidikan Islam
di Malaysia : Cabaran Semasa
Pembentang 2 : Prof. Dr. Omar bin Abdull Kareem (UPSI)
Tajuk : Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia :
Realiti Masa Kini
Pengerusi : Dr. Mohd. Roslan bin Mohd. Nor (UM)

11.00 – 11.30 pg : Minum Pagi

11.30 – 01.30 ptg : Pembentangan Kedua :
(Kurikulum Pendidikan Islam - Cabaran)
Pembentang 1 : Prof. Dato’ Dr. Sidek bin Baba (UIAM)
Tajuk : Cabaran Integrasi Ilmu dan Kurikulum
Pendidikan Islam di Malaysia
Pembentang 2 : Prof. Madya Dr. Habib bin Mat Som (UPSI)
Tajuk : Realiti Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam di Malaysia
Pengerusi : Dr. Muhammad Azhar bin Zailani (UM)

01.30 – 02.30 ptg : Makan Tengahari
Solat Zohor

02.30 – 04.30 ptg : Pembentangan Ketiga:
(Pendidik Muslim dan Masyarakat Malaysia)
Pembentang 1 : Tuan Hasyim bin Junaidi ( JAKIM )
Tajuk : Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia : Peranan
Pendidik Muslim
Pembentang 2 : Tn Hj. Abdullah bin Md Din ( BPI, KPM )
Tajuk : Peranan Pendidik Muslim di Sekolah : Realiti dan
Harapan di Malaysia
Pengerusi : Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir (UM)

04.30 – 05.00 ptg : Minum Petang
Solat Asar
Bersurai


Hari Kedua (24 Februari 2011 | Khamis)

09.00 – 11.00 pg : Pembentangan Keempat :
(Sistem Pendidikan Islam - Solusi)
Pembentang 1 : Prof. Dato’ Dr. M. Yakub @ Zulkifli bin M. Yusoff (UM)
Tajuk : Al-Quran dan Sunnah sebagai Sumber Pemikiran
Pendidikan Islam di Malaysia
Pembentang 2 : Prof. Dr. Fatimah @ Hasnah binti Daud (UIAM)
Tajuk : Pendidikan Islam dalam Perpaduan Multi-Etnik di
Malaysia
Pengerusi : Dr. Zawawi bin Ismail (UM)

11.00 – 11.30 pg : Minum Pagi

11.30 – 01.30 ptg : Pembentangan Kelima :
(Kurikulum Pendidikan Islam - Penyelesaian)
Pembentang 1 : Prof. Dr. Saedah binti Siraj (UM)
Tajuk : Transformasi dalam Kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia
Pembentang 2 : Dato’ Prof. Madya Dr. Ab. Halim bin Tamuri (UKM)
Tajuk : Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia
Pengerusi : Dr. Sa’adan bin Man (UM)

01.30 – 02.30 ptg : Makan Tengahari
Solat Zohor

02.30 – 03.30 ptg : Syarahan Pendidikan Islam
Penyampai : Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid
Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa INTI
Tajuk : Memperkasa Pendidikan Islam di Malaysia
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Ruzman bin Md. Noor
Timbalan Pengarah (PP) API, UM

03.30 – 05.00 ptg : Majlis Perasmian KO-PIM ’11
Perasmi : YB. Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

05.00 – 05.30 ptg : Minum Petang
Solat Asar
Bersurai


* Sesi Pembentangan:
- Setiap pembentang diperuntukkan selama 45 minit.
- Soal jawab akan berlangsung selama 30 minit.