Thursday, May 27, 2010

Most Wanted ???


Orang yang dipilih & mendapat mandat tertinggi daripada mahasiswa Universiti Malaya dalam Pilihan Raya Kampus dua kali berturut-turut, rupa-rupanya orang yang termasuk dalam senarai berbahaya dekat Universiti Malaya ?? Rentetan taklimat keselamatan oleh Pengarah Keselamatan UM kepada junior baru semasa Minggu Haluan Siswa Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri, Kelantan baru-baru ini.

PMIUM Mohon Penjelasan

Posted by PRO-STUDENT

26 Mei - Beberapa ahli PMIUM memohon penjelasan daripada Pengarah Keselamatan Universiti Malaya selepas beliau menyampaikan taklimat tentang keselamatan kepada pelajar baru Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri baru-baru ini.

Pengarah Keselamatan UM,Mejar (B) Noor Mohammad Ismail,telah dituduh menghasut pelajar-pelajar baru APIUM Nilam Puri supaya tidak terlibat dengan aktiviti agresif yang menjatuhkan maruah Universiti Malaya itu sendiri.


Menurut sumber,beliau juga telah 'memetik' nama-nama orang kuat PMIUM seperti

1) Shazni Munir( Mantan Presiden PMIUM)
2) Hafiz Ilyas (MPMUM 09/10)
3) Aizat Saleh (MPMUM 08/09)
4) Fadzil Jamal (MPMUM 09/10)
5) Shafie Hashim (Pengerusi Pro-M Nasional)
6) Izzuddin Hilmi ( Mantan Presiden JTK UM Nilam Puri) serta dua orang aktivis muslimat.

Semasa taklimat,beliau juga menasihatkan pelajar baru supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang memburukkan nama sendiri,keluarga,dan Universiti Malaya.