Tuesday, March 30, 2010

Barisan Kepimpinan MPMN Sesi 2010...

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) Sesi 2010

Dari kiri MOHD FADZIL BIN JAMAL (UM), MOHAMAD HAFIZ BIN ILYAS (UM) & MUHAMMAD SYAFIQ BIN A.AZIZ (UKM)

Wednesday, March 24, 2010

Roadshow MPMUM Pro-Mahasiswa bersama Mahasiswa UM

Bersama rakan-rakan dari Fakulti Undang-Undang

Speaking la plak :D

Saya Anti-Perkauman

Kreatifnya...

Bersama dengan teman OKU (PERMIUM)


Tahniah kepada bakal-bakal Usahawan Muda



SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI

Hubungi Kami :

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)
Pro-Mahasiswa

Monday, March 22, 2010

Resolusi Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 (SMM)





Resolusi Kongres Gerakan Mahasiswa Malaysia 2010 (SMM) :


1) Semua front akan berpegang kepada 5 prinsip untuk terus memastikan kebersamaan dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Prinsip perjuangan SMM :

-Independence
-Intellectual
-Integrity
-Responsive
-Progressive


2) Membawa kebersamaan semua front di peringkat SMM & dibumikan peringkat kampus berdasarkan 5 prinsip perjuangan.


3) Meluaskan skop perjuangan mahasiswa meliputi aspek
Nasional & Internasional secara holistik & integral (menyeluruh dan saling lengkap-melengkapi).

Thursday, March 18, 2010

Suara Anda Keutamaan Kami ( MPMUM PRO-MAHASISWA )


Hubungi kami ( MPMUM PRO-MAHASISWA )
24 Jam On-Line

Suara Anda Keutamaan Kami

Monday, March 15, 2010

Surat Rasmi PMIUM Menuntut Permohonan Maaf Daripada Ustaz Zamihan




Rujukan Kami : 014/SU/PMIUM/2009/2010

Tarikh: 15 Mac 2010


Kepada;

Ustaz Hj. Zamihan Hj Mat Zin,

Penolong Pengarah Pusat Al-Quran Dan Ilmu Teras (PQIT)

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Sungai Merab Luar, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR DARUL EHSAN


Tuan,


Menuntut Permohonan Maaf Berhubung Dakwaan Keterlibatan PMIUM Dalam Seminar Islam Anti-Terrorisme


Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.


2. Pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan 12 Mac 2010 bertempat di Masjid Al-Rahman, Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur. Kami mendapat aduan daripada ahli-ahli jemaah & kariah Masjid Al-Rahman yang bersolat Jumaat di sana berhubung dakwaan pihak tuan dalam kuliah sebelum solat Jumaat terhadap keterlibatan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM ) dalam “ Seminar Islam Anti-Terrorisme ”.


3. Kami menganggap perkara ini merupakan satu dakwaan yang membabi buta dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tuan tanpa menyelidik terlebih dahulu secara benar dan tepat daripada pihak yang menganjurkan seminar tersebut. Kami turut merasa sangat sedih dan terkilan, kerana seorang pegawai agama kerajaan boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.


4. Untuk makluman pihak tuan, Program “ Seminar Islam Anti-Terrorisme ” yang akan diadakan pada 28 Mac 2010 di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS) Universiti Malaya dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni ( HEPA ) Universiti Malaya ( UM ) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Sesi 2009/2010 yang baru dilantik serta mendapat kerjasama penuh dengan Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ). Jelas, PMIUM tiada kena mengena dan terlibat dalam penganjuran seminar tersebut.


5. Dakwaan ini samada secara langsung ataupun tidak langsung juga telah menjejaskan kredibiliti PMIUM sebagai badan dakwah pada masyarakat kampus Universiti Malaya khususnya dan sekitar Lembah Pantai amnya. Kami merasakan demikian kerana melihat dakwaan pihak tuan dalam kuliah tersebut bukan sahaja bersumberkan fakta yang tidak benar, bahkan ianya cenderung untuk mengaitkan PMIUM dengan aliran-aliran tertentu di Malaysia ini.


6. Oleh yang demikian pihak kami meminta supaya pihak tuan menghentikan dakwaan-dakwaan tidak berasas seperti itu dan memohon maaf secara terbuka di atas insiden dakwaan tersebut kepada mana-mana medium yang menghubungkan pihak tuan dengan massa dan masyarakat. Di sini juga kami lampirkan poster program berkenaan untuk rujukan pihak tuan. Kami juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang seandainya tuntutan kami ini gagal ditunaikan oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.


UNGGUL MEMIMPIN GENERASI


Yang Menjalankan Amanah,



(MOHAMAD HAFIZ BIN ILYAS)

Setiausaha Agung,

Persatuan Mahasiswa Islam

Universiti Malaya (PMIUM)

2009/2010


s.k

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. Ketua pengarah JAKIM

3. Pengerusi Masjid Al-Rahman Jalan Pantai Bharu

Sunday, March 14, 2010

Perhatian kepada mahasiswa UM...


Perhatian penting
kepada semua warga Universiti Malaya,
anda diwajibkan untuk membuat CTES (course
& teaching evaluation) selewat-lewatnya pada 1 April 2010. Harap
maklum.

Layari : http://umctes.um.edu.my/default.asp

Friday, March 12, 2010

Jom kita ke " Ekspo Halal 2010 PMIUM "

TARIKH : 13 – 14 MAC 2010 (SABTU - AHAD)


TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FAKULTI PERNIAGAAN &
PERAKAUNAN, UNIVERSITI MALAYA, KUALA
LUMPUR


ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI
MALAYA (PMIUM)

ATURCARA PROGRAM :

13 Mac 2010 (Sabtu)


8.00 pagi – 5.00 petang : Pembukaan tapak pameran dan gerai
9.00 pagi – 5.00 petang : Pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah

Majlis Perasmian Pembukaan

8.15 pagi : Hadirin mengambil tempat
8.30 pagi : Ketibaan VIP
8.45 pagi : Ketibaan VVIP
9.00 pagi : Ketibaan masuk VVIP
9.05 pagi : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
9.10 pagi : Bacaan Asmaul Husna
Nyanyian lagu Negaraku dan Universiti Malaya
9.20 pagi : Bacaan doa
9.25 pagi : Ucapan Pengarah Program
9.30 pagi : Ucapan perasmian pembukaan oleh tetamu kehormat
Perasmian oleh: YBhg. Professor Dr.Hamzah bin Haji Abdul Rahman
(Timb.Naib Censelor Akademik Universiti Malaya)
9.40 pagi : Gimik perasmian
9.45 pagi : Persembahan Multimedia
9.50 pagi : VVIP diiringi melawat tapak pameran (Sidang Media)
10.00 pagi : Jamuan pagi

Seminar Halal
10.15 pg Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk : Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah
Oleh : YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim
Timbalan Presiden DPIM/ Pengerusi Biro Korporat
DPIM/Presiden & Ketua Eksekutif Johor
Corporation

11.15 pg Pembentangan Kertas Kerja 2
Tajuk : 1 Malaysia 1 Halal
Oleh : JAKIM

12.00 tgh Pembentangan Kertas Kerja 3
Tajuk : Jom Bisnes Dalam Industri Halal
1) Bersama KFC/ Ayamas
Oleh : QSR Brands Bhd/ KFC Holdings (Malaysia)
Bhd
2) Bersama OTAI Burger
Oleh : Kumpulan Syarikat OTAi
3) Insentif TEKUN Nasional
Oleh : TEKUN Nasional

1.00 tgh Makan Tengahari/ Solat Zohor

Klinik Usahawan
Masa : 2.30 – 4.30 ptg
Tempat: Perkarangan Dewan Kuliah

Agensi Jemputan:
1. JAKIM
2. KFC/ AYAMAS
3. TEKUN NASIONAL
4. THE WORLD OF SECRETE GARDEN SDN BHD


Pertandingan Catur Bestari

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Perkaranagn Perpustakaan Za’ba


8.30 malam : Forum Kepenggunaan Islam

Tajuk : ”Survival Ekonomi Islam Dalam Era Globalisasi”

Ahli Panel 1 : Mohd Fadzil Bin Abu Kassim
(Ketua Penolong Pengarah, Pusat Ekonomi Dan Kewangan Islam (ILIM))

Ahli Panel 2 : PJS Abdullah Bin Abdul Rahim
(Pengarah Jati Setia HPA)

Moderator : Hawari Bin Zakaria @ Azahari

11.00 malam : Persembahan nasyid
Oleh : Al- Hamz

11.30 malam : Jamuan dan bersurai

14 Mac 2010 (Ahad)

8.00 pagi – 5.00 petang : Pembukaan tapak pameran dan gerai

Sambungan........ Seminar Halal

09.30 pg Pembentangan Kertas Kerja 4
Tajuk: Syubhah Menurut Perspektif Islam Dan Penyelesaiannya
Oleh: YBhg. Encik Zulkefli bin Mohamed
Setiausaha Penerangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Tayangan video PPIM

10.45 pg Pelancaran HPAPMIUM
Ucapan pengarah
Oleh : Saudara Auzani

Perasmian HPAPMIUM
Oleh : PJS Jalaluddin Yeop Majlis

Gimik pelancaran

12.00 tgh Jamuan dan Solat Zohor

2.30 ptg Ucapan Perasmian Penutupan
Oleh: YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Penyampaian hadiah,Cabutan bertuah

Persembahan nasyid
Oleh: Kumpulan Feel Honey


Wednesday, March 10, 2010

Jom Kita Ke " Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 "



Makluman Penting!!!

Perubahan Tempat

DEWAN BANQUET, DEWAN SIVIK MBPJ,
PETALING JAYA, SELANGOR

Tuesday, March 9, 2010

JADUAL ROADSHOW MPMUM KE KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA

8 Mac 2010 (Isnin)

1 Kolej Kediaman Pertama 9.00mlm-9.30mlm
2 Kolej Kediaman Keenam 9.30mlm-10.00mlm
3 Kolej Kediaman Kedua 10.00mlm-10.30mlm


9 Mac 2010 (Selasa)

4 Kolej Kediaman Ketiga 9.00mlm-9.30mlm
5 Kolej Kediaman Keempat 9.30mlm-10.00mlm
6 Kolej Kediaman Ketujuh 10.00mlm-10.30mlm


10 Mac 2010 (Rabu)

7 Kolej Kediaman Kesembilan 9.00mlm-9.30mlm
8 Kolej Kediaman Kelapan 9.30mlm-10.00mlm
9 Kolej Kediaman Kesepuluh 10.00mlm-10.30mlm



11 Mac2010 (Khamis)

10 Kolej Kediaman Kelima 9.00mlm-9.30mlm
11 Kolej Kediaman Keduabelas 9.30mlm-10.00mlm
12 Kolej Kediaman Kesebelas 10.00mlm-10.30mlm

Sunday, March 7, 2010

Secebis Sharing Forum Semasa : Universiti Diliwat

Saya buat dlm point-point je (santai), belakangan ini jadual agak padat..

Ahli panel saudara Hishamuddin Rais (Isham), Dr Azmi Sharom (UM) dan sahabat seperjuangan Pengerusi Solidirati Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Shazni Munir.


1. Respons (Bro Isham)


Pandangan tentang penindasan terhadap mahasiswa :


-Universiti dalam keadaan nazak. (UM & UKM)

-E-voting merbahaya. Mesti tolak. Tidak menjamin keadilan

-Buktinya di Florida. 5 tahun dulu Bush menang . Server dimiliki syarikat adik George Bush sendiri.

-E-voting defense BN & UMNO, E-voting strategi akhir kerajaan

-Najib dua kali pergi India. Sesiapa yang pegang server dialah akan pegang jumlah undi.

-Tujuan untuk seluruh negara (PRU di Malaysia), eksperimen di sekolah dan universiti, kontrak telah dilakukan di India.

- bacaan Bro Isham, evoting salah satu proposal / projek kroni (eksperimen di UM) bincang di Bangalore, India (Pusat IT)

-Mahasiswa perlu guna tv rakyat (You Tube)

-Ignore AUKU & susun kerajaan sendiri.

-Pemikiran baru, sampai tahap kedewasaan di UM

-bro Isham menolak mahkamah


2. Respons 2 (Dr. Azmi)


1) Org muda tidak bodoh

2) Student freedom


- E-voting, pihak universiti tidak tanya student dulu, pentadbiran tidak perlu campurtangan.

-boring student election.

-Kerajaan tidak jujur dalam kenyataan..

-Sistem ini tidak ada apa-apa kebebasan gerak

-Pernah dipanggil pihak universiti & kena kutuk disebabkan kenyataan yang dikeluarkan berkaitan dengan student.

-Student don’t trust hal ehwal pelajar.

-one side dapat good treatment, tidur hotel. Satu pihak disayangi oleh badan yg menguruskan election.

-Ini isu hak mahasiswa, mahasiswa ditindas. Demokrasi dead.


3. Respons 3 (Shazni)


Pandang sisi aktivis mahasiswa


-Penyelewangan di kampus

-pada awalnya E-voting tidak dibincang dengan MPMUM, bincang selepas E-Voting dah dilaksanakan untuk dapat rubber stamp daripada student.

-ini pembodohan kepada mahasiswa kepada elemen

-Menteri KPT Dato’ Khaled Nordin kata kita tidak menerima kekalahan.

-kami cabar menteri-menteri turun universiti, buka pentas di Dewan Tunku Canselor, kita bincang demokrasi kampus

-Kita bukan tidak nak bersatu dengan penggerak mahasiswa (kelompok yang berkepentingan dan ditaja)

-Pro-M tidak pernah bermasalah unite dengan bebas.

- Pilihan raya akan datang mahasiswa VS pentadbir universiti.

- Mahasiswa boleh bersatu jika hep tidak masuk campur. Hep menyusahkan mahasiswa.

Lepaskan ikatan dengan hep. Kita perjuang tidak perlu ada hep. Tiada perlawanan sesama mahasiswa.

-Boleh bubar Pro-M untuk unite.

-Sehingga ke hari ini mahasiswa belum dapat keadilan.

-timbalan KPT tidak kacau mahasiswa, benda baik kita terima dari Dato’ Saifuddin. Tapi student kena ada prinsip

-PRU laksana E-voting satu rahmat, syarat penerangan sampai kepada masyarakat.

Ini buah tanggung.

-Tidak dapat PTPTN & biasiswa ditarik, student boleh survive.

-mahasiswa dah lepas tahap tidak endah AUKU, tiada ketakutan.

-Tugas berat bagaimana menarik seramai mungkin mahasiswa untuk tanamkan fikrah/pemikiran.

.

Friday, March 5, 2010

Teman2 Sejati Dunia & Akhirat (Majmuah 6 Nilam Puri)...

Memori Reunion Majmuah 6 baru-baru ini di Taman Jaya

Sentiasa iringi daku dalam doa kalian semua...