Friday, February 26, 2010

Mahasiswa pulau aktiviti anjuran MPMUM- MALAYSIAKINI



Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) mengambil keputusan untuk memulaukan 'kabinet' baru Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dibentuk oleh kumpulan pro-Aspirasi (pro-A).

17 calon pro-M yang menang pada pilihan raya kampus yang lalu juga tidak hadir pada majlis perlantikan yang diadakan di Dewan Tunku Canselor kelmarin.

Bantahan itu bertujuan menyatakan pendirian mereka bahawa pilihan raya kampus pada 28 Jan lalu tidak dijalankan secara telus dan adil. Ia juga sebagai tanda protes berhubung keengganan pihak pro-A untuk menghormati kemenangan pro-M pada peringkat kerusi umum.

Mohd Fadzil Jamal, wakil mahasiswa pro-M untuk kerusi umum, memberitahu Malaysiakini bahawa semua wakil dari kumpulan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MPMUM.

“Kita, wakil pro-M yang menang, tidak akan mengiktiraf kabinet baru yang dilantik. Ini bermakna kita akan boikot,” katanya.

“Tetapi, kita akan terus berjuang untuk isu mahasiwa,” tambahnya.

Dia juga berkata, 17 wakil pro-M akan membentuk satu kabinet bayangan untuk bersaing dengan pro-A.

Kabinet bayangan ini akan dinamakan sebagai “Majlis Perwakilan Pro Mahasiswa UM”(MPPMUM) dan Fadzil telah dipilih sebagai presidennya.

Fadzil juga menjelaskan antara sebab utama untuk pemulauan itu ialah kerana pro-M telah dinafikan hak untuk mengambil tempat dalam majlis tertinggi MPMUM walaupun mereka menang lapan daripada sembilan kerusi umum.

“Kita anggap apa yang berlaku adalah tidak adil. Kita telah menang 8 daripada 9 kerusi umum, tetapi hanya dilantik sebagai ahli jawantankuasa untuk biro-biro,” katanya.

“Kita nampak ini macam satu penghinaan terhadap undi mahasiswa.”

Bagi MPMUM, wakil mahasiswa dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti. Kerusi umum akan dipilih oleh semua mahasiswa dalam kampus, manakala kerusi fakulti hanya dihadkan kepada satu fakulti sahaja.

Pada pilihan raya kampus pada 28 jan lalu menyaksikan pro-A yang mengakui sebagai penggerak mahasiwa berjaya merampas balik UM dengan memenangi 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi pro-M, walaupun pro-M menang lapan daripada sembilan kerusi umum.

Kumpulan pro-M berasa yang tidak berpuas hati terhadap keputusan itu dan mendakwa sistem e-undi yang pertama kali digunakan membuka ruang untuk penyelewengan.

Pada kemuncak bantahan itu, keesokan harinya, ratusan penyokong pro-M mengepung bangunan canselori dan menuntut naib canselor, Datuk Ghauth Jasmon supaya membatalkan keputusan pilihan raya dan mengadakan pemilihan baru.

Walaubagaimanapun, pihak universiti menolak rayuan pro-M dan menafikan sistem baru ini mempunyai kelemahan.

"Independent News Online" - School Science Array Array Group Cabinet wiped Ma Tai Sang wearing a black boycott the inauguration ceremony

"Independent News Online" - School Science Array Array Group Cabinet wiped Ma Tai Sang wearing a black boycott the inauguration ceremony

Kenyataan Media Sempena Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Kenyataan Media

Sempena Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Oleh:

Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM)

25 Februari 2010 (Khamis)

Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya


Pendahuluan


Pilihan raya kampus Universiti Malaya secara rasminya berakhir pada 28 Januari 2010 lepas. Universiti Malaya (UM) tidak terlepas berhadapan dengan isu-isu Pilihan Raya Kampus (PRK), antaranya bantahan mahasiswa terhadap penggunaan sistem e-voting yang membawa kepada penggantungan keputusan pilihan raya kampus selama seminggu.

Walaupun keputusan secara rasminya telah diumumkan oleh Naib Canselor, Datuk Ghauth Jasmon pada 3 Februari 2010 yang lepas yang menyaksikan kumpulan Penggerak Mahasiswa memenangi pilihan raya kampus kali ini, namun isu-isu yang berkaitan dengan ketelusan pilihan raya kampus UM masih lagi belum selesai.

Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM) hari ini secara rasminya ditubuhkan oleh calon-calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi 17 kerusi dalam PRK baru-baru ini. Ia ditubuhkan berikutan pendirian kami tidak mengiktiraf jawatan-jawatan yang telah dilantik melalui mesyuarat bersama wakil-wakil MPMUM pada minggu lepas.


Kronologi Isu

Pada 9 Februari 2010, kesemua 41 calon-calon yang telah memenangi pilihan raya kampus (PRK) dipanggil bagi bermesyuarat untuk melantik empat jawatan utama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Antara wakil Hak Ehwal Pelajar (HEP) yang hadir adalah Encik K Puniamurty, Encik Hashim Abd. Ghani, Puan Nor Hafizah Abdullah, Cik Hasniah Daud dan Encik Rozaini Abdul Rahim.

Pemilihan jawatan-jawatan tersebut dilakukan secara undian rahsia ahli mesyuarat dan akhirnya saudara Khairul Anwar Abu Kasim (calon umum) telah dipilih sebagai YDP, Tee Wooi Keat (calon fakulti kejuruteraan) sebagai NYDP, Rahmah Binti Husna (calon fakulti Sains) sebagai Setiausaha dan Koo Wei Juin (calon fakulti Sains) sebagai Bendahari. Pemegang jawatan-jawatan utama tersebut menyaksikan tiga daripada empat jawatan Majlis Tertinggi utama dipilih adalah daripada calon fakulti dengan kuasa undian majoriti. Calon-calon Pro-Mahasiswa mempertikaikan kredibiliti serta kerelevenan lantikan tersebut lantaran calon fakulti tidak mewakili suara keseluruhan mahasiswa. Disamping itu juga, Yang Di-Pertua telah dipilih daripada calon yang mendapat undian terendah di antara calon-calon umum yang menang.

Pada 10 Februari 2010, calon-calon Pro-Mahasiswa sekali lagi dipanggil bagi menghadiri mesyuarat perlantikan jawatan-jawatan lain di dalam MPMUM. Namun, Pro-Mahasiswa (Pro-M) telah mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sebagai tanda protes dan tidak mengiktiraf lantikan jawatan-jawatan sebelum ini yang didakwa tidak membawa suara majoriti mahasiswa. Hasilnya, calon-calon Pro-Mahasiswa langsung tidak mendapat tempat di dalam jawatan-jawatan utama seperti Majlis Tertinggi, dan hanya dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) di bawah biro.

Sekali lagi calon-calon Pro-Mahasiswa menunjukkan protes dengan tidak mengiktiraf lantikan tersebut. Adakah logik dan wajar, calon-calon umum yang dipilih dan diundi oleh keseluruhan mahasiswa universiti hanya diletakkan sebagai AJK dalam biro? Situasi ini menampakkan lagi kedangkalan serta ketidak-warasan pemimpin-pemimpin Penggerak Mahasiwa. Justeru itu, Pro-Mahasiswa mengisytiharkan bermulalah pembentukan sebuah ‘kabinet kartun’ MPMUM di Universiti Malaya.

Sebagai jalan profesional terakhir, calon-calon Pro-Mahasiswa tetap juga mahu mengadakan rundingan atas pertimbangan agar tidak membelakangkan suara majoriti mahasiswa yang telah memilih di dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Satu pertemuan sulit pada 21 Februari 2010 telah diadakan di antara wakil calon Pro-Mahasiswa, saudara Mohd Fadzil Bin Jamal dengan YDP MPMUM, saudara Khairul Anwar Bin Abu Kasim bagi membincangkan perkara tersebut.

Fadzil berunding agar diberikan jawatan yang sesuai dengan jumlah undian serta posisi calon umum yang menang. Sekurang-kurangnya meletakkan calon-calon umum Pro-Mahasiswa yang memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum di dalam kerusi Majlis Tertinggi. Antara persetujuan yang dicapai adalah:

I. Beliau (YDP) bersedia memberi beberapa kerusi MT jika kami ( kerusi umum yang menang ) sudi hadir untuk berunding damai.

II. Jaminan kerjasama dan kesamarataan untuk semua pihak juga akan diberikan .

III. Meminta kami dan mengharapkan semua untuk mengabaikan sentimen kepartian.

Rentetan itu, satu mesyuarat tergempar pada 22 Februari 2010 telah diadakan diantara Majlis Tertinggi dengan calon-calon Pro-Mahasiswa bagi mencapai persepakatan tersebut. Namun, apa yang berlaku, persepakatan tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh Majlis Tertinggi atas alasan jawatan yang sedia ada telah dipilih secara majoriti. Akhirnya, calon-calon Pro-Mahasiswa bertindak dengan memulaukan dan meninggalkan mesyuarat tersebut.

Beberapa calon bebas pada mesyuarat tersebut turut menyatakan tidak bersetuju atas lantikan mereka ke dalam jawatan Majlis Tertinggi kerana mereka menang untuk berkhidmat di kawasan fakulti masing-masing berdasarkan manifesto kepada mahasiswa. Mereka juga mencadangkan agar calon-calon umum yang menang diangkat semula ke jawatan MT, kerana lebih sesuai dan relevan dengan posisi mereka.

Pendirian MPPMUM


MPPMUM pada hari ini berpendirian:

1. MPPMUM sekali-kali tidak mengiktiraf ‘kabinet kartun’ yang telah dibentuk kerana tindakan itu telah membelakangkan kehendak suara mahasiswa majoriti yang telah memilih calon-calon mereka.


2. MPPMUM hari ini mengisytiharkan kabinet yang dipilih oleh mahasiswa untuk membawa suara mahasiswa dan terus memperjuangkan agenda-agenda kebajikan, keadilan dan kesejahteraan kepada semua mahasiswa.


Kami, pimpinan mahasiswa MPPMUM komited dan konsisten dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami akan terus membawa suara mahasiswa, menghapuskan kezaliman, membanteras penyelewengan, dan memberikan hak keadilan dan kebajikan kepada yang berhak dan memerlukan. Demokrasi kampus harus segera dipulihkan demi melahirkan mahasiswa yang berkualiti, berkepimpinan, intelek dan berguna kepada universiti dan negara kelak.


“ Memperjuangkan suara mahasiswa demi masa depan dan kecemerlangan universiti ”


Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM)


Mohd Fadzil Jamal (Calon Umum) Akademi Pengajian Islam

Mohamad Hafiz Ilyas (Calon Umum) Akademi Pengajian Islam


Lee Keang Kiet (Calon Umum) Perniagaan dan Perakaunan

Muhamad Syafiq Badrishah (Calon Umum) Bahasa dan Linguistik

Goh Chin How (Calon Umum) Fakulti Undang-Undang

Siti Zuraini Mohd Jenan (Calon Umum) Akademi Pengajian Islam


Chan Kheng Fai (Calon Umum) Undang-Undang


Siti Nadzirah Majeed (Calon Umum) Akademi Pengajian Islam


Insan Fitriani Ilyas Rasjid (Calon Fakulti Bahasa dan Linguistik)

Mohd Hairil Zainal Abidin (Calon Pusat Kebudayaan)

Chang Chin Nam (Calon Pusat Kebudayaan)

Nurul Husna Azmi (Calon Akademi Pengajian Melayu)

Yasmin Mohamed Yusof (Calon Fakulti Perubatan)

Nur Dalilah Mokhtar (Calon Akademi Pengajian Islam)

Husna Khairany Mohammad Husni (Calon Fakulti Bahasa dan Linguistik)

Mohd Syahid Mohd Zaini (Calon Akademi Pengajian Islam)


Mohd Syukri Mohd Taib (Calon Fakulti Pergigian)

Sunday, February 21, 2010

Kabinet KARTUN ( MPMUM 09/10 ) !!!

SENARAI PENUH PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN DALAM MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA SESI 2009/2010 YANG TIDAK DIIKTIRAF:


1 Yang Dipertua - Khairul Anuar Abu Kasim Akademi Pengajian Islam

2 Naib Yang Dipertua - Tee Wooi Keat Kejuruteraan

3 Timbalan Naib Yang Dipertua I - Muhamad Ilyas Zambri Pendidikan

4 Timbalan Naib Yang Dipertua II - Gan Kwong Chuan Ekonomi dan Pentadbiran

5 Timbalan Naib Yang Dipertua III - Sangitha a/p Mothayapan Pendidikan

6 Setiausaha - Rahmah Husna Baharudin Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

7 Timbalan Setiausaha I - Gan Ming Chiek Undang-Undang

8 TImbalan Setiausaha II - Mohd Syukri Mohd Taib Pergigian

9 Bendahari - Koo Wei Juin Sains

10 Timbalan Bendahari I - Lai Wen Jae Alam Bina

11 Timbalan Bendahari II - Ashree Azhar Undang-Undang

12 Pengerusi Akademik dan Penyelidikan - Wong Kee Cheong Perubatan

13 Akademik dan Penyelidikan - Goh Seong Ling Pergigian

14 Akademik dan Penyelidikan - Mohamad Hafiz Ilyas Akademi Pengajian Islam :D

15 Pengerusi Penerangan dan Penerbitan - Nor Haslinda Abdul Karim Pusat Sukan

16 Penerangan dan Penerbitan - Lim Jee Sing Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

17 Penerangan dan Penerbitan - Muhamad Syafiq Badrishah Bahasa dan Linguistik

18 Pengerusi Kepimpinan,Kerohanian, dan Pembangunan Insan - Ahmad Razali Abdul Razak Sastera dan Sains Sosial

19 Kepimpinan,Kerohanian, dan Pembangunan Insan - Goh Chin How Undang-Undang

20 Kepimpinan,Kerohanian, dan Pembangunan - Insan Fitriani Ilyas Rasjid Bahasa dan Linguistik

21 Pengerusi Sukan, Kesenian, dan Kebudayaan - Mohd Hairil Zainal Abidin Pusat Kebudayaan

22 Sukan, Kesenian, dan Kebudayaan - Chang Chin Nam Pusat Kebudayaan

23 Sukan, Kesenian, dan Kebudayaan - Nurul Husna Azmi Akademi Pengajian Melayu

24 Pengerusi Hal Ehwal Wanita - Siti Fairus Abdul Rahman Sastera dan Sains Sosial

25 Hal Ehwal Wanita - Farah Atikah Abdul Razak Kejuruteraan

26 Hal Ehwal Wanita - Siti Zuraini Mohd Jenan Akademi Pengajian Islam

27 Pengerusi Ekonomi, Keusahawanan, dan Kerjaya - Noor Izzati Che Noh Perniagaan dan Perakaunan

28 Ekonomi, Keusahawanan, dan Kerjaya - Lee Keang Kiet Perniagaan dan Perakaunan

29 Ekonomi, Keusahawanan, dan Kerjaya - Yasmin Mohamed Yusof Perubatan

30 Pengerusi Penginapan Kolej Kediaman - Mohamad Shahir Abdul Rahim Akademi Pengajian Melayu

31 Penginapan Kolej Kediaman - Ahmad FadhlurrahmanAhmad Hidayat Sains

32 Penginapan Kolej Kediaman - Nur Dalilah Mokhtar Akademi Pengajian Islam

33 Pengerusi Penginapan Luar Kampus - Mohd Yusoff Saharuddin Ekonomi dan Pentadbiran

34 Penginapan Luar Kampus - Maharathan a/l Maniam Pusat Sukan

35 Penginapan Luar Kampus - Mohd Fadzil Jamal Akademi Pengajian Islam

36 Pengerusi Perhubungan, Pengantarabangsaan, dan Komunikasi Korporat -
Chan Yee Fei Perniagaan dan Perakaunan

37 Perhubungan, Pengantarabangsaan, dan Komunikasi Korporat -
Siti Nadzirah Majeed Akademi Pengajian Islam

38 Perhubungan, Pengantarabangsaan, dan Komunikasi Korporat -
Husna Khairany Mohammad Husni Bahasa dan Linguistik

39 Pengerusi Kebajikan dan Aduan - Nurfahmin Zaidi Alam Bina

40 Kebajikan dan Aduan - Chan Kheng Fai Undang-Undang

41 Kebajikan dan Aduan - Mohd Syahid Mohd Zaini Akademi Pengajian Islam



P/S - tulisan yang diboldkan = calon umum yang mendapat mandat tertinggi dari seluruh mahasiswa UM

Sunday, February 7, 2010

Muhammad S.A.W.: Entrepreneur, Environmentalist & Role Model For All


Muhammad S.A.W. is one of the most renowned figures in history. He has been credited with many achievements. He was a leader, commander and guide for the first Muslims. He continues to serve as a source of guidance and inspiration for Muslims today, even though he has passed away long ago.

As Muslims, we are taught to emulate, as much as possible, Rasulullah S.A.W. behaviours, actions and mannerisms. This is because he is the kind of person that all of us should aspire towards. However, in recent times, we place more emphasis on Muhammad’s S.A.W. spiritual practices, forgetting that he was, in fact, a very holistic and well-rounded personality.

Muhammad S.A.W. was more than a spiritual guide. He was also a savvy entrepreneur and a dedicated environmentalist. Beyond that, he is the perfect role model that all Muslim youths should look up to.

This talk aims to expose young Muslims to Rasulullah’s S.A.W. entrepreneurial and environmental activities, thus reminding them that there is so much more to him than what they already know.

By doing so, this talk hopes to convince young Muslims that participating in entrepreneurship and environmental activities will allow them fulfil some of their duties as a good Muslim.

By the end of this talk, the organisers aim to recruit volunteers to fill the ranks of the newly-initiated Positive Green project, a recycling project in which student volunteers collect used cooking oil and sell them to Bio-diesel manufacturers with the aim of allowing students to make a tidy profit and help keep the environment clean at the same time


Program Details:

Date: 10 February 2010

Time: 8.00pm to 10.00pm

Place:


Dewan Kuliah 1, Faculty of Business & Accounting


Program Itinerary


Time / Activity


8.00pm Registration

8.05pm Welcome address by president of PMIUM

8.15pm Talk Introduction by PUSMAL representative

8.20pm Talk by Sheikh Hussein Yee

9.20pm Talk by CEO of PZ Bio Energy, En. Irwan Mohd. Yusof

9.45pm Panel Q&A session

10.00pm End of Programme

Saturday, February 6, 2010

Konvoi Pro-M ke Sungai Pisang...

Pro-Mahasiswa tetap nombor 1

Team Briged Putera baru tiba di Sg. Pisang selepas hampir 1 jam konvoi

Kebersamaan bersihkan ayam & ready for BBQ

Rehatkan minda dan recharge energy untuk berjuang

Pendokong Gerakan Mahasiswa

Tuesday, February 2, 2010

MPMUM 2008/2009 dalam kenangan..

Memori selepas diaudit oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)

Anak-anak muda harapan agama, bangsa & negara...