Thursday, January 7, 2010

Rumah Mahasiswi APM Dipecahmasuk...

Saudara Zaki menghulurkan bantuan kepada mahasiswi Akademi Pengajian Melayu

Inilah tempat yang dipecah masuk

  1. 6 Jun 2010, Selepas pulang dari kuliah & solat maghrib, penulis menerima makluman dari Pengerusi Kebajikan & Aduan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) saudara Zaki mengenai tragedi malang yang menimpa teman-teman penulis dari Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya. Rumah sewa mereka di Blok 21, Bukit Angkasa dipecah masuk kira jam 12.10 tengah hari tadi. Ketika kejadian tidak ada penghuni di rumah. Kejadian ini disedari jam 1.20 petang ketika seorang penghuni pulang ke rumah. Habis semua bahagian di dalam rumah mereka digeledah.

  1. Selepas Isyak, penulis lantas bersama saudara Zaki, Fadzil & Maryam bergegas ke tempat kejadian rumah ini didiami 9 orang mahasiswi. Laporan polis telah dibuat & pihak polis datang mengambil cap jari untuk menjalankan penyiasatan. Antara barang yang hilang : 6 biji laptop, kamera, barang kemas & duit sewa rumah untuk 2 bulan. Kerugian dianggarkan mencecah RM 20,000. Di peringkat tuan rumah sewa berjanji akan memasang jeriji besi dengan kadar segera bagi mengelakkan kes ini berulang kembali.

  1. Penulis bersama pimpinan MPMUM sempat memberi motivasi & semangat kepada mangsa. Di peringkat MPMUM, setakat tadi kita hanya mampu menghulurkan bantuan peribadi. Kita akan mengusahakan untuk memohon bantuan ihsan dari HEP & Akademi Pengajian Melayu bagi meringankan beban yang ditanggung sahabat-sahabat kita. Kita menggesa diperingkat Pengetua Luar Kampus & PUSPITA memandang serius kes yang berlaku ini.

  1. Ramai mahasiswa yang menghuni di sekitar Bukit Angkasa. Pesanan saya kepada semua rakan-rakan yang tinggal di luar sana, aspek keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan. Lebih-lebih lagi kaum mahasiswi. Pada masa akan datang kita akan menghidupkan kembali komuniti kebajikan luar kampus bagi memelihara kebajikan mahasiswa & mahasiswi Universiti Malaya yang tidak tinggal di kolej kediaman.

~ KEEP IT ON CHANGE ~


No comments: