Monday, January 18, 2010

Bertemu 2 Murobbi



1. Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) telah menjemput PMIUM untuk menghadiri Majlis Penutup & Diskusi Hari Lelaki & Wanita (HALWA ’10). Penulis mewakili PMIUM. Program ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Tajuk diskusi menarik : Hatiku Milik Siapa ???
Ahli panel yang dijemput tidak kurang hebatnya iaitu Ustaz Pahrol Mohd. Juoi (penulis buku Pemilik Cintaku)& Fatimah Syarhah (penulis buku Tentang Cinta). Majlis diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Saujana.

2. Bertemu dengan dua orang murobbi. Banyak nasihat dan benda baru yang penulis dapat dari pertemuan yang singkat dalam bilik vvip sementara menanti majlis berlangsung..


3. Prof Abu lebih mesra dengan panggilan ”Abang” berbicara berkaitan dengan politik di Iran. Di sana rakyat Iran bebas mengkritik pemimpin negara mereka di dalam radio. Kalau di MALAYSIA ??? Faham-faham sendiri lah..
Risalah mestilah disampaikan walaupun terpaksa mengharungi gelap-gelita, dugaan & cabaran. Kita hendaklah membedakkan diri kita dengan bedak yang baik. Banyak betul dengar analogi tadi. Rasa macam melayang di angkasa.
Beliau sempat berkongsi secara tertutup dengan penulis berkaitan AUKU dan hak-hak polis. Yang mana, mungkin sebelum ini ahli parlimen kita terlepas pandang selepas dipinda iaitu berkaitan bidang kuasa polis. Dahulu polis tidak boleh campur tangan dalam hal-ehwal mahasiswa di dalam kampus. Semuanya diserahkan & tertakluk pada universiti. Sekarang polis sudah mula campur tangan. Sentuh berkaitan politik kampus, dahulu beliau pernah menjadi calon untuk Pilihan Raya Kolej untuk kerusi Presiden Kolej Kediaman Kelapan di UM. Walaupun baru tahun pertama, beliau menang besar dibantu dengan kemahiran pidato. Tetapi dinafikan haknya dengan alasan tahun pertama. Sedangkan perkara ini tidak pernah dinyatakan dalam perlembagaan/ statut universiti. Adakah ini dinamakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi ???

4. Ustaz Pahrol banyak memberi nasihat berkaitan peranan mahasiswa dan dakwah. Untuk baiki dunia, kita kena baiki manusia. Untuk baiki manusia, kita kena baiki HATI...
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Nasihat beliau kepada penulis, kita jangan jadi seperti binatang dalam zoo.
” Apabila lapar, bising.. Tetapi apabila diberi makan, terus senyap ”
Mendalam maksudnya. Sama-sama kita fikirkan.

No comments: