Saturday, January 30, 2010

Angry Students Occupy UM Admin Building, Demand Fresh Polls

Keputusan p'raya kampus UM digantung - Malaysiakini





Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.

Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

Monday, January 18, 2010

Bertemu 2 Murobbi



1. Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) telah menjemput PMIUM untuk menghadiri Majlis Penutup & Diskusi Hari Lelaki & Wanita (HALWA ’10). Penulis mewakili PMIUM. Program ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Tajuk diskusi menarik : Hatiku Milik Siapa ???
Ahli panel yang dijemput tidak kurang hebatnya iaitu Ustaz Pahrol Mohd. Juoi (penulis buku Pemilik Cintaku)& Fatimah Syarhah (penulis buku Tentang Cinta). Majlis diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Saujana.

2. Bertemu dengan dua orang murobbi. Banyak nasihat dan benda baru yang penulis dapat dari pertemuan yang singkat dalam bilik vvip sementara menanti majlis berlangsung..


3. Prof Abu lebih mesra dengan panggilan ”Abang” berbicara berkaitan dengan politik di Iran. Di sana rakyat Iran bebas mengkritik pemimpin negara mereka di dalam radio. Kalau di MALAYSIA ??? Faham-faham sendiri lah..
Risalah mestilah disampaikan walaupun terpaksa mengharungi gelap-gelita, dugaan & cabaran. Kita hendaklah membedakkan diri kita dengan bedak yang baik. Banyak betul dengar analogi tadi. Rasa macam melayang di angkasa.
Beliau sempat berkongsi secara tertutup dengan penulis berkaitan AUKU dan hak-hak polis. Yang mana, mungkin sebelum ini ahli parlimen kita terlepas pandang selepas dipinda iaitu berkaitan bidang kuasa polis. Dahulu polis tidak boleh campur tangan dalam hal-ehwal mahasiswa di dalam kampus. Semuanya diserahkan & tertakluk pada universiti. Sekarang polis sudah mula campur tangan. Sentuh berkaitan politik kampus, dahulu beliau pernah menjadi calon untuk Pilihan Raya Kolej untuk kerusi Presiden Kolej Kediaman Kelapan di UM. Walaupun baru tahun pertama, beliau menang besar dibantu dengan kemahiran pidato. Tetapi dinafikan haknya dengan alasan tahun pertama. Sedangkan perkara ini tidak pernah dinyatakan dalam perlembagaan/ statut universiti. Adakah ini dinamakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi ???

4. Ustaz Pahrol banyak memberi nasihat berkaitan peranan mahasiswa dan dakwah. Untuk baiki dunia, kita kena baiki manusia. Untuk baiki manusia, kita kena baiki HATI...
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Nasihat beliau kepada penulis, kita jangan jadi seperti binatang dalam zoo.
” Apabila lapar, bising.. Tetapi apabila diberi makan, terus senyap ”
Mendalam maksudnya. Sama-sama kita fikirkan.

Thursday, January 14, 2010

JOM Esok Rapat Umum Mahasiswa...



Rapat Umum Mahasiswa (Penyerahan Referendum)

Host:
Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH)

Date:
Friday, January 15, 2010

Time:
2:00pm - 3:30pm

Location:
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Description:
Penyerahan Referendum Mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Nordin

Antara Tuntutan Mahasiswa ialah ;
1) Kembalikan Demokrasi Kampus
2) Pilihanraya Kampus Adil & Bersih
3) Kembalikan Autonomi Universiti & Kebebasan Akademik
4) Mansuhkan Sistem E-Voting



Wednesday, January 13, 2010

Perhatian kepada mahasiswa UM...




1. Perhatian kepada semua mahasiswa Universiti Malaya PENGESAHAN KURSUS akan bermula dari 13-17 JANUARI 2010.

2. Tolong sebar-sebarkan pada semua rakan-rakan kita.

Tuesday, January 12, 2010

Mahasiswa Bantah E-Voting...



BANTAH menyeru seluruh mahasiswa untuk menandatangani petisyen mansuhkan E-Voting.

Referendum ini akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada hari Jumaat ini.

" Bersama Mengembalikan Demokrasi Kampus "



Sila Layari : http://www.petisyen.com/petition/31

Monday, January 11, 2010

Jom Kita Pergi Forum Malam Ini

Family Day Balai Islam Kolej Kediaman Kelapan

Memori terindah bersama adik-beradik balai Islam

Jom pecahkan belon..

Senyum itu sedekah..

Seronok dapat masak bersama sampai rentung lah burger & sosej tu..

Warming Up before start game

Macam2 gaya ada, AMAN main golf, PAAN macam nak terkam mangsanya...


Tahniah kepada semua ahli Balai Islam Kolej Kediaman Kinbalu yang terlibat, Ukhwah Fillah Abadan Abada

Sesungguhnya saya sentiasa bersama kamu semua di dalam doa...

Saturday, January 9, 2010

PRO-MAHASISWA ???


Siapa PRO- MAHASISWA?
Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa.Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus UniPerdana. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!

Mengapa PRO-MAHASISWA?
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli(genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat,, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA! Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!

Sejarah PRO-MAHASISWA.
PRO-MAHASISWA merupakan jaringan kelompok-kelompok mahasiswa yang mempunyai idealisma dan membawa tema perjuangan mahasiswa. Sebelum ini mereka dikenali sebagai ‘GAGASAN’. ‘GAGASAN’ yang mana pertubuhan yang menghimpunkan kelompok-kelompok mahasiswa beridealisma telah memegang tampuk kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya hampir 8 tahun sejak tahun 1996 sehingga 2003. Di dalam tempoh kepimpinan ini banyak rekod-rekod cemerlang telah ditunjukkan oleh kelompok ini misalnya memperjuangkan kewujudan sistem pendaftaran subjek secara online, pendaftaran pelajar baru yang dipusatkan di DTC, memperjuangkan kemudahan pengangkutan awam di Universiti Malaya dan lain-lain lagi. Malahan pada ketika inilah Universiti Malaya telah tersenarai antara 100 universiti terbaik di dunia. Pada tahun 2004 kelompok ‘ GAGASAN’ telah memboikot proses pilihanraya kampus yang dilihat sudah tidak demokratik dan adil. Setelah itu pada tahun 2005 dan 2006 mereka kembali berusaha untuk kembali memimpin mahasiswa dengan penyertaan dalam pilihanraya kampus walaupun sistem pilihanraya kampus masih lagi belum dipulihkan. Kini ‘ GAGASAN’ muncul dengan wajah baru yang lebih progresif, intelek, responsif, dan berani iaitu dengan nama PRO-MAHASISWA!

SLOGAN PRO-MAHASISWA.
WE LOVE UM! – iaitu perjuangan untuk memartabatkan dan meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Malaya sebagai Universiti Perdana melalui semangat CINTAKAN universiti.

NEW GENERATION FOR NEW UM – bertujuan melahirkan generasi mahasiswa UM yang mempunyai corak pemikiran, dan inspirasi perjuangan yang lebih segar, bebas, demokratik, dan maju yang mana mereka akan mampu mencorakkan suasana dan prestasi universiti ke arah yang lebih baik dari sudut akademik dan sosio-politik.

STUDENT POWER!
– slogan keramat yang melambangkan bahawa mahasiswa merupakan kelompok yang mampu berperanan secara efektif dan berkuasa mencetuskan arus perubahan untuk memperbaiki keadaan masyarakat samada di kampus ataupun masyarakat di luar.

Thursday, January 7, 2010

Rumah Mahasiswi APM Dipecahmasuk...

Saudara Zaki menghulurkan bantuan kepada mahasiswi Akademi Pengajian Melayu

Inilah tempat yang dipecah masuk

  1. 6 Jun 2010, Selepas pulang dari kuliah & solat maghrib, penulis menerima makluman dari Pengerusi Kebajikan & Aduan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) saudara Zaki mengenai tragedi malang yang menimpa teman-teman penulis dari Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya. Rumah sewa mereka di Blok 21, Bukit Angkasa dipecah masuk kira jam 12.10 tengah hari tadi. Ketika kejadian tidak ada penghuni di rumah. Kejadian ini disedari jam 1.20 petang ketika seorang penghuni pulang ke rumah. Habis semua bahagian di dalam rumah mereka digeledah.

  1. Selepas Isyak, penulis lantas bersama saudara Zaki, Fadzil & Maryam bergegas ke tempat kejadian rumah ini didiami 9 orang mahasiswi. Laporan polis telah dibuat & pihak polis datang mengambil cap jari untuk menjalankan penyiasatan. Antara barang yang hilang : 6 biji laptop, kamera, barang kemas & duit sewa rumah untuk 2 bulan. Kerugian dianggarkan mencecah RM 20,000. Di peringkat tuan rumah sewa berjanji akan memasang jeriji besi dengan kadar segera bagi mengelakkan kes ini berulang kembali.

  1. Penulis bersama pimpinan MPMUM sempat memberi motivasi & semangat kepada mangsa. Di peringkat MPMUM, setakat tadi kita hanya mampu menghulurkan bantuan peribadi. Kita akan mengusahakan untuk memohon bantuan ihsan dari HEP & Akademi Pengajian Melayu bagi meringankan beban yang ditanggung sahabat-sahabat kita. Kita menggesa diperingkat Pengetua Luar Kampus & PUSPITA memandang serius kes yang berlaku ini.

  1. Ramai mahasiswa yang menghuni di sekitar Bukit Angkasa. Pesanan saya kepada semua rakan-rakan yang tinggal di luar sana, aspek keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan. Lebih-lebih lagi kaum mahasiswi. Pada masa akan datang kita akan menghidupkan kembali komuniti kebajikan luar kampus bagi memelihara kebajikan mahasiswa & mahasiswi Universiti Malaya yang tidak tinggal di kolej kediaman.

~ KEEP IT ON CHANGE ~


Tuesday, January 5, 2010

Protecting the Environment Through Islamic Entrepreneurship



1. As humanity becomes more concerned with the materialistic possessions of the world, we tend to lose sight of who we are and where we come from. In the name of progress and capitalism, we exploit the environment to satisfy our desire for worldly things.

2. These selfish acts have caused the world as we know it to suffer greatly. As a result of humanity’s pollution the Earth is undergoing problems such as global warming, piling landfills and dirty water. By the end of the day, it is we, humanity that will suffer for our mistakes.

3. As Muslims, Allah has bestowed upon us, as Khalifah of this world, the responsibility to take good care of it. Through the strength and spirit of our Ummah can we seek to make the change for the betterment of our world.
There are many initiatives that have been started by various organisations towards protecting our environment. Most of them are non-profit operations. These operations are run by a dedicated group of people who are very committed to making the world a better place.

4. However, being non-profit, they rely on external sources of funding in order to manage their operations. Therefore, they are not self-sufficient.
How can we, as Muslims, come up with a self-sufficient way to protect the environment?
We can, through Islamic Entrepreneurship.
Islamic entrepreneurship is the very opposite of capitalism. It prioritise the needs of the many before the needs of the few. It ensures that wealth flows down equally to all involved. It places great emphasis on creating sustainable solutions for the long-term, as opposed to short-term gain.
By identifying current environmental issues and using Islamic Entrepreneurship Principles to identify business opportunities, we can work together, as an Ummah to protect the environment.



5. Pusmal, in cooperation with PMIUM are organising a talk featuring Sheikh Hussein Yee, renowned Islamic Scholar and Philosopher and the CEO of PZ Bio Energy, a company dedicated to clean energy research and production. The talk will discuss Muslim’s responsibility to the environment and how we can help the environment via Islamic business methods.

6. We hope that through this talk, young Muslims will be motivated to help the environment by taking part in Environmental Islamic Entrepreneur Initiatives. Opportunities to join such initiatives will be provided at the talk.

Mohamad Hafiz bin Ilyas,
General Secretary,
University of Malaya Muslim Students Association.



Sunday, January 3, 2010

Saya Sayang Kamu Semua..


1. 29 Disember sebelum menutup tirai 2009 saya diamanahkan untuk mempengerusikan Mesyuarat Rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2008/2009 buat kali yang terakhir. Ini kerana YDP MPMUM, saudara Ridzuan dijemput untuk berpencak di gelanggang Suara Siswa RTM 1.


2. Agenda meeting terakhir kali ini ialah post-mortem MPMUM & cadangan penambahbaikan MPMUM untuk sesi akan datang. Semua laporan & cadangan akan dicompilekan & diendose kepada MPMUM sesi 2009/2010.


3. Rasa terharu dengan luahan teman-teman MPMUM baik dari Penggerak Mahasiswa, Pro-Mahasiswa & bebas.Terima kasih kerana anda semua telus dan jujur.


4. Saya sayang kamu semua walaupun kita berbeza fikrah & idealogi. Saya anggap kamu semua macam keluarga saya sendiri. Runtuhkan jurang yang manjadi batu penghalang antara kita. Perbanyakkan titik persamaan sesama kita. We unite together.


5. Selaku Majlis Tertinggi MPMUM, saya memohon kemaafan sekiranya sepanjang diamanahkan menjalankan tanggungjawab, saya ada melakukan sebarang kesalahan kepada anda & seluruh masyarakat kampus.


6. Cadangan yang baik dari teman-teman untuk gagaskan alumni MPMUM 08/09. Keep in touch. Memori terindah bersama anda semua tidak akan luput dari ingatan saya. Jemput semua sekali bertandang ke rumah saya di Penang. Rumah saya terbuka untuk anda semua. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua walau dimana sekalipun anda berada. Kahwin nanti jangan lupa jemput saya :p







Saturday, January 2, 2010

Doakan kesejahteraan Amiruddin (UM)


1) Petang tadi penulis bersama teman-teman berkesempatan untuk menziarahi saudara Amiruddin di tingkat 8 Wad Ortopidik, Pusat Perubatan Universiti Malaya

2) Semoga cepat sembuh ya akhi, tidak sabar rasanya nak tunggu anta cepat sembuh untuk sama-sama kita berjuang di muka bumi ini..

3) Tiada istilah rehat dalam perjuangan melainkan mati syahid..

Friday, January 1, 2010

Jom malam ini kita Solat Gerhana Bulan




1) Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Mari Solat berjemaah )


2) Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


3) Waktu gerhana bulan di Malaysia bermula 1 januari 2010 jam 1.17 pagi-5.28 pagi


Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam