Thursday, December 31, 2009

Perkongsian Sepetang Bersama Dr. Asri

Memori penulis bersama Dr. Asri & YB DS Shahidan Kasim


Perkongsian sepetang bersama Dr. Asri di Masjid Biru, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

1) Surah al-Kahfi merakamkan tentang kisah pemuda
2) Orang muda kelebihannya semangat & tenaga yang lebih, bebas dari kepentingan
3) Dakwah nabi ramai disokong orang muda
4) Arus Islah tidak dibayar dengan harga yang murah
5) Mehnah & tribulasi yang dihadapi Imam Ahmad (disebat & dipenjara), Syafie (diheret dari Yaman ke Baghdad), Malik (dipukul sehingga tercabut bahu), Abu Hanifah (disebat) walaupun berada pada kurun yang dekat pada Nabi. Ibnu Taimiyyah (mati dalam penjara)
6) Banyak program Islam dalam negara kita, tapi umat tidak bergerak
7) Tidak boleh fanatik mazhab, ibadah kena bergantung pada dalil, perlu keluasan dalam muamalah selagi tidak ada yang mengharamkan.

Walaupun banyak halangan dan birokrasi yang dihadapi, Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berjaya menjayakan program ini.

Publisiti diwar-warkan sehari sebelum program. Alhamdulillah kehadiran memberansangkan, ramai teman-teman yang hadir bukan sahaja dari UM.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan proram ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua.

No comments: