Thursday, December 31, 2009

Perkongsian Sepetang Bersama Dr. Asri

Memori penulis bersama Dr. Asri & YB DS Shahidan Kasim


Perkongsian sepetang bersama Dr. Asri di Masjid Biru, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

1) Surah al-Kahfi merakamkan tentang kisah pemuda
2) Orang muda kelebihannya semangat & tenaga yang lebih, bebas dari kepentingan
3) Dakwah nabi ramai disokong orang muda
4) Arus Islah tidak dibayar dengan harga yang murah
5) Mehnah & tribulasi yang dihadapi Imam Ahmad (disebat & dipenjara), Syafie (diheret dari Yaman ke Baghdad), Malik (dipukul sehingga tercabut bahu), Abu Hanifah (disebat) walaupun berada pada kurun yang dekat pada Nabi. Ibnu Taimiyyah (mati dalam penjara)
6) Banyak program Islam dalam negara kita, tapi umat tidak bergerak
7) Tidak boleh fanatik mazhab, ibadah kena bergantung pada dalil, perlu keluasan dalam muamalah selagi tidak ada yang mengharamkan.

Walaupun banyak halangan dan birokrasi yang dihadapi, Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berjaya menjayakan program ini.

Publisiti diwar-warkan sehari sebelum program. Alhamdulillah kehadiran memberansangkan, ramai teman-teman yang hadir bukan sahaja dari UM.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan proram ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua.

Monday, December 7, 2009

Tahniah Akhi Dzul & Ukhti Raihana

Ustaz Hadi (orang pertama yang merasmikan nasi kenduri) sambil diperhatikan Ustaz Zul

Terpancar seri pada raut wajah Akh Dzulkhairi

Semoga diberkati ALLAH

Memori bermusafir ke Pulai Condong, Kelantan

Wednesday, December 2, 2009

Dimanakah keadilan???



1. Coretan berita dari Malaysiakini :


Kecam Demo Pemuda BN Bakar Foto Lim

Sidang DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi semalam yang dianjurkan oleh sekumpulan anggota Pemuda BN.
Wakil rakyat DAP RSN Rayer (Seri Delima) mengusulkan usul tersebut pagi ini bagi mengecam bantahan selama 45 minit itu di luar pagar bangunan dewan tersebut.
Usul itu diluluskan selepas semua 29 ADUN Pakatan Rakyat menyokong usul tersebut, manakala 11 wakil rakyat BN menentangnya.
Kumpulan Pemuda BN Pulau Pinang itu berhimpun sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa lemah dan tidak cekap menyelesaikan masalah rakyat dan gagal menunaikan janji pilihan raya umum.
Demontrasi itu yang diketuai Ketua Pemuda Umno negeri, Norman Zahalan, membawa beberapa kain rentang dan poster yang menghentam kerajaan negeri kerana gagal menyelesai beberapa isu termasuk Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.
Seorang yang menyertai kumpulan turut bertindak memijak dan membakar poster Lim.
Sebelum itu, pemimpin Angkatan Muda PKR negeri Ahmad Azrizal Tahir membuat aduan di balai polis Lebuh Pantai, menggesa pihak berwajib itu mengambil tindakan terhadap dalang demonstrasi tersebut.
Dalam laporan polisnya, Azrizal mendakwa penunjuk perasaan itu mengeluarkan kenyataan berbau menghasut dan juga bersifat perkauman.


2. Kebetulan kelmarin penulis pergi round-round Island dengan ayah penulis.

Dapat la makan nasi kandar & shopping di road walk

Selepas selesai berurusan di Bank Islam dekat Padang Kota Pulau Pinang.

Hairan pula kenapa pula tiba-tiba jalan sesak.

Ingatkan apa, rupanya orang-orang UMNO buat demonstrasi di di hadapan tempat ahli dewan undangan negeri bersidang.


3. Pemuda UMNO dah jadi pengganas sekarang. Maklum sahajalah dah jadi pembangkang di Pulau Pinang.

Siap bakar poster Lim Guan Eng lagi...

Baik lagi aktivis-aktivis mansuhkan ISA

Hanya buat perhimpunan aman. Tetapi apa yang dapat, gas pemedih mata & air asid.

Kena tahan polis lagi.

Sungguh tidak adil...

Sedangkan orang-orang UMNO ini tidak dikenakan sebarang tindakan...


4. Media kini penuh dengan propaganda,

kebaikan yang dibuat pemerintah pakatan rakyat langsung tidak diwarwarkan...

Sebaliknya kuman diseberang yang dicanangkan..

Penulis kasihan dekat rakyat-rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman yang hanya bergantung kepada media massa seperti radio, tv & radio. Semua yang didengari, dibaca & ditonton di kaca televisyen dirasakan semuanya betul.

Takziah kepada sesiapa yang terlibat dalam menjayakan agenda ini, nantikanlah balasan dari Maha Berkuasa.

5. Beginilah akibatnya apabila agama tidak didahulukan.

Pencapaian lebih diutamakan tanpa menghiraukan halal & haram.

Agama Islam bukan ritual semata-semata, wajib

diimplementasikan dalam kehidupan seharian seluruh insan yang beriman dengan rukun negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

Tuesday, December 1, 2009

Subjek Yang Dapat Daftar Sem Ini...

1. Saya dalam proses memohon 23 jam kreadit.

2. Nak add satu lagi subjek IXEB 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN


1) GVEK 1013 KO-K (BOLA SEPAK)

2) IFEH 3314 FIQH KEPENGGUNAAN (ELEKTIF DALAM)

3) IQEU 3317 TARTIL AL-QUR'AN

4) ISEU 3310 HISTORIOGRAFI ISLAM

5) IXEB 3104 KAEDAH BAHASA ARAB (MEMBACA DAN MENULIS )

6) IXEB 3203 ILMU QIRAAT 2

7) IXEU 1102 PENGANTAR USULUDDIN