Thursday, November 19, 2009

Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'



Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 09
11:56am

kemaskini 6.40pm Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akanbermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

2 comments:

anamusafir87 said...

salam..
hish..
aku hangin betulla dgn polis ni!!
suka hati dia jer nak tangkap, dah lah org tu baru hbs exam.. mestilah nak balik kg ke hape ke.,.
ni sedap2 je tangkap anak orang

KUANG HAJO PUNYE POLIS!!!!!!!
PIHAK UM pon buat menononng je pelajar UNIVERSITI MLAYA ni kene tangkap..

pasal kes HAMPEH mcmtu pon nak KECOH2!! PIRAAAH!! huh.. geram betol aku kali ni..

first time buat ayat kASOR mcm nih..

pe2pon.. SEMOGA ADIK SAUFI JELANI SELAMAT!!!!!!!!!!

TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!1

anamusafir87 said...

salam.. ni aku nak komen lagi..
dalam BLOG-BLOG orang lain tu.
BERLAMBAK orang2 yang dok kutuk rosmah n najib n sewaktu dgnnya..
nape pihak POLIS yang cekap sangat tu TAK PI CARI DAN TANGKAP je blogger2 tu.. hampeh!
setakat pelajar Universiti xde makne la.. penakut punye polis ( bukan semua polis.. polis2 yang terlibat dgn kes ni haje).

tu kat LUAR SANA.. BERLAMBAK KES2 JENAYAH! tanggungjwb nak amankan negara pon tak lunas lagi! ni pi tambah masalah lain...

mentang2lah yang kononnya "di aniaya tu" pihak atasan.. senang2 je guna kuasa nak tangkap org!!

kalau dah tahu Ramai RAKYAt YANG TAK BERAPA nak suka, SEdar2lah diri sket.. insafla.. kembali ke jalan ALLAH..

PAKAI TUDUNG..

jadi muslimah yang baik...

ingat JADI PEMIMPIN NI SONANG KE??

AMANAH TU.. amanah...

salah guna kuasa, Allah akan tarik balik.. malah kite yang akan dapat azabnya.. ingatlah.. idup ni BUKANLAH selama2nya...

wallahuam,,

-anamusafir87@!-