Friday, October 23, 2009

Doaku Sentiasa Mengiringimu...


Memori Semasa Eid Mubarak Baru2 Ini...



1. Salam. Putri kami, Nur Fatimah telah kembali ke Rahmatullah kira2 pkl 6.20 pg td
-Ramadhan Fitri & Khadijah..

Beginilah mesej yang penulis terima dari Ustaz Ramadhan Fitri tepat jam 6.28 pagi tadi. Disusuli panggilan telefon dari bonda Ustaz Ramadhan.

2. Penulis terus bergegas ke Universiti Putra Malaysia walaupun semalaman tidak cukup tidur.

3. Penulis tidak pergi kuliah hari ini walaupun kuliah agak padat bermula jam 9 pagi sehinggalah jam 9.30 malam. Mujur pensyarah-pensyarah memahami situasi penulis. Petang tadi balik UM sekejap untuk mengambil ujian Metodologi Qiraat.

4. 22 oktober 2009. Hari ini genap 108 hari Nur Fatimah berada di dunia yang fana. Allah lebih sayangkan Nur Fatimah.

5. Sebelum ini penulis berkesempatan beberapa kali menziarahi Fatimah di Hospital Putra Jaya. Lebih kurang 300 orang yang menyembahyangkan jenazah di Pusat Islam UPM, Masjid UPM.

Turut kelihatan Ustaz Hasrizal, saudara Amin Idris, saudara Ahmad Sabki dan ramai lagi aktivis-aktivis...
Hujan renyai mengiringi jenazah....

” Wahai Tuhan ku, sesungguhnya Nur Fatimah adalah di dalam genggaman-Mu, oleh itu peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab api neraka, Engkaulah yang paling layak memenuhi janji dan kebenaran, oleh itu ampunilah dia dan kasihanilah dia, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”


No comments: