Saturday, October 31, 2009

Apa itu BEKAM?


“Ko pernah berbekam tak?”
“Bekam? Bekam tu apa?”

Hmm…. Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. Suatu amalan sunnah yang sering dilupakan, (lebih diambil manfaat oleh pengamal-pengamal perubatan china). Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan.

Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai ‘Al-Hijamah’ bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

”Jadi, apa kebaikan bekam? Tau bekam tu sunnah, tapi mesti nabi tidak melakukannya kerana sia-sia, kan?”

Hari ini first time penulis sempat berbekam dengan Ustaz Auzani (HPA) di bahagian kepala dan belakang badan. Kebetulan rambut dah ala-ala komando sekarang ini. Dah masuk fasa persediaan nak pergi medan pertempuran dengan peperiksaan akhir semester.
Amalan berbekam merupakan sunnah Rasulullah.

Maaf gambar penulis semasa berbekam tidak boleh dipublish dalam blog atas sebab-sebab keselamatan. (^_^)

Bekam (Al Hijamah)

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Dalil Bekam

1. Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam".
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

2. Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"
( "Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a.)

3. Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada 3 perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

4. Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadith Nabi S.A.W yang mafhumnya:

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang. Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut. Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah. Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan. Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Kebaikan Berbekam

Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.

• Membantu menghilangkan pening dan migrain.
• Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
• Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,
• Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
• Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
• Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
• Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
• Membuang darah bertoksik.
• Membuang segala gangguan makhluk halus.

Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :

Migrain, Sakit Pada Kepala, Sinusitis/Alergic, masalah Pada Mata,Kolestrol Tinggi, Masalah Angin, Masalah Sakit Gigi, Masalah Asthma/lelah dan paru paru, Batuk, Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis, Buasir, Masalah Kaki Kebas, Sakit Tumit, Masalah Sakit Jantung, Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada Bahu, Betis, Batukarang, Sembelit, Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak, Lemah Tenaga Batin, Stroke, Masalah Buah Pinggang, SIHIR dan lain lain masalah penyakit.


Rawatan Bekam Kaedah Moden

1.Menggunakan cup(bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril(mesin pembunuh kuman)
2.Menggunakan lancet(jarum) pakai buang (untuk seorang patient sahaja)
3.Menggunakan sarung tangan.
4.Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.
5.Pesakit hendaklah menanam sisa darah bekam mereka sendiri.
6.Juru bekam muslimah untuk kaum wanita.
7.Tidak sakit dan tidak berparut.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah mengkhususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadhan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

Siapa-siapa yang ingin mencoba, boleh terus menghubungi bakal doktor pakar perubatan Islam Ustaz Auzani (Universiti Malaya) di talian 013-2966257

No comments: