Wednesday, October 28, 2009

Adakah ini ONE MALAYSIA??



1. Kelmarin penulis bersama teman seperjuangan saudara Shazni Munir berkesempatan pergi ke Berjaya Times Square untuk menyelesaikan urusan kami.

2. Muda-mudi sekarang.
Banyak sungguh couple yang bertenggek di sini sana.
Ada sepasang merpati dua sejoli yang tengah ghairah berasmara. Niat di hati kami nak pergi tegur. Ketua keselamatan mendahului kami.
Bila disoalsiasat. Budak Melayu tu kata dah bertunang, muka masih berhingus lagi. Budak sekolah lagi. Kalau bertunang sekalipun, bukannya tiket untuk melepaskan hawa nafsu di khalayak ramai.

3. Kami sempat berborak dengan ketua keselamatan.
Mendengar keluhan, dia kata dekat kompleks ini sangat teruk. Banyak kali dia dapat tangkap pasangan-pasangan tengah buat ”projek”. Habis lucut semua pakaian. Ada dari UITM, UM, UIA dan banyak lagi IPTA dan IPTS lain.

4. Dilema yang dihadapi kadang-kadang dia sendiri dimarahi oleh ibu bapa remaja yang melakukan perkara yang tidak senonoh ini.

5. Metod yang digunakan ialah dia sendiri akan kaunseling & menyuruh pemuda terbabit pergi ke surau & solat taubat 2 rakaat. Dia berpesan kepada mereka, jika nak buat juga maksiat, pergilah cari tempat yang Allah tidak nampak.

6. Dengan penuh emosinya dia menyalahkan konsep 1 Malaysia & mufti-mufti yang sedia berkhidmat di negara kita. Dia pernah menegur seorang non-muslim yang pernah beraksi pada Hari Raya Aidilfitri.
Apa yang dibalasnya, ” Rileks la bro. Kita kan Satu Malaysia” .

7. Aktiviti tidak bermoral di shopping complex ini sangat kritikal.
Dia meminta kepada kami untuk terus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk membanteras virus yg tidak sihat ini dari terus menjadi barah dalam sosialiti kita. Kerana suara masyarakat lebih diberikan perhatian.

8. Ini baru satu tempat, penulis pernah tersesat jalan di Lorong Haji Taib (baik). Di sini bersepah-sepah mak nyah (pondan) & pelacur-pelacur..

9. Persoalan yang ingin penulis lontarkan,
Adakah ini yang dimaksudkan dengan ONE MALAYSIA?

2 comments:

aku said...

salam, bagus post ni..tapi ada apa sangat la dengan 1malaysia tu, hanya slogan kosong...
bagaimana pula dengan 'serambi mekah'? dilaporkan kes HIV tertinngi berlaku di negeri pimpinan ulama' tu....HIV pastilah dekat kaitannya dgn gejala sosial...
masalhnya negara kita ramai org berkuasa...dan ramai jugak ulama...
tetapi..apa guna ramai ulamak jika hanya suka berpolitik..tarbiyyah hilang...ajaran tak sampai kpd rakyat...yang berserban berkopiah ja alim...masyarakat?..
kalu serambi mekah yg dibawah kepimmpinan ulama' selama 20 tahun tu mcm tu..apatah lagi di sini yang yg baru diperintah ulama' 2 tahun..ulama'? ya la...sebab selangor ngan KL kan PAS yang pegang...so?ada apa sgt la dgn slogan 1 malaysia tu...

Hamba Allah said...

assalamulaikum

terus perjuangan,