Saturday, October 31, 2009

Apa itu BEKAM?


“Ko pernah berbekam tak?”
“Bekam? Bekam tu apa?”

Hmm…. Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. Suatu amalan sunnah yang sering dilupakan, (lebih diambil manfaat oleh pengamal-pengamal perubatan china). Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan.

Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai ‘Al-Hijamah’ bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

”Jadi, apa kebaikan bekam? Tau bekam tu sunnah, tapi mesti nabi tidak melakukannya kerana sia-sia, kan?”

Hari ini first time penulis sempat berbekam dengan Ustaz Auzani (HPA) di bahagian kepala dan belakang badan. Kebetulan rambut dah ala-ala komando sekarang ini. Dah masuk fasa persediaan nak pergi medan pertempuran dengan peperiksaan akhir semester.
Amalan berbekam merupakan sunnah Rasulullah.

Maaf gambar penulis semasa berbekam tidak boleh dipublish dalam blog atas sebab-sebab keselamatan. (^_^)

Bekam (Al Hijamah)

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Dalil Bekam

1. Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam".
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

2. Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"
( "Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a.)

3. Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada 3 perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

4. Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadith Nabi S.A.W yang mafhumnya:

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang. Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut. Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah. Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan. Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Kebaikan Berbekam

Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.

• Membantu menghilangkan pening dan migrain.
• Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
• Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,
• Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
• Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
• Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
• Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
• Membuang darah bertoksik.
• Membuang segala gangguan makhluk halus.

Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :

Migrain, Sakit Pada Kepala, Sinusitis/Alergic, masalah Pada Mata,Kolestrol Tinggi, Masalah Angin, Masalah Sakit Gigi, Masalah Asthma/lelah dan paru paru, Batuk, Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis, Buasir, Masalah Kaki Kebas, Sakit Tumit, Masalah Sakit Jantung, Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada Bahu, Betis, Batukarang, Sembelit, Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak, Lemah Tenaga Batin, Stroke, Masalah Buah Pinggang, SIHIR dan lain lain masalah penyakit.


Rawatan Bekam Kaedah Moden

1.Menggunakan cup(bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril(mesin pembunuh kuman)
2.Menggunakan lancet(jarum) pakai buang (untuk seorang patient sahaja)
3.Menggunakan sarung tangan.
4.Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.
5.Pesakit hendaklah menanam sisa darah bekam mereka sendiri.
6.Juru bekam muslimah untuk kaum wanita.
7.Tidak sakit dan tidak berparut.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah mengkhususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadhan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

Siapa-siapa yang ingin mencoba, boleh terus menghubungi bakal doktor pakar perubatan Islam Ustaz Auzani (Universiti Malaya) di talian 013-2966257

Wednesday, October 28, 2009

Adakah ini ONE MALAYSIA??



1. Kelmarin penulis bersama teman seperjuangan saudara Shazni Munir berkesempatan pergi ke Berjaya Times Square untuk menyelesaikan urusan kami.

2. Muda-mudi sekarang.
Banyak sungguh couple yang bertenggek di sini sana.
Ada sepasang merpati dua sejoli yang tengah ghairah berasmara. Niat di hati kami nak pergi tegur. Ketua keselamatan mendahului kami.
Bila disoalsiasat. Budak Melayu tu kata dah bertunang, muka masih berhingus lagi. Budak sekolah lagi. Kalau bertunang sekalipun, bukannya tiket untuk melepaskan hawa nafsu di khalayak ramai.

3. Kami sempat berborak dengan ketua keselamatan.
Mendengar keluhan, dia kata dekat kompleks ini sangat teruk. Banyak kali dia dapat tangkap pasangan-pasangan tengah buat ”projek”. Habis lucut semua pakaian. Ada dari UITM, UM, UIA dan banyak lagi IPTA dan IPTS lain.

4. Dilema yang dihadapi kadang-kadang dia sendiri dimarahi oleh ibu bapa remaja yang melakukan perkara yang tidak senonoh ini.

5. Metod yang digunakan ialah dia sendiri akan kaunseling & menyuruh pemuda terbabit pergi ke surau & solat taubat 2 rakaat. Dia berpesan kepada mereka, jika nak buat juga maksiat, pergilah cari tempat yang Allah tidak nampak.

6. Dengan penuh emosinya dia menyalahkan konsep 1 Malaysia & mufti-mufti yang sedia berkhidmat di negara kita. Dia pernah menegur seorang non-muslim yang pernah beraksi pada Hari Raya Aidilfitri.
Apa yang dibalasnya, ” Rileks la bro. Kita kan Satu Malaysia” .

7. Aktiviti tidak bermoral di shopping complex ini sangat kritikal.
Dia meminta kepada kami untuk terus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk membanteras virus yg tidak sihat ini dari terus menjadi barah dalam sosialiti kita. Kerana suara masyarakat lebih diberikan perhatian.

8. Ini baru satu tempat, penulis pernah tersesat jalan di Lorong Haji Taib (baik). Di sini bersepah-sepah mak nyah (pondan) & pelacur-pelacur..

9. Persoalan yang ingin penulis lontarkan,
Adakah ini yang dimaksudkan dengan ONE MALAYSIA?

Monday, October 26, 2009

Jom baca buku "Membina & Meruntuh MALAYSIA"



Membina & Meruntuh MALAYSIA :
Sebuah imbasan orang dalam tentang UMNO, Razak & Mahathir

Hasil karya Ahmad Mustapha Hassan

Apakah yang telah dicapai oleh 2 orang Perdana Menteri Malaysia yang lalu, dan apakah warisan yang mereka tinggalkan ? Sementara ramai orang cuba memberikan jawapan kepada enigma ini, satu kelompok kecil di sekeliling tokoh-tokoh itu telah memberanikan diri dan muncul ke hadapan untuk mengumumkan penilaian mereka. Dengan itu, buku ini merupakan pengkisahan orang dalam pertama tentang tentang pentadbiran Malaysia selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1970-an dan 1980-an, daripada perspektif di tepi gelanggang.

Buku ini unik kerana ia adalah hasil dari pengalaman peribadi penulis hampir melebihi setengah abad. Ia sepatutnya menarik perhatian sesiapa yang berminat dalam politik Malaysia, khususnya mereka yang mahukan pemahaman yang segar dan kritikal tentang pentadbiran Tun Razak & Tun Mahathir..

Nak tahu lebih lanjut, jom kita baca (^_^) Selamat membaca..

Sunday, October 25, 2009

SUK dah settle, SUA bila lagi?


1. Kelmarin warga RO berkesempatan pergi ke Walimatul ’Urus (kenduri kahwin) junior serumah, saudara Fahmi Suhaimi di Shah Alam, Selangor. Kami pergi konvoi beramai-ramai.


2. Fahmi merupakan Setiausaha Kerja PMIUM bagi sesi 2009/2010.


3. Belakangan ini ramai sungguh aktivis-aktivis mahasiswa melangsungkan perkahwinan. Tidak kurang juga yang dianugerahkan putera & puteri.


4. Siang tadi juga, sahabat serumah, Ustaz Zul Amirul pergi ke kursus pra-perkahwinan... Dia dah bagi signal awal.


5. Bila sebut sahaja berkaitan perkahwinan kebanyakan teman-teman penulis senyum meleret. Semuanya nampak indah belaka.

Jarang yang allergic mendengar ungkapan kahwin.


6. Pada penulis, perkahwinan bukan perkara yang mudah...

Orang hanya nampak seronok malam pertama sahaja. Tetapi tanggungjawab & amanah tersangatlah berat.. Kita kahwin bukan dengan isteri sahaja. Pada hakikatnya kita berkahwin dengan keluarga sebelah isteri kita.. faham tak analogi penulis ini.


7. Baru-baru ini mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan kecoh dengan ura-ura posting akan difreezekan (dibekukan). Penulis tidak kisah kerana niat di hati selagi boleh sambung belajar & ada rezeki akan terus melanjutkan pengajian sampailah ke peringkat yang tertinggi. Sekarang ni tidak pernah terlintas memikirkan tentang kerja. Nak belajar dulu & tunaikan harapan keluarga tercinta.


8. Berkaitan bajet yang baru dibentangkan, mahasiswa yang meminjam PTPTN yang mendapat ijazah kelas pertama (Dekan) PTPTN akan ditukar menjadi biasiswa. Penulis ada juga memasang impian untuk mencapai ijazah kelas pertama. Doakan ye.. (^_^)


9. Kahwin???

Mungkin tidak mampu lagi sekarang, fokus pada amanah sedia ada & akademik dulu.


10. Tahniah diucapkan kepada Fahmi & Ilma, penulis doakan :

” Semoga Allah memberikan keberkatan kepadamu & keberkatan daripada (perkahwinan ini) & mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. ”

Insya Allah ada jodoh & rezeki, penulis akan menurut jejak langkah...

Tolong doakan sama. Siapa dalam istikharahku...? (pinjam jap nama tajuk forum dekat APIUM)



Rombongan dari UM

Friday, October 23, 2009

Doaku Sentiasa Mengiringimu...


Memori Semasa Eid Mubarak Baru2 Ini...



1. Salam. Putri kami, Nur Fatimah telah kembali ke Rahmatullah kira2 pkl 6.20 pg td
-Ramadhan Fitri & Khadijah..

Beginilah mesej yang penulis terima dari Ustaz Ramadhan Fitri tepat jam 6.28 pagi tadi. Disusuli panggilan telefon dari bonda Ustaz Ramadhan.

2. Penulis terus bergegas ke Universiti Putra Malaysia walaupun semalaman tidak cukup tidur.

3. Penulis tidak pergi kuliah hari ini walaupun kuliah agak padat bermula jam 9 pagi sehinggalah jam 9.30 malam. Mujur pensyarah-pensyarah memahami situasi penulis. Petang tadi balik UM sekejap untuk mengambil ujian Metodologi Qiraat.

4. 22 oktober 2009. Hari ini genap 108 hari Nur Fatimah berada di dunia yang fana. Allah lebih sayangkan Nur Fatimah.

5. Sebelum ini penulis berkesempatan beberapa kali menziarahi Fatimah di Hospital Putra Jaya. Lebih kurang 300 orang yang menyembahyangkan jenazah di Pusat Islam UPM, Masjid UPM.

Turut kelihatan Ustaz Hasrizal, saudara Amin Idris, saudara Ahmad Sabki dan ramai lagi aktivis-aktivis...
Hujan renyai mengiringi jenazah....

” Wahai Tuhan ku, sesungguhnya Nur Fatimah adalah di dalam genggaman-Mu, oleh itu peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab api neraka, Engkaulah yang paling layak memenuhi janji dan kebenaran, oleh itu ampunilah dia dan kasihanilah dia, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”


Sunday, October 18, 2009

Hukum Ucapan Deepavali???


Apakah hukum mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu dan menghadiri rumah terbuka perayaan berkenaan ?


Jawapan :


Laman islam-0nline memuatkan salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”

Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.


http://soaljawab.wordpress.com

Saturday, October 17, 2009

Prosiding 8 Mahasiswa UM 20 Okober 2009 (Selasa)..


Mari kita turun beramai-ramai 20 Okt. 2009 (Selasa) di Fakulti Kejuruteraan membela rakan-rakan kita dari
PMIUM & PBCUM...

Tuesday, October 13, 2009

Bersama Membela Hak-Hak Mahasiswa...

Doakan Kesejahteraan NUR FATIMAH

Hari raya ‘Aidilfitri baru-baru ini penulis sempat beraya di rumah Ustaz Ramadhan Fitri Ellias (mantan YDP MPMUM & YDP PMIUM) di Kulim, Kedah…


Tolong doakan kesejahteraan puteri sulung Kak Khadijah, Nur Fatimah yang baru berusia 3 bulan lebih. Fatimah kini dalam keadaan koma di Hospital Putrajaya. Doktor masih lagi tidak dapat mengesan penyakit Fatimah…


Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan segalanya dan anugerahkan nikmat kesihatan kepada Fatimah.


" AKU MEMOHON KEPADA ALLAH YANG MAHA AGUNG, TUHAN YANG MENGUASAI ARASY YANG AGUNG AGAR MENYEMBUHKAN PENYAKITMU (NUR FATIMAH) "

Family Ustaz Ramadhan Fitri

Ini Kali Pertama Penulis Mendukung Nur Fatimah

Tangguh Prosiding, HEPA Dituduh Permain Siswa

LEMBAH PANTAI, 12 Okt: Lapan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, UM yang sepatutnya dibicarakan atas pelbagai pertuduhan jam 11 pagi tadi, kecewa apabila mendapat arahan penangguhan serta-merta dari Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) di sini

Salah seorang tertuduh, Muhammad Haafizuddin Abererah, menyifatkan penangguhan tergesa-gesa itu, seperti mempermainkannya.

“Saya bukan datang dari Kerinchi. Saya datang dari Pulau Pinang, Rasa macam ditipu. HEP memang tidak profesional.”

“Setelah lebih setengah jam menunggu, baru Encik Ambhihabathy (pegawai) beritahu perbicaraan ditangguhkan.”

ImageBeliau yang juga mantan Yang Dipertua PMiUM sesi lepas berkata, HEPA sepatutnya memaklumkan lebih awal menggunakan telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS), bukannya memberitahu secara tergesa-gesa seperti hari ini.

Ditanya tentang sebab musabah pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya, beliau mendakwa HEPA cuba menguatkuasa undang-undang secara terpilih, sedangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda membenarkan ahli politik mengakses mahasiswa di Universiti secara intelektual.

“Apa masalahnya kami (PMiUM) jemput Nik Nazmi (Nik Ahmad) merasmikan Mesyuarat Agong (Tahunan), beliau bukannya penjenayah, beliau adalah Adun yang pilih oleh rakyat.”

“Banyak pemimpin Umno, Gerakan masuk ke kampus, HEP tidak pula bising. Bila Nik Nazmi masuk (ke Universiti Malaya), semua bising. Ini penguatkuasaan (AUKU) terpilih namanya,”

Tertuduh yang lain, Abu Ubaidah Amir Abdul Malik, menganggap dakwaan HEPA itu sebagai membalas dendam ke atas dirinya.

“Saya tanya mengapa penangguhan dibuat tergesa-gesa, Pegawai HEPA tidak mahu menjelaskannya,”

Beliau yang juga Pengarah Projek, Mesyuarat Agong Tahunan PMiUM Mac lalu, menganggap HEPA berniat balas dendam ke atas dirinya.

“Mesyuarat kami mendapat kebenaran HEPA. Setelah sekian lama, kami jemput beberapa pegawai HEPA (termasuk) (Profesor Madya) Dr. Azarae Idrus (Timbalan Naib Canselor), tidak juga beri jawapan. Bila kita jemput orang luar, mereka (HEPA) nak balas dendam pula.”

Selain Haafizuddin dan Abu, Pengarah Debat Fakulti Undang-Undang Chan Keng Fai (21), Yang Dipertua PBCUM serta empat OKT yang lain adalah pemimpin Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM).

ImageMenurut salah seorang daripada mereka, PBCUM setakat ini hanya melancarkan bantahan melalui internet.

Mereka yang juga ditemani seorang Peguam, enggan membuat sebarang kenyataan media, kerana bimbang akan mengganggu perjalanan prosiding kelak.

Tinjauan yang dibuat mendapati, keenam-enam OKT PBCUM terbabit juga protes senyap atas tindakan HEPA menangguhkan perbicaraan secara tergesa-gesa tadi.

ImagePengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Shazni Munir Mohd Ithin dan Pegawai Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) Ong Jing Cheng turut mengkritik tindakan HEPA mempermainkan sensitiviti OKT terbabit.

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohamad yang ditemui kemudian, berjanji untuk mendapatkan maklum balas HEPA berhubung tindakan tidak profsional tersebut.

Haafizuddin dan Abu dituduh bersalah di bawah AUKU kerana membawa Ahli Politik PKR Nik Nazmi Nik Ahmad merasmikan program rasmi Universiti.

Manakala, keenam-enam pemimpin PBCUM mendapat dakwaan yang tidak jauh berbeza; kerana menjelmput Adun Seputeh Teresa Kok dan dan ahli jawatankuasa MCA Pusat Wong Nai Chee sebagai panel Hakim dalam suatu pertandingan debat rasmi Universiti.

Penangguhan prosiding kelapan-lapan OKT itu dibuat dengan tidak memberitahu masa dan hari secara terperinci.

Ianya sekali lagi menyukarkan semua OKT terbabit untuk menghadiri prosiding kelak.

ImageAUKU memperuntukan gantung serta-merta, jika OKT gagal menghadiri prosiding pada masa yang ditetapkan secara mandatori oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT).

Jika mereka dibuktikan bersalah pula, empat pilihan hukuman dikenakan secara bersama atau tunggal ke atas mereka – (1)amaran keras; (2)denda tidak melebihi RM200 per orang; (3)digantung belajar dan hilang kelayakan duduk di Universiti sepanjang tempoh pergantungan; dan (4)dipecat dari Universiti.

Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA Professor Madya Datuk Dr. Azarae Idris cuba dihubungi kemudian untuk mendapatkan maklum balas, tetapi pegawainya enggan membenarkannya.

Seorang Pegawai Keselamatan yang berpakaian biasa (seperti Speacial Branch) memberitahu Azarae ada di pejabatnya, tetapi sedia bertemu mahasiswa sahaja; bukannya pihak media.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 50 aktivis mahasiswa Melayu, Cina dan India melancarkan demontrasi dramatik memprotes amalan tidak profesional HEPA.

Dari simbol-simbol yang dipegang dan dilekatkan pada tubuh mereka, tertulis jangan permain mahasiswa, mahasiswa bukan kambing, bebaskan mahasiswa berikan autonomi kampus, HEPA cawangan Umno di UM; dan banyak lagi.

Perbicaraan kesemua tertuduh itu merupakan insiden malang pertama di Universiti dalam musim pilihanraya kampus tahun ini; kerana HEPA memang dikenali khalayak sebagai agen politik kepartian tertentu seperti siri-siri pilihanraya kampus beberapa tahun lalu.

Sumber : Harakahdaily.net.

Saturday, October 10, 2009

Kenyataan Media

Berhubung Penggunaan Sistem E-Undi Dalam Pilihan Raya Kampus
di Universiti Malaya


Oleh: GabunganMahasiswa Bantah E-undi (BANTAH)

9 Oktober2009

PENDAHULUAN

Pilihan Raya Kampus (PRK) pada sesi kali ini menyaksikan penggunaan sistem E-Undi dalam pemilihan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Dato Seri Khaled bin Nordin, memutuskan bahawa sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh kampus. Dan ia turut berlaku kepada kampus Universiti Malaya selain kampus-kampus lain. Secara umumnya, sistem ini dilihat sangat tersusun dan moden dalam situasi penggunaan teknologi maklumat kini, namun di sebalik itu, terdapat satu usaha untuk mencabul kesucian sistem demokrasi kampus yang selama ini dipertahankan oleh mahasiswa.

KRONOLOGI PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI DI UNIVERSITI MALAYA

Tahun 2007
- Satu mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor & Timbalan Naib Canselor Universiti telah diadakan bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Kampus(PRK) dan penggunaan sistem E-Undi dalam pemilihan akan datang.
- Dato'Mustapha Muhammad yang merupakan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi ketika itu memutuskan semua IPTA untuk mengadakan pemilihan MPP secara elektronik

Tahun 2008
- 5 Mac 2008: Puan Thanavathi ( Penasihat Undang-Undang Bahagian HalEhwal pelajar) telah memohon laporan lawatan e-undi di UPM daripada YDP MPMUM saudara Afandy Sutrisno Tanjung yang diadakan pada 13 Februari 2008 diiringi oleh Ketua Penolong pendaftar danpenasihat MPMUM ketika itu iaitu Encik Apandi Khalib.
- 13 Jun 2008: lawatan pihak MPMUM untuk melihat pelaksanaan sistem e-undi di UIA. Juga melibatkan pemimpin pelajar yang lain termasuk PMIUM.
- 14 Ogos 2008: lawatan ke UPSI untuk pelaksaan sistem e-undi.
- Pihak MPMUM pada sesi 2007/2008 sebulat suara tidak bersetuju dengan pelaksanaan sisteme-undi. Namun pihak HEP mengganggap pihak MPMUM gagal mengemukakan hujah yangkukuh kerana tidak mengemukakan sebarang bentuk penolakan daripada pelajar kampus.

Tahun 2009
- Sistem E-pendaftaran mula diperkenalkan dan dilaksanakan di UM semasa sesi pemilihan MPMUM 2008/2009
- Pihak HEP merasakan UM perlu melaksanakan sistem e-undi bagi pemilihan MPMUM sesi2009/2010 kerana hampir semua kampus telah pun melaksanakan e-undi.
- MPMUM sesi2008/2009 tidak pernah dipanggil menghadiri sebarang perbincangan berkaitan e-undi sehingga fasa akhir. Pada 4 Ogos 2009 baru-baru ini pihak MPMUMdipanggil untuk mesyuarat pelaksanaan e-undi dan memaklumkan institusi MPP perlu perakui apa-apa persetujuan yang telah dilakukan sebelum ini.
- Pada 14 September 2009, pihak pemimpin mahasiswa dan beberapa pimpinan MPMUM menghantar surat minta penjelasan ke pejabat TNC HEP dan hanya diserahkan kepada Ketua Penolong Pendaftar Bahagian HEP Encik K.Purniamurthy dengan makluman TNC HEP tiada di pejabat. Beliau bersetuju untuk mengadakan sesi penjelasan dengan pimpinan mahasiswa keesokan harinya.
- 15 September 2009, jam 2.30 petang, di dewan Kompleks Perdana Siswa, satu sesi penjelasan diadakan oleh pihak TNC HEP kepada pimpinan pelajar yang membantah sistem ini. Berikut merupakan antara isi perbincangan bersama pihak pentadbiran HEP.
> Pihak MPMUMsesi 2008/2009 menegaskan tiada sebarang persetujuan dan perjanjian yang berlaku untuk pelaksanaan e-undi bagi kempimpinan sesi 2007/2008 ( saudara Afandy sebagai YDP) mahupun sesi ini.
> Peruntukan kewangan untuk tujuan operasi adalah RM 40,000.00, namun pihak HEP menafikan wang tersebut diambil daripada wang pelajar.
> Pihak TNCHEP menegaskan bahawa pihak beliau hanya melaksanakan arahan daripada Menteri sebagai pegawai kerajaan.
> Sistem dibina dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PTM. Penjelasan berkenaan aplikasi e-undi bagi mahasiswa OKU dan mahasiswa perubatan di Klang gagal diberikan.

- 16 September 2009: street test E-undi di KPS diadakan.
- 6 Oktober 2009: Bermula roadshow ke Kolej-kolej kediamanbentang sistem e-undi.
- Pilihan Raya Kampus yang di jangkakan sama ada bulan Oktober 2009 atau Januari 2010 masihmenjadi tanda tanya.

Pendirian BANTAH Terhadap Perlaksanaan E-Undi di Universiti Malaya

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) bersama-sama dengan front yang menyokong sebulat suara membantah perlaksanaan sistem E-Undi di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). BANTAH berpendirian:

1. Ketelusan dan kerahsiaan undi mahasiswa dicabuli.
Dengan menggunakan nombor PIN yang disediakan oleh pengawal sistem, kerahsiaan identiti mahasiswa yang mengundi sudah terdedah. Ini kerana pengawal sistem dapat mengesan calon manakah yang diundi.

2. Integriti pengawal sistem diragui ketelusannya.
BANTAH tidak pesimis terhadap pengendali sistem ini. Namun, dengan sejarah pengendalian Pilihan Raya Kampus(PRK) yang lepas menjadi titik tolak kepada BANTAH meragui akan ketelusannya. Sebagai buktinya, berlaku penipuan dalam pengundian apabila terdapat pengundi hantu di kolej kediaman Raja Dr Nazrin Shah.

3. Risiko terdedah kepada sabotaj(hack)dan masalah teknikal.
BANTAH bimbang terdapatnya unsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu lantaran penggunaan teknologi maklumatyang semakin canggih kini. Di samping itu, kerosakan teknikal seperti tergendala, terputus bekalan elektrik dan internet akan menggagalkan sistem pengundian nanti.

4. Masih banyak tidak tahu gambaran sistem.
Hasil daripada beberapa kajian survey yang dilaksanakan, kebanyakan mahasiswa masih lagi belum memahami akan gambaran sistem pengundian yang sebenar. Ini membimbangkan BANTAH akan risiko kekurangan peratus yang akan turun mengundi kerana masalah ini.

5. Kos yang tinggi untuk melaksanakan sistem
BANTAH tidak bersetuju apabila sistem ini dibangunkan dengan kos yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi sumber kos melaksanakan sistem ini dibimbangi menggunakan wang pelajar.

TUNTUTAN BANTAH TERHADAP PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) berpendirian dan menuntut kepadapihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) agar:

1.Segera menangguhkan perlaksanaan E-Undi dan mengembalikan pengundian kepada sistem manual.

2.Memindahkan lokasi pembuangan undi daripada kolej kediaman kepada fakultimasing- masing bagi menjamin ketelusan dan kebebasan.

3.Melibatkan badan-badan bebas dan berautoriti seperti SPR dan MAFREL, bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK).

BANTAH berpendirian, sistem ini harus ditangguhkan dengan kadar segera bagi menjamin ketelusan Pilihan Raya Kampus(PRK) akan datang. BANTAH sesekali tidak menolak kecanggihan dan pembaharuan yang ingin dibangunkan, namun apalah ertinya seandainya ia dilaksanakan tetapi mencabuli prinsip demokrasi dan keadilan serta membelakangkan hak bersuara mahasiswa.

BANTAH tidak mahu pemimpin mahasiswa yang dipilih, lahir daripada sistem yang bobrok atau lebih mudahnya `pemimpin sistem' , tetapi mestilah pemimpin mahasiswa yang lahir adalah hasil daripada proses demokrasi yang adil dan telus.

"Mahasiswa Tuntut Demokrasi Kampus Telus dan Adil"

Disediakan oleh,

Gabungan Mahasiswa BantahE-Undi (BANTAH)

Dipersetujui bersama;

> Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)
> Persatuan Mahasiwa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
> Law Society University of Malaya
> Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
> Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
> Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (PERMADAH)
> Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)
> Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak Universiti Malaya (PERMIS)
> Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya (PERMAS)
> Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya (PERMATA)
> Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA KEDAH)
> Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)
> Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (Pro-M UM)
> Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
> Kesatuan Mahasiswa Independent (KAMI)
> University Malaya Association of New Youth (UMANY)
> Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
> Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M Nasional)

Thursday, October 8, 2009

UM Back Among World’s Top 200 Universities...



KUALA LUMPUR, Oct 8 — Universiti Malaya rejoined the tight circle of top universities in the world today after four years in the wilderness.

The country's oldest institute of higher learning is the 180th best university in the world, according to the 2009 Times Higher Education-QS World University Rankings list published by the UK's Times Higher Education magazine and released today.

Harvard University in the US still holds the top spot for the sixth year running.

But the United States's grip on the 2009 World University Rankings has loosened greatly with five dropping out of the top 200 altogether as Asian institutions steadily climb up the academic ladder.

Last year, UM came in at 230th best in the world.

It was the only Malaysian university to make the top 200 table this year. Universiti Sains Malaysia (USM), which was given apex university status by the federal government, failed to make the cut.

Phil Baty, deputy [Ghauth was overjoyed with UM's new ranking.] editor of Times Higher Education and editor of the annual best universities index, credited UM's return to “a solid performance in our international academic peer review exercise, and to a relatively high level of international faculty.”

“The UK has been watching closely as Malaysia sets itself up as an international hub for higher education — and increasing international collaborations, with the associated student and staff mobility, are likely to see Malaysia further improve its international profile,” he added in a press statement.

UM vice-chancellor Professor Datuk Dr Ghauth Jasmon was overjoyed over its new ranking when The Malaysian Insider broke the news to him. He had been working on reaching the top 200 list in two years.

In an immediate response, Ghauth said: “This will be a major boost to bring up the morale and motivation of staff and students.”

Ghauth, who was appointed vice-chancellor last Nov 10, said UM had taken big steps to define the “proper targets” for all academics after its dismal performance last year.

“People now know what they have to do every year in order to meet their KPI and they know what they need to have before they could apply for promotion,” he said.

He pointed out that UM went on a “massive recruitment drive” and hired 300 international educators.

UM also increased its foreign student intake which now numbers over 1,000 with 99 per cent in post-graduate studies.

“In order to do that we actually set up offshore offices. Now we have two offshore offices in China, one in Tehran, two more coming up in Jakarta and Sudan,” Ghauth said, ticking off on his fingers.

“If things go well, we'll set up one in Yemen because our idea is really to bring up the number of international students for research and post-graduate research,” he added.

UM has also been aggressively pushing for more inter-university student exchange programmes.

The figures of Malaysian students involved in the exchange has more than doubled, from 600 to just over 1,300.

The number of foreign students in UM has also gone up.

“We have a total of 1,297 students from universities in Korea, UK, and some universities in the US,” Ghauth said.

The university also revamped its hiring formula to improve the quality of their research, he said.

“We only accept staff who publish in the ISI index journal,” he said, referring to the Institute for Scientific Information founded by Eugene Garfield in 1960 which maintains an extensive database covering thousands of academic journals to help researchers identify the most popular articles cited by other researchers.

“And you know that only 10 per cent of submissions are accepted by the ISI index journal so each time you publish there, you are very sure of the quality.

“This is how we make sure that the research that our staff is doing has met international standards,” Ghauth explained.

And Ghauth is now even more gung-ho in pushing UM into the top 100 table within the next five years.

He is convinced UM can do it.

“For the future, I am doubling up research,” he said.

“I want more publications of international textbooks and ISI index journal publication, especially those faculties that before this were not really doing it,” he added, noting that the social sciences were lagging behind the other faculties.

But not everyone is satisfied with UM's new ranking.

DAP leader Lim Kit Siang told The Malaysian Insider that UM's position “while commendable, is nothing really to shout about.”

The veteran politician, who has been keeping a close eye on the annual university ranking index, said it must take into context UM's previous performance in 2004, when it scored the 89th position among the world's 100 best universities.

It tumbled a long way down and limped in at 169th position the following year, despite then Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's challenge for it to race into the top 50 list.

“We have a long way to go,” he stressed, pointing out that Singapore was still ahead of Malaysia.

The universities in both countries actually share common roots as the University of Malaya which goes all the way back to 1949. A Bill was passed in 1961 which saw the two campuses in Kuala Lumpur and Singapore become fully-fledged national universities in their own right.

Malaysia's UM, as it is known today, was founded on Jan 1, 1962.

-The Malaysian Insider

Sunday, October 4, 2009

Perkongsian Selepas Cuti Raya...


1. Lama juga saya tidak update blog ni…banyak kekangan belakangan ini.
Sebelum ini sempat mengikuti Majlis Perasmian Pesta Tanglung UM. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1. Happy Mooncake Festival untuk teman-teman berbangsa Cina.


2. Kelmarin saya terpaksa bergegas pulang ke Pulau Pinang disebabkan mak saudara saya sedang koma di general hospital. Organ dalaman yang penting seperti buah pinggang dan hati pula sudah tidak lagi berfungsi. Nyawanya kini hanya bergantung pada tabung oksigen. Berkemungkinan ini kali terakhir saya menatap wajahnya. Pagi tadi saya sempat mendoakan kesejahteraan. Hari ini juga saya terus pulang ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan tugas-tugas yang di amanahkan di kampus.


3. Banyak program yang terpaksa saya batalkan di saat-saat akhir. Terima kasih kepada Nasrul warga Kolej Kediaman Ketujuh kerana menggantikan tempat saya di saat-saat akhir untuk membaca doa pembukaan ketika Majlis Perasmian & Forum Our Earth, Our Home yang dirasmikan oleh Y.B Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Perdana Siswa pagi tadi.


4. Kepada akak Fiza HEP, semoga majlis pagi tadi berjalan smooth.. Terima kasih akak kerana memahami situasi saya.


5. Kepada junior serumah, Fahmi Suhaimi (Setiausaha kerja PMIUM 09/10), tahniah kerana selamat diijabkabulkan kelmarin. Semoga menjadi suami yang soleh. Insya Allah jika diizinkan Allah, 24 Oktober ini, saya akan sampai ke walimah di Shah Alam. Jangan tanya saya, saya lambat lagi. Pengajian didahulukan, kerjaya diutamakan. Tidak mampu lagi... Bagi anak orang makan pasir boleh le. Pasir pun mahal sekarang (^_^).
Fokus pada akademik dulu...


6. Kepada Doktor Syazana Dental, terima kasih kerana menjemput pimpinan PMIUM ke rumah terbuka. Maaf tidak berkesempatan untuk pergi.


7. Ustazah Maryam, salam takziah. Maaf tidak sempat nak ziarah. Mungkin dah sihat kot, sempat lagi pergi berjumpa Kartika di Sg. Siput bersama Ustaz Shazwan MPMUM, Ustazah Ayuni MPMUM dan Ustazah Fasihah PMIUM. Sekarang tengah countdown Festival Mahasiswi Nasional (FEMINA), saya doakan selamat semuanya. Saya sentiasa berdiri menyokong gerak kerja muslimah. All the best..


8. Kepada Akak Alfadilah (Silat Gayong UM), minta maaf kerana saya tidak dapat meluangkan masa untuk ditemuramah teman akak dari UPM tentang gagasan 1 Malaysia. Sampaikan salam saya pada teman akak.


9. Kepada Akak Mashitah, Ustazah Faridah & adik-beradik Balai Islam kolej kediaman tercinta?? Kolej 8, maaf tidak sempat nak join program Lambaian Kaabah. Tahniah kepada anda semua, sejak saya keluar dari kolej, anda semua sudah pandai berdikari dan Balai Islam menjadi semakin aktif... maaf tidak sempat pergi jamuan raya hari tersebut. Ada kuliah ganti sampai jam 11 malam. Terima kasih atas undangan & ingatan bagi kuih raya. Kalau ada lebih lagi, tapak tangan saya tadahkan (^_^)


10. Kepada sahabat-sahabat Pengajian Al-Quran, tahniah kerana berjaya menjayakan jamuan raya kelas kita. Jangan jealous, ini kali pertama dalam hidup, saya dapat hadiah yang paling besar. Terima kasih Akak Aini, hadiah tidak sempat buka lagi, sibuk sangat :).


11. Maaf sangat-sangat terutama kepada Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) saudara Al-Hafiz & Presiden Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) saudara Yusuf. Terima kasih banyak di atas jemputan ke Rumah Terbuka ’Aidilfitri. Sejak bila persatuan anak negeri ada rumah nie :D


12. Teristimewa kepada ahli-ahli tegar Pro-Mahasiswa yang bertungkus-lumus berkorban tanpa mengenal erti penat dan lelah, ayunkan langkah terus kobarkan semangat jihad... Saya doakan Allah mempermudahkan segala urusan anda... Barakallahufik


13. Tidak lupa juga Kepada rakan-rakan Penggerak Mahasiswa, good luck for final exam. Saya tidak memilih bulu dalam bersahabat..


14. Kepada semua mahasiswa Universiti Malaya, masih ada masa untuk dapat 4 flat.
Study smart k…. All the best. :p


15. Minggu depan nak kena bersedia untuk 2 presentation... kemudian berikutnya test lagi, bulan ini masa padat untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir assignment...Apabila bulan November menjelma, dah bermula final exam. Hope so kepala tidak berserabut memikirkan semua ini..Teman-teman, kerja-kerja juga. Jangan lupa siapkan tugasan mengikut masa yang sepatutnya dan get ready utk peperiksaan sama. Semoga Allah membantu hamba-hamba-Nya yang berada di jalan kebenaran.


16. Kepada warga RO, wujudkan mood study...


17. Dalam masa yang sama nak fokus pada MPMUM dan melicinkan lagi pengurusan & pentadbiran PMIUM...


18. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan teman-temanku yang ikhlas berjuang kerana-MU... Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berilah kejayaan kepada kami semua di dunia & di akhirat... Ameen Ya Allah

-murobbi-