Sunday, September 27, 2009

Usul Cukai Tudung Persis Debat Nabi Ibrahim, Namrud

Idea karut ahli politik Belanda dianggap penindasan, sengaja mahu bebankan wanita Muslim


ANDA mungkin masih ingat dengan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam tahun lalu dengan filem dokumentarinya bertajuk Fitna yang mendakwa bahawa al-Quran punca peperangan dan permusuhan manusia.

Terbukti, kebenciannya terhadap Islam dan umatnya sehingga hari ini belum reda. Pada pertengahan bulan ini, dia tergamak mengusulkan cadangan yang tidak masuk akal bahkan tidak mencerminkan dirinya bertamadun, pada sesi sidang Parlimen Belanda yang menggulung perbahasan bajet kerajaan bagi 2010.
Seperti dilaporkan laman web Eramuslim.com pada Khamis, 24 September lalu, pemimpin Partij voor de Vrijheid (PVV) itu mengusulkan wanita bertudung di Belanda dikenakan cukai 1000 euro (RM5,100) setahun!

Alasan ahli politik yang pernah dilarang ke Britain kerana filemnya itu kerana tudung bukan budaya Belanda dan simbol penindasan serta merosak pemandangan bermasyarakat. Cadangan cukai itu digelar Wilders sebagai kopvoddentax.

Subhanallah! Apakah yang akan terjadi jika cadangan ini diterima? Wanita bertudung mesti bayar cukai RM5,100 setahun. Akal sihat mana yang mahu menerima cadangan karut seperti ini.

Mujurlah di Parlimen Belanda masih ramai yang tahu menggunakan akal sihat. Ketua Fraksi Demokrat, Alexander Pechthold, pada mulanya tidak percaya dan bertindak memastikan apakah syor ini serius atau hanya jenaka. Jika serius, Wilders dipersilakan beredar dari ruang sidang seperti kebiasaannya selama ini.

Ketua Fraksi Parti Sosialis (SP), Agnes Kant, sebaliknya mengusulkan agar dikenakan cukai bagi bahan waterstofperoxide atau hidrogen peroksida (H2O2) yakni campuran kimia yang dipakai Wilders untuk mewarnakan rambut hitamnya menjadi perang kerana Wilders sendiri berketurunan Yahudi pada sebelah ibunya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia ketika penjajahan Belanda. Oleh itu, rambut asalnya ialah hitam.

Kant menambah bagaimana dengan keppeltje atau kopiah penganut Yahudi, apakah pemakainya akan dikenakan cukai juga? Wilders agak tersentak, lalu menjawab keppeltje tidak termasuk dalam cadangannya.

Kant bertanya lagi, bagaimana dengan penganut Kristian dan Katolik di kota kecil dan desa yang masih ramai mengenakan tudung?
Wilders nampak tidak siap dan kurang penyelidikan dengan fakta ini, bahawa masih ramai penganut Kristian dan Katolik di Belanda yang bertudung.

Selepas berfikir seketika, Wilders menjawab yang dia hanya merujuk khusus untuk penganut Islam.

Mendengar jawapan ini ruang sidang Parlimen Belanda riuh rendah. Bagaimana undang-undang akan diluluskan jika hanya membabitkan sebahagian warga negara, manakala warga lain terkecuali?

Sementara Femke Halsema dari Groenlinks juga menanyakan bagaimana peraturan seperti itu boleh diamalkan? Ba-gaimana Wilders atau penguatkuasa undang-undang dapat membezakan pemakai tudung ialah umat Islam, Kristian atau Katolik? Apakah mesti diwajibkan polis khusus untuk memeriksa mereka yang bertudung dan menyoal siasat apakah mereka penganut Islam, Kristian atau Katolik?

Wilders tak dapat memberikan jawapan konkrit kecuali mengatakan peraturan itu akan menakutkan perempuan Islam.

Halsema menegaskan cadangan Wilders itu antikebebasan dan tidak sesuai dengan nama parti yang dipimpinnya. Cadangan itu satu penindasan, memaksa sebahagian warga negara untuk tidak bebas menggunakan haknya.

“Itu mirip di Iran. Di sana wanita dipaksa untuk bertudung dan anda akan memaksa mereka untuk tidak bertudung,” kata Halsema.

Demikianlah pembentangan hujah yang memanaskan Parlimen Belanda ketika semua umat Islam di seluruh dunia sedang menunaikan ibadat puasa pada penghujung Ramadan lalu.

Kita dapat melihat hujah penentang kebenaran yang selalunya lemah dan tidak terperinci.

Bagaimanapun dia akan kuat jika disokong oleh kekuatan autoritarian, tapi tidak akan kekal. Yang kekal adalah kebenaran itu.

Hujah penentang kebenaran diibaratkan al-Quran seperti sarang labah-labah seperti maksud ayat: “...padahal sesungguhnya sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah.” (Surah al-Ankabut: 41)

Kejadian seperti di Parlimen Belanda dengan pelakonnya si Wilders juga sama konsepnya dengan apa yang berlaku di antara Nabi Ibrahim AS dan Namrud, Raja Babylon yang kafir dan zalim.

Al-Quran mengkisahkan maksudnya: “Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan?” Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.” Dia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.

“Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah SWT menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?” Maka tercenganglah orang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 258).

Mujahid, ahli tafsir rujukan mengatakan: “Dia (orang yang dikisahkan dalam ayat di atas) adalah salah seorang raja dunia. Sebagaimana diceritakan di dunia ini ada empat raja; dua raja mukmin dan dua lainnya kafir. Yang mukmin adalah Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS, sedangkan yang kafir adalah Namrud dan Bukhtanasar.”

Namrud memerintah sebagai raja 400 tahun dan terkenal dengan kekejaman dan kezalimannya. Dalam kisah surah al-Baqarah itu diceritakan Namrud sudah menyiapkan dua orang kemudian dia membunuh salah satu daripada mereka dan membiarkan seorang lagi hidup.

Itulah pemahaman Namrud yang cetek mengenai ucapan Nabi Ibrahim: “Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan” yang dijawabnya dengan: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.”

Nabi Ibrahim membiarkan ia berlaku kerana yang sedang dihadapinya ialah orang yang tertutup hati dan akal sehingga dia menjadi bodoh dan tidak dapat menggunakannya untuk berfikir.

Oleh itu, dia hujahkan kepadanya sesuatu yang sangat mudah untuk difahami sebagai pemerintah yakni:

“Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?”

Dengan itu, Nabi Ibrahim AS sudah menjelaskan kesesatan, kebodohan, dan kedustaan Namrud yang pada akhirnya sebelum dia mati diseksa Allah 400 tahun dengan seekor lalat yang bersarang dalam hidungnya dan dia selalu memukul kepalanya dengan besi selama masa itu juga, seperti diriwayatkan Imam Ibn Katsir dalam Qashash al-Anbiya.

Demikianlah kisah Raja Namrud yang ingkar kepada kekuasaan Allah yang sudah menetapkan hukum hakam untuk semua manusia.

Apakah Wilders dan rakan sejenisnya yang anti-Islam jika tidak bertaubat menerima nasib seperti yang menimpa Raja Namrud walaupun bila-bila masa? Wal’iyazubillah.

Sumber : Ulul Albab-BH

Thursday, September 17, 2009

Salam 'Aidilfitri...


Salam lebaran...

Pada kesempatan ini, saya nak minta maaf siap-siap kepada semua yang mengenali diri ini. Sekiranya sepanjang saya hidup di muka bumi Allah ini, saya ada melakukan sebarang kesalahan. Baik secara sedar ataupun tidak.

Selepas ini dah sibuk nak melayan tetamu dekat rumah & ziarah sanak sedara plak. Takut tak sempat plak nak update blog.

Minta maaf tahun ni tak hantar kad raya kepada teman-teman. Sekarang kita guna maya je le. Raya tahun ini jemput le ke rumah saya di Pulau Pinang. Insya Allah terbuka untuk semua...
Mudah-mudahan semua amalan kita diterima Allah...

" Kullu 'Am Wa Antum Bikhoir "
Inni Ma'kum Biddua'

Tulus Ikhlas dari

-MOHAMAD HAFIZ BIN ILYAS-

Secebis Galeri Murobbi sepanjang RAMADHAN Tahun Ini...

Satukanlah Hati-Hati Kami

Meraikan Anak-Anak Yatim Bersama Teman-Teman Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

Solat Tarawih sebelum Perasmian Ihya' Ramadhan MPMUM

Peringatan Untuk Diri Sendiri

Bersama dengan Anak-Anak Yatim Di Kolej Kediaman ke-10

Tazkirah Ramadhan di Kolej Kediaman Pertama

Sumbangan Mahasiswa Universiti Malaya Kepada Saudara Se'aqidah Di Palestin
Syeikh Mahmoud Siyam, bekas Imam Masjid Al-Aqsa Mewakili Umat Islam Palestin

Sunday, September 13, 2009

Konvensyen Trasformasi MALAYSIA 2009

Majlis Berbuka Puasa MPMUM bersama Anak-Anak Yatim & OKU UM

Saudari Ayuni beramah mesra dengan akak-akak Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM)

Abang Syahriul berjalan gaya macam tentera

Abang Aizat & Abang Hadi menyambut kedatangan anak yatim Pondok Hasyimiah

Rasa puas dapat menjamu adik-adik makan

Baca doa dulu sebelum berbuka

Akak-akak pula terlebih senyum dari adik-adik

Adik-adik ini berasal dari Burma (Myanmar)

Thursday, September 10, 2009

Saturday, September 5, 2009

H1N1 : Wabak atau Agenda Politik

  1. Fenomena H1N1 semakin hari semakin merebak dalam suasana rakyat Malaysia pada hari ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan 20 peratus penduduk di Malaysia berisiko untuk terkena virus ini jika tidak ada langkah-langkah serius yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan khususnya dan penduduk amnya.
  2. Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata “Penularan wabak ini akan berlarutan sehingga 6 bulan hingga setahun lagi . Wabak ini akan merebak dengan cepat lebih-lebih lagi dalam musim tengkujuh.” Hal ini akan menyebabkan rakyat Malaysia akan berada dalam kondisi ketakutan terhadap penularan wabak ini. Justeru satu tindakan tegas perlu direncanakan agar wabak ini dapat dikawal seterusnya dapat dihapuskan sepenuhnya.
  3. Pemakaian topeng muka bukanlah jalan terbaik dalam mencegah wabak ini. Hal ini disebabkan H1N1 boleh merebak melalui sentuhan. Kalau setakat menutup muka tetapi dari segi pemakaian mendedahkan kepada umum nescaya wabak ini akan merebak dengan meluas.
  4. Pengawalan wabak ini perlu diselaraskan dari segenap aspek contohnya aspek etika pemakaian, etika berhimpun dan proses penjagaan kesihatan serta kebersihan diri.
  5. Dasarwarsa wabak H1N1 ini sedikit sebanyak telah menutup kes Teoh Beng Hock. Seperti yang kita tahu bahawa isu Beng Hock ini merupakan isu yang besar dan perlu didedahkan akan kebenaran agar rakyat dapat menilai sesuatu hakikat. Hal ini telah menimbulkan kemusykilan di mana isu Beng Hock ini merupakan isu panas dalam struktur pentadbiran Negara kerana ia melibatkan maruah Negara dan agensi yang bertanggungjawab dalam isu. Gembar-gembur wabak H1N1 sedikit sebanyak telah mengganggu kerancakan rakyat terhadap isu Beng Hock.
  6. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menangani wabak H1N1, tetapi langkah-langkah yang diambil masih tidak menyeluruh. Apa yang dilakukan hanyalah memperbesarkan kes H1N1 untuk mengaburi mata rakyat terhadap isu Beng Hock.
  7. Pihak mahasiswa mencadangkan agar pihak kerajaan atau pihak yang terlibat dalam kes H1N1 mestilah berfikiran luas dalam menangani kes ini supaya rakyat tidak menjadi mangsa. Kami tidak mahu pihak tertentu mempolitikkan wabak H1N1 untuk kepentingan peribadi atau kepentingan sesetengah pihak sahaja. Ketelusan mengenai kes Beng Hock perlu didahulukan supaya rakyat tidak memandang sinis terhadap pihak kerajaan.

"COME & SHOW OUR CONCERN TO OUR LAND-PALESTINE!


STUDENTS REPRESENTATIVE COUNCIL UNIVERSITY OF MALAYA

Invited you to "Talk With Syeikh Mahmoud Siyam (IKRAM MPMUM)"
on Tuesday, September 8 at 9:00pm.

"COME & SHOW OUR CONCERN TO OUR LAND-PALESTINE!

SALAM RAMADHAN..".

Event: Talk With Syeikh Mahmoud Siyam (IKRAM MPMUM)
"MPMUM,PMIUM,PERMADAH,PMK,PEMARAK,UM"

What: Lecture

Host: STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL UNIVERSITY OF MALAYA

Start Time: Tuesday, September 8 at 9:00pm

End Time: Wednesday, September 9 at 12:00am

Where: DEWAN KULIAH UTAMA, ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES, UNIVERSITY OF MALAYA

Thursday, September 3, 2009

Memorial FESKUM 09 (Paint Ball)

TEAM PMIUM

GET READY UNTUK SYAHID @ MENANG

YDP MPMUM, USTAZ RIDZUAN SAMPAIKAN HADIAH

TEAM INTERNATIONAL STUDENT TIDAK KURANG HEBATNYA...