Sunday, August 23, 2009

Tunggu Apa Lagi…???


Ramadhan datang lagi, berkemungkinan kali ini Ramadhan yang terakhir buat kita.

Berjumpa dengan bulan Ramadhan merupakan kenikmatan yang sangat besar, yang selayaknya seorang muslim benar-benar merasakan dan menjiwai nikmat tersebut. Betapa banyak orang yang terhalang dari nikmat yang besar ini, ajal telah menjemput mereka atau kerana ketidakmampuan mereka beribadah sebagaimana mestinya sebab sakit atau yang lainnya, Maka, hendaknya seorang muslim bersyukur kepada Allah atas anugerah-Nya ini dan berdoa kepada-Nya agar dianugerahi kesungguhan dan semangat dalam mengisi bulan yang mulia ini dengan ibadah dan dzikir kepada-Nya.

Pesta ibadah VS pesta makanan

Satu lagi penyakit yang menjadi barah dalam masyarakat kita. Sukakah kita menjadi geng syaitan??? Apa yang penulis perhatikan, ramai orang dekat Malaysia ini melakukan pembaziran dalam membeli juadah berbuka puasa. Apa yang terjadi adalah makanan itu tidak dimakan sehingga basi dan dibuang begitu sahaja.

Renungkanlah… bagaimanakah keadaan saudara-saudara kita di Palestin, Chechnya, Afghanistan, Iraq, dan negeri-negeri yang lainnya… Bagaimanakah keadaan mereka menyambut bulan suci ini?? Musibah demi musibah, derita demi derita menimpa mereka. Dengan derita dan tangisanlah mereka menyambut bulan suci ini. Dengan beraneka ragam makanan kita berbuka puasa… lantas dengan apakah saudara-saudara kita di Somalia berbuka puasa???

Sepatutnya kita rancak berpesta melakukan ibadah kepada Allah.


Al-Quran untuk orang hidup, not for orang mati.

Berkata Ibnu Rajab, “Para salaf berkonsentrasi membaca Al-Qur`ân di bulan Ramadhan. Diantara mereka ada yang mengkhatamkan Al-Qur`ân setiap minggu, diantara mereka ada yang setiap tiga hari, ada juga yang menamatkan dalam waktu dua malam, bahkan ada di antara mereka pada saat sepuluh malam yang terakhir menamatkan Al-Qur`ân setiap malam. Adapun hadith yang menjelaskan larangan mengkhatamkan Al-Qur`ân kurang dari tiga hari maka maksudnya jika dilaksanakan terus menerus. Adapun menamatkan Al-Quran pada waktu-waktu (tertentu) yang mulia seperti bulan Ramadhân khususnya di malam-malam yang diharapkan seperti lailatul qodar, demikian juga di tempat-tempat yang mulia, maka disunnahkan untuk memperbanyak membaca Al-Qur`ân dalam rangka memanfaatkan kesempatan ketika berada di tempat dan waktu yang mulia. Ini adalah pendapat Imam Ahmad dan yang lainnya, dan merupakan hal yang diamalkan oleh selain mereka”[ Wazhâ`if Romadhan hal. 43]

Menjadi tradisi dalam masyarakat kita membaca al-Quran pada orang yang meninggal dunia. Orang yang meninggal dunia telah pergi berlalu membawa amalannya dan mengharapkan sedekah yang dilakukan, ilmu yang bermanfaat serta anak yang soleh mendoakannya.

Hakikatnya al-Quran itu diturunkan pada umat Muhammad yang masih bernyawa bukannya kepada jasad yang telah terpisah dengan roh. Malang sekali perkara sebegini terjadi dalam masyarakat kita.

Ramadhan bulan al-Quran, jom kita khatam al-Quran paling kurang sekali. Kita cabar diri kita untuk pastikan Ramadhan kali ini lagi baik berbanding tahun-tahun yang lampau. Bila lagi kita nak khatam al-Quran...??? bulan Syawal? Tentu sekali sukar... manfaatkan bulan ini semaksimanya kerana kita ada banyak masa. Masa breakfast, lunch & high tea dah free...

Berkata Syaikh Abdur Rahmân As-Sudais, “Ketahuilah saudara-saudaraku, sebagaimana kalian menyambut kedatangan bulan suci ini, kalian juga tidak lama kemudian pastikan berpisah dengannya. Apakah engkau tahu –wahai hamba Allah- apakah engkau akan boleh bertemu dengan akhir bulan ini? Ataukah engkau tidak akan menemuinya?? Demi Allah kita tidak tahu, sedangkan kita setiap hari menyolatkan puluhan jenazah. Dimanakah mereka yang dulu berpuasa bersama kita? Seorang yang bijak akan menjadikan ini semua untuk bermuhasabah dan meluruskan kepincangan dan membuangnya dari jalan ketaatan sebelum ajal menjemputnya dengan tiba-tiba. Sehingga tidak bermanfaat ketika itu kecuali amalan soleh. Ikrarkanlah janji kepada Robb kalian di tempat yang suci ini dan di bulan yang suci ini yang penuh barakah ini untuk bertaubat dan penyesalan serta melepaskan diri dari kekangan kemaksiatan dan dosa. Bersungguh-sungguhlah untuk mendoakan kebaikan bagi diri kalian dan saudara-saudara kalian kaum muslimin.”

Penulis menyeru pada semua muslim dekat negara " Satu Malaysia ini ",
jom kita hidupkan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah. Jadikan Ramadhan sebagai medan latihan untuk kita mengharungi bulan-bulan akan datang. Slm Ramadhan

Tuesday, August 18, 2009

Terima Kasih Dr. Afifi...

Talk yang best...
Lama juga 2 jam setengah.

Walaupun penulis agak letih kerana siangnya memandu ke Sg. Buloh bersama teman-teman menziarahi Allahyarham Prof. Dr. Halim, pensyarah Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, tapi banyak bangat input berguna yang penulis dapat sepanjang perkongsian dengan beliau.

Dr. Afifi membicarakan berkaitan dengan kepentingan ilmu, Beliau juga mensyarahkan puisi Imam Syafie Rahimahullah :

Kau tidak akan memperolehi ilmu kecuali dengan 6 syarat iaitu
1. KECERDASAN,
2. SEMANGAT WAJA,
3. RAJIN DAN TABAH,
4. BERKEMAMPUAN,
5. BERSAHABAT DENGAN GURU,
6. WAKTU YANG LAMA.

Penulis sempat berbual dengan beliau ketika menghantarnya pulang ke kediamannya saudaranya di Gombak lebih kurang 2 pagi.. Orangnya sangat humble.
Penulis berbangga dengan beliau kerana menjadi anak Melayu Islam pertama mengajar di University of Oxford. Hope so selepas ini, boleh ikut jejak langkah beliau (^_^) AMEEN

Sedutan Forum Muslim World's Preparedness in Facing the Challenges of 21st Century

Monday, August 17, 2009

Pelajar-Pelajar Universiti Malaya Prihatin Gaza Palestine - Yayasan Amal Malaysia



Berita Terkini

16 Ogos 2009, Petaling Jaya (AMAL) - Malam tadi telah berlangsung majlis makan malam sempena Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2009 (FESKUM'09) di Dewan Semarak, Universiti Malaya. Dalam majlis tersebut, pihak penganjur telah menjemput Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) yang diwakili oleh En. Azri Mohamad Arish untuk menerima sumbangan dana palestine, hasil dari usaha dan keprihatinan pelajar-pelajar Universiti Malaya. Sumbangan tersebut di sampaikan oleh Ybgh Prof Datuk Dr. Azarae Hj Idris, Timbalan Naib Canselor UM. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah YDP MPMUM, Sdr. Mohd Ridzuan Mohamad serta Pengarah FESKUM'09, Sdr. Ahmad Syazwan. Tidak ketinggalan adalah Presiden PMIUM, Sdr. Mohd Syazni Munir Mohd Ithnin dan Setiausaha Agung PMIUM, Sdr. Mohamad Hafiz Ilyas.

Sumbangan sebanyak RM1000 kepada tabung Palestine melalui Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) tersebut adalah sumbangan di kalangan pelajar-pelajar beberapa jurusan. AMAL Malaysia sangat berasa bangga dengan rasa prihatin yang di terjemahkan oleh pimpinan-pimpinan pelajar serta pelajar-pelajar di Universiti Malaya. Pihak AMAL Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan serta sumbangan yang di salurkan tersebut. Antara tugas besar oleh AMAL Malaysia sekarang untuk ummat Islam Palestine adalah untuk mewujudkan bekalan air dalam bentuk membina "Tube Well" bagi membekalkan air asas kepada penduduk di Gaza. Ini juga di sokong oleh pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri yang memberikan peluang kepada beberapa pertubuhan NGO Malaysia dalam usaha-usaha murni tersebut.

AMAL Malaysia juga mengharapkan sumbangan yang berterusan dari semua pihak yang prihatin dengan nasib penduduk Gaza Palestine khususnya ummat Islam di sana. Kami AMAL Malaysia sentiasa membuka sebarang sumbangan yang membolehkan kadar bebanan yang di tanggung oleh ummat Islam di kurangkan. Sekian.

AMA2009

www.amalmalaysia.net

Saturday, August 15, 2009

Tahniah abang2 & akak2 ku



YDP MPMUM mengucapakan setinggi penghargaan kepada semua graduasi Universiti Malaya



Mantan Presiden PMIUM 08/09, Ustaz Haafizuddin & isteri, Ustazah Fatin




Bakal penggoncang dunia...



KEILMUAN DISANJUNG, KECEMERLANGAN DIJUNJUNG...



HEWI PMIUM bersama dengan akak2...



Tahniah kepada semua aktivis mahasiswa dari PRO-MAHASISWA

Friday, August 14, 2009

PMIUM : Forum on ‘Muslim World’s Preparedness in Facing the Challenges of 21st Century



Forum on ‘Muslim world’s preparedness in facing the challenges of 21st Century

Speaker: Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen’s), MA (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM

Host: PMIUM

Date: Monday, August 17, 2009

Time: 9:30pm – 11:30pm

Location:Academy of Islamic Studies, University of Malaya

Kuala Lumpur, Malaysia

About the speaker:

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen’s), MA (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – also known as Shaykh Afifi[1][2] – is KFAS Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies,[3] and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of Theology, University of Oxford,[4] and holds a lectureship in World Religions at Worcester College. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.[5]

Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam’s greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) – his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.[6][7]

Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy and History of Science from the Queen’s University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.[8]

In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.[9]

p/s – The topic basically will be discussed in the field of theology, the collision between Islamic and Western tradition and the preparation to the Muslim community especially the young generation in facing the new world order of politics, capitalism, secularism, neo-colonialism and war on ideology, from our Islamic perspective. Feel free to join us!

Thursday, August 13, 2009

Festival Konvo UM anjur forum bincang Ekonomi Malaysia


Kuala Lumpur 13 Ogos - Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2009 akan menganjurkan forum yang antara lain membincangkan berkenaan ekonomi Malaysia.

(Wacana akan banyak berkisar tentang liberalisasi ekonomi negara yang sedang giat dilaksanakan di kepimpinan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak – pemansuhan MeCD, pengguguran syarat pegangan ekuiti bumiputera, liberalisasi sektor kewangan dan sebagainya)

Pengerusi – Saudara Zainulfaqar Yaacob
Hos Rancangan Kubik Minda TV PAS

Panelis- YB Dato’ Haji Husam Musa
Exco Kanan Kerajaan Kelantan
(Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan)

Co-Moderator-
Saudara Mohd Hilmi Ramli (Mantan Presiden PKPIM)
Saudara Wan Fadzrul Wan Bahrum (Wakil Malaysia Think Thank)
Saudara Mohd Hasbie Muda* (Presiden ECONS Malaysia)

Tarikh - 13 Ogos 2009 (8.30 malam – 11.30 malam)

Tempat - Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya


Sejak beberapa tahun lepas, Forum Ekonomi yang melibatkan tokoh-tokoh Negara menjadi acara penting bagi Universiti Malaya.

Terdahulu, FESKUM 2009 bermula sejak 6 hb Ogos lalu mengundang pelbagai kelainan berbanding tahun-tahun lepas dengan pelbagai aktiviti intelektual, dan hiburan yang bermanfaat.

Projek mega tersebut yang dikendalikan sepenuhnya dibawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)sesi 2008/2009.

Saturday, August 8, 2009

“This is the best FESKUM ever”- DYTM Raja Dr Nazrin Shah


Lembah Pantai 8 Ogos 12.32p.m | DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah menitahkan agar Naib Canselor Universiti Malaya Prof. Dr. Ghauth Jasmon menyampaikan junjungan penghargaan dan sekalung pujian atas penganjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM’09) Khamis lalu.

“Baginda menitahkan kepada saya untuk memberitahu kepada sidang hadirin sekalian bahawasanya baginda merasa kagum dan merasakan ini merupakan FESKUM yang terbaik setakat ini.”

Demikian pengumuman spontan Naib Canselor tersebut dalam Majlis Adat Istiadat Konvokesyen Universiti malam tersebut.

Sidang hadirin yang hadir ke majlis perasmian itu juga turut menyaksikan baginda Raja Dr Nazrin Shah membisikkan perkara tersebut kepada beliau ketika sesi penganugerahan cenderahati kenangan kepada baginda.

Yang dipertua Majlis perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM),Ridzuan Mohamad ketika dihubungi menyatakan rasa bangga beliau atas pujian tersebut serta merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh jawatakuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian petang tadi.

Sebelum itu,pengarah FESKUM 09,Syazwan Ahmad dalam ucapannya menyatakan tentang perubahan serta kelainan yang akan di bawa pada FESKUM kali ini adalah adalah berteraskan enam halatuju utama yang telah digariskan iaitu intelektual,perpaduan,kebudayaan dan kesenian,sukan dan kesihatan,keisahawanan dan kerjaya serta modal insan.

Hasrat dan wawasan tersebut juga dilihat turut disokong bersama oleh Prof dr Ghauth Jasmon yang turut berucap dalm majlis tersebut.Selain itu,beliau juga berhasrat agar budaya usahawan dan nilai kepimpinan yang ada pada mahasiswa terus dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Majlis Perasmian tersebut yang bermula pukul 3 petang turut diserikan dengan persembahan sajak,tarian dan persembahan seni alat muzik dari kolej-kolej kediaman dan pusat kebudayaan universiti tersebut.-UMtoday

Thursday, August 6, 2009

Tahniah kepada semua yang terlibat dengan Hari Interksi PMIUM 09/10...


YB Hafiz Ilyas bergambar dgn Feel Honey (group artis yang sedang meningkat naik & menempa nama dlm industri dakwah & hiburan tanah air).


5 Ogos, 8.30 malam - Bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sesi 2009/2010 telah menganjurkan (Nur Kasih '09)atau singkatan bagi Hari Interaksi PMIUM.

Majlis ini dirasmikan oleh Prof. Madya Salihin Baba menggantikan TNC HEP yang tidak dapat menghadirkan diri. Turut hadir menyerikan majlis ini YDP MPMUM, saudara Ridzuan, Pengarah Feskum, saudara Shazwan serta perwakilan persatuan-persatuan anak negeri dan persatuan fakulti-fakulti.

Walaupun tika ini warga UM sibuk dengan Festival Konvensyen UM (FESKUM), kehadiran ahli PMIUM baru & lama ke program ini amat memberansangkan. Tahniah kepada semua yang hadir.

Jutaan penghargaan dikalungkan kepada saudara Nizam selaku Pengarah Nur Kasih '09 dan saudari Nailah selaku Timbalan serta ahlijawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Segala jasa baik kalian hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalasnya.

" UNGGUL MEMIMPIN GENERASI "

Sunday, August 2, 2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi.

Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.



Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)


Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.



Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?


1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain



Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

* Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
o Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

o Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

o Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

o Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.


4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tahniah EPISMA 09..." The Undeniable Truth"


Bergambar bersama Tokoh Ibnu Sina 2009, Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan


31Julai, Penulis sempat meluangkan masa mewakili Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ke Majlis Perasmian Ekspo Perubatan Islam Malaysia (EPISMA 09)anjuran PSIPUM.

Antara program yang menarik, Program Air Mata Ghaza, Sukan Ibnu Sina, Pertandingan Suara Ibnu Sina, Kuiz Kesihatan, Perubatan Islam, Forum Anda Sihat Dengan Islam, Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan & Gigi serta banyak lagi aktiviti-aktiviti yang ditawarkan. Semuanya menarik.... JADI, JOM RAMAI-RAMAI KITA KE EPISMA.

Sekalung tahniah & penghargaan kepada Pengarah, saudari Dr.Nur Najua binti Ahmad Zuki dan teman-teman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

" The Undeniable Truth"

Jom Join FORUM : “IMAN ORANG ASING”

Ahad, 11 Sya’ban 1430/2 Ogos 2009

07:45 pagi
Ketibaan para peserta

08:00 pagi
Sesi IV:“KITAB DI SISI ORANG ASING”
Oleh Dr. Johari Mat

09:30 pagi
Sesi IV:“MALAIKAT DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Mohd Roesfan

11:00 pagi
Jamuan Ringan

11:30 pagi
Sesi V:“RASUL DAN HARI KIAMAT DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ustaz Abu Ihsan al-Atsary

01:00 tengahari
Sesi Soal Jawab

01:30 tengahari
Jamuan Tengahari/Solat Zuhur

02:30 petang
Sesi VI:“QADHO’ DAN QADAR DI SISI ORANG ASING”
Oleh Ust. Abu Islam Fathul Bari

04:00 petang
Sesi Soal Jawab
Bersurai sesi petang

08:00 - 10:00 malam
Dialog bertajuk:“CABARAN AQIDAH MASA KINI”
Bersama Panel:
1. Dr. Johari Mat
2. Ustaz Hussain Yee
3. Ustaz Abu Farouq Rasul Dahri

*tertakluk kepada sebarang perubahan

TEMPAT:
DEWAN KULIAH UTAMA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.