Tuesday, July 7, 2009

Transformasi FESKUM 2009




Salam sejahtera dan salam graduasi.

Festival Konvokesyen Universiti Malaya ( FESKUM ’09 ) muncul dengan tema dan wajah baru dalam variasi yang berberza berbanding sebelumnya. Dengan tema “ keilmuan disanjung kecemerlangan dijunjung ” mempunyai seribu makna tersirat dan tersurat demi menggambarkan kunggulan ilmu dan ketinggian martabat insan yang cemerlang.

Fokus utama FESKUM pada kali ini dalah membawa transformasi baru dalam penganjurannya yang sememangnya berteraskan intelektual dan pembangunan minda diperingkat mahasiswa. Kita ingin mengalih minda dan sudut pandang mahasiswa yang cenderung kerarah budaya hidonisme yang berlebihan sehingga meninggalkan nilai dan falsafah keintelektualan.

Sebagai peringkat permulaannya, pihak FESKUM ’09 telahpun secara rasminya melancarkan blog rasmi program bagi memudahlan semua pihak mendapatkan maklumat tentang program dan aktiviti yang akan berlangsung. Yang paling penting juga, kepada semua bakal graduan sesi 2009 boleh menyemak segala urusan berkaitan dengan Majlis Istiadat Konvokesyen melalui blog tersebut. Kita harapkan dengan kewujudan blog ini dapat memudakan urusan bakal graduan khususnya dalam memastikan kelengkapan diri sebelum hari graduasi nanti.

Semoga FESKUM pada kali ini berjalan dengan jayanya dengan sokongan dan dokongan semua pihak. Pihak kami juga sedia menerima sebarang pandangan, kritikan dan cadangan dalam bentuk positif bagi mejayakan program ini. Bersama kita memartabatkan keilmuan dalam melengkapkan diri kearah menjadi manusia berminda kelas pertama.

Blog FESKUM 2009

http://feskum09.blogspot.com

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Pengarah FESKUM 2009

No comments: