Saturday, July 18, 2009

Shazni Munir beri kerjasama kepada Polis malam ini-Mahasiswakini-



Kuala Lumpur 17 Julai 08:22p.m│Shazni Munir Ithnin dilaporkan sedang memberi keterangan kepada polis beberapa minit tadi.

Beliau yang dicari polis sebelum ini bagi membantu siasatan dalam kes contengan provokasi ‘anti-Rosmah’ dan cubaan membakar bangunan universiti berbuat demikian di Balai Polis Pantai.

Peguam beliau dan beberapa pembantunya dijangka akan sampai dalam masa terdekat.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tersebut ditemani oleh Setiausahanya, Mohamad Hafiz Ilyas.

Hafiz menyatakan proses soal siasat dijangka pada malam ini.

Walaubagaimanapun, Shazni kelihatan tenang ketika melaporkan diri di Balai Polis berkenaan.

Terdahulu, kes contengan provokasi dan cubaan membakar tersebut telah membawa dua orang pelajar universiti berkenaan ke mahkamah.

Tertuduh tersebut, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Shahruldeen akan dibicarakan semula pada 7 Disember nanti.

Berita terkini akan dimaklumkan dalam semasa ke semasa.-mahasiswakini

No comments: