Sunday, July 19, 2009

REFORANDUM MAHASISWA MENUNTUT KEBENARAN MEMBAWA KERETA BAGI MAHASISWA/I TAHUN KETIGA DAN KE ATAS KE KAMPUS


DISEDIAKAN OLEH
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya

UNTUK
YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon
Naib Canselor Universiti Malaya


TARIKH
17 Julai 2009


Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ingin mendapatkan sokongan daripada mahasiswa-mahasiswi mengenai larangan membawa kenderaan ke kampus yang telah dikeluarkan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

PENDIRIAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA TERHADAP ISU LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN KE KAMPUS

Di peringkat Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya ( MPMUM) kami ingin menuntut supaya Mahasiswa/i Tahun Tiga dan ke atas dibenarkan untuk membawa kenderaan ke kampus.

Berikut merupakan sebab-sebab perlunya mahasiswa/i tahun ketiga dan ke atas dibenarkan membawa kenderaan :

Seperti yang dimaklumi, kebanyakan mahasiswa-mahasiswi di Universiti Malaya mengikuti Sistem Pengajian Tiga Tahun. Oleh itu, pada tahun ketiga mahasiswa-mahasiswi akan menjadi pelajar tahun akhir dan kenderaan merupakan satu keperluan bagi pelajar tahun akhir untuk menjalankan tugasan-tugasan dan penyelidikan untuk menyiapkan tesis. Namun begitu, tidak semua mahasiswa dan mahasiswi tahun ketiga boleh membawa motosikal. Pihak kami berpendapat, baik kiranya mahasiswa/i tahun ketiga yang boleh membawa kereta dibenarkan membawa kenderaan bagi mudahkan mereka dan secara tidak langsung dapat membantu rakan-rakan mereka.

Selain itu, kebanyakan mahasiswa/i tahun ketiga dan keatas tinggal di luar kampus. Memandangkan kereta mempunyai kapasiti penumpang yang lebih banyak, kami berpendapat bahawa kebenaran membawa kenderaan adalah sangat releven kerana mahasiswa/i yang membawa kereta boleh menumpangkan rakan-rakan yang lain.

CADANGAN PIHAK MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA

1. Mengadakan kempen kongsi kereta. Perkara ini bukan sahaja boleh mengurangkan bilangan kereta yang digunakan seterusnya mengurang pencemaran udara yang diakibatkan oleh kereta dan juga boleh mengurangkan pergantungan mahasiswa/i terhadap perkhidmatan bas Universiti Malaya yang tidak memuaskan.

2. Mengadakan kempen kongsi kereta di kalangan pekerja-pekerja Universiti Malaya. Oleh itu, jumlah kenderaan pekerja-pekerja Universiti Malaya turut dapat dikurangkan.

3. Mewujudkan tempat letak kereta bertingkat serta menambah tempat letak kereta yang sedia ada di kawasan Universiti Malaya.

No comments: