Tuesday, July 28, 2009

MPMUM anjur Dialog NC-Mahasiswa bincang isu parking kereta


Universiti Malaya 28 Julai 07:20a.m?Universiti Malaya baru-baru ini mengeluarkan satu polisi baru berkenaan kenderaan mahasiswa. Polisi tersebut menghadkan penggunaan kereta bagi mahasiswa ASASI dan Pelajar Tahun 1, 2 dan 3.

Mahasiswa berkenaan yang membawa kereta hanya dibenarkan masuk melalui pintu masuk damansara dan hanya boleh meletakkan kereta di tiga kawasan sahaja dan mereka perlu menaiki bas yang disediakan oleh universiti untuk bergerak ke kawasan lain di dalam kampus. Sebagai inisiatif lain, pihak UM membenarkan kembali pelajar tahun 1 membawa motorsikal.

Naib Canselor UM dalam ulasannya mengenai isu ini melalui surat jawapannya kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) bertarikh 22 Julai 2009 mengatakan antara tujuan polisi tersebut dilaksanakan adalah bagi mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang bersih dan tidak tercemar bagi menangani masalah isu global warming disamping mengurangkan masalah kesesakan di dalam kampus disamping mengatasi masalah tempat letak kereta di dalam kampus yang tidak mencukupi.

Tambahan beliau lagi, pihak pengurusan UM telah mengambil kira beberapa faktor diatas dan menyediakan perkhidmatan ‘shuttle bus’ percuma di dalam kampus sejak tahun 2007 dan akan meningkatkan perkhidmatan tersebut dari semasa ke semasa. Malah pihak pengurusan UM baru-baru ini telah meluluskan pembelian dua buah bas lagi untuk tujuan meningkatkan lagi perkhidmatan tersebut.

Melihat kepada polisi yang baru ini banyak pihak mula membincangkan berkaitan rasionalnya polisi ini dikuatkuasakan.

Oleh itu, satu dialog bersama Naib Canselor Universiti Malaya akan diadakan bagi memberikan penjelasan kepada pelajar berkaitan hal ini. Dialog tersebut akan berlangsung pada 28 Julai 2009 (Selasa) bertempat di Dewan Gemilang Kolej Kediaman ke-12 bermula pukul 8.00 malam. -UMtoday

No comments: