Saturday, July 25, 2009

Kasih Sayang Tanpa Batasan, Ihsan Tanpa Balasan...



GALERI


Menyantuni anak-anak



Penulis menyampaikan sedikit buah tangan kepada pesakit. "Adik jangan lupa makan ubat ye, moga cepat sembuh"




Penulis & Chong lead ziarah ke Wad Pediatrik (Kanak-kanak).



Dari kiri: Zakiah (Jururawat pelatih), Chong (NYDP) dan penulis dengan adik Rania.


Jumaat lepas 24 Julai, di celah-celah kesibukan, sempat juga kami pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) turun menziarahi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kami berkesempatan ke Wad Pediatrik (Kanak-kanak).

Kunjungan kami disambut mesra ahli keluarga pesakit. Alhamdulillah, sedikit sumbangan kami serahkan kepada keluarga pesakit.

Terima kasih saya ucapkan kepada Saadah dan Zakiah, selaku wakil Persatuan Jururawat Pelatih (PJP) dan Kak Is dari SAHABAT PPUM yang banyak membantu kami. Semoga jasa kalian dikenang. Tidak lupa pimpinan MPMUM yang turun Aizat, Chong, Kak Falina dan Masaida. Jika berkesempatan lagi, kita ke wad lain..





Adik Diyana, sudah tiga hari di PPUM kerana sakit tulang. Moga lekas sembuh


"Kasih Sayang Tanpa Batasan, Ihsan Tanpa Balasan"

3 comments:

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Semoga program2 kebajikan kita diteruskan. Khidmat kpd masyarakat digandakan.
Terima kasih krna menjadi sahabat dlm perjuangan kita.

MUJAHEEDAH SOLEHAH said...

assalamualaikum ustaz link blog helwa : http://helwampmum.blogspot.com

afasetida said...

Salam,semoga semua manusia mengutamakan kasih sayang bersama keimanan..