Wednesday, June 3, 2009

Akademik & Kerja ???



3 Jun 2009 - Ramai sungguh teman-teman penulis menanyakan result exam penulis sampai ada yang nak tolong check lagi... Terima kasih semua di atas keprihatinan anda semua...Sebelum terlupa nak ucap seinfiniti terima kasih kepada teman-teman yang banyak membantu penulis dalam akademik... JAZAKALLAHUKHOIRAN KATHIRA...Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua...

Selepas baru pulang dari menziarahi Tok penulis di Parit Buntar, Perak.
Tepat 5:27 petang baru penulis menyemak keputusan exam...Alhamdulillah... Lafaz ni yang mula-mula terbit dari bibir apabila melihat keputusan final exam semester 2 sesi 2008/2009... Not bad... Setimpal dengan usaha.... Dah banyak bangat Allah 'Azza Wajalla mempermudahkan segala urusan penulis di dunia ini....Paradigma ahli gerakan perlu di ubah... Pada penulis akademik bukan segala-galanya... Yang penting ilmu.. Ya, penting juga bersetuju akademik penting... Tapi akademik sahaja tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai seseorang individu berjaya di dunia..

Jangan pandang rendah orang yang mendapat keputusan exam yang kurang cemerlang, tidak mampu berjaya di dunia. Kalau belajar semata-mata nak dapat kerja, nak kerja dengan kerajaan atau nak jadi orang terkaya di dunia, kita imbau bagaimana sejarah Bill Gates. Bill Gates belajar tak habis pun di Universiti Harvard tapi jadi genius perisian komputer dan memiliki syarikat gergasi dunia, Microsoft.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion.

Menjadi dilema dalam ahli gerakan apabila akademik jatuh, terus menyepi tanpa khabar... Fenomena seperti ini perlu dinyahkan jauh-jauh...

Teringat kata-kata Cikgu Nazeli(naqib) ketika berusroh di Kelantan, ” Akademik yang pertama dan jemaah yang utama ”....


Salah satu misi PMIUM pada sesi kali ini ialah akademik dan intelektual. Ada dalam satu mesyuarat persatuan, penulis melontarkan, ahli gerakan ini perlu cemerlang akademik, takut timbul fitnah balik pada gerakan. Kak wani mencelah, ”Cemerlang dalam akademik ni sebenarnya satu tanggungjawab. Penulis menyeru kepada semua ahli gerakan, mantopkan pengurusan diri kita...


Kita sedia maklum, kewajipan melebihi masa yang ada... Masa Allah bagi 24 jam sehari, terpulang pada kita untuk memanfaatkannya... Semuanya bergantung pada diri kita sendiri...

Pada penulis, setiap ahli gerakan mestilah berlumba-lumba dan mencari gali semaksima mungkin ilmu yang ada untuk memastikan kita unggul memimpin generasi kita. Ilmu bukan hanya di bilik kuliah semata-mata.. Banyak lagi ruang-ruang lain yang belum kita terobosi..

Konklusinya hak kepada diri sendiri, hak kepada keluarga, dan yang paling utama ISLAM wajib ditunaikan..
Akademik & kerja Islam mesti seiring bersama.

No comments: