Saturday, May 16, 2009

Pertemuan PMIUM bersama NC : Prof Dato Gauth Jasmon


Barisan Kepimpinan PMIUM 09/10 bersama dengan TNC HEP (NC tiada dalam gambar)


5 Mei 2009 : Bangunan Canselori UM

Buat julung-julung kalinya di adakan pertemuan mahabbah di antara Naib Canselor UM ; Prof Dato Gauth Jasmon bersama barisan kepimpinan baru Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)sesi 2009/2010. Pertemuan ini juga dihadiri oleh ayahanda Prof Azarae Idris selaku TNC HEP dan En.Roslan Nik selaku Penolong Pendaftar HEP.

Pertemuan dimulakan dengan amanat sulung Ayahanda NC kepada pimpinan PMIUM. Antara harapan yang di utarakan kepada PMIUM adalah untuk sama-sama menyokong visi terbesar UM pada ketika ini iaitu untuk melonjakkan kembali UM ke tangga antara 100 universiti di dunia dengan memperkasakan kualiti akademik dan penyelidikan. Ayahanda juga menekankan perlunya aspek kecemerlangan sahsiah mahasiswa diberi perhatian seiring dengan usaha melonjakkan kecemerlangan akademik.

Ayahanda NC menyatakan ;

“Harapan saya pada anda semua ialah jalankan aktiviti-aktiviti yang boleh membina kualiti pelajar dan boleh melahirkan insan yang bertaqwa,dan kita perlu bantu orang untuk lebih bertaqwa kepada Allah”

Timb.Presiden PMIUM, Saudari Fasihah Pauzi telah mengutarakan cadangan untuk pihak pentadbiran mengambil serius tentang pengisian rohani dan ilmiah yang perlu lebih diterapkan sepanjang Minggu Haluan Siswa (MHS) kali ini. Ini adalah untuk mengelakkan beberapa kejadian yang tidak di ingini yang pernah berlaku semasa MHS tahun-tahun lalu seperti ; stupid debate dan masalah ragging untuk terus berlaku.

Ayahanda NC telah memberi respon yang baik bahkan menekankan adalah penting untuk memilih Pembantu Mahasiswa yang bersahsiah baik dan mampu menjadi contoh teladan kepada mahasiswa baru yang bakal menjejakkan kaki ke kampus perdana ini.

Ayahanda NC amat komited untuk sama-sama membantu pertumbuhan dakwah Islam di Uni.Malaya tercinta ini. Dan semoga pertemuan sulung ini akan mencetuskan lagi kerjasama yang erat di antara PMIUM dengan pihak pentadbiran UM dalam menyemarakkan agenda dakwah dan islah yang digagaskan oleh kepimpinan PMIUM pada sesi kali ini.

No comments: