Tuesday, May 5, 2009

MANUAL MEETING (MUSYAWARAH)



Faedah-faedah musyawarah di dalam tanzim (ORGANISASI/PERSATUAN)

Memecahkan permasalahan yang dihadapi oleh persatuan. Ali Ibn Abi Talib
berkata “ Musyawarah itu punca hidayah, dibimbangi kepada orang yang hanya berpegang pada pendapatnya sendiri. Maka bertadabbur sebelum beramal itu menyelamatkan kamu dari penyesalan “

Meningkatkan keupayaan ahli dalam menangani sesuatu masalah bagi
peningkatan prestasi mereka sebagai penggerak di dalam persatuan, kerana penglibatan di dalam proses musyawarah antara lain :

I) Membuka ruang lingkup bidang-bidang permasalahan yang dihadapi di dalam merencana dan melaksanakan.

ii) Menterjemahkan ilmu para ahli kepada amal ketika memecahkan sesuatu masalah yang dihadapi.

iii) Membuat anjuran terhadap segala dasar-dasar dan polisi persatuan.

iv) Memantapkan serta menyelaraskan fikrah ahli-ahli dalam perkara yang berkaitan dengan perjalanan persatuan ( tanzim ) dari segi sikap, pendirian dan pendekatan di dalam menghadapi sesuatu permasalahan.

Mempereratkan ukhuwwah Islamiah dan taawun di kalangan ahli. Ibn Al-Arabi berkata : “Musyawarah itu mendekatkan anggoa jemaah, membersihkan akal, membawa sebab kepada kebenaran dan mana-mana kaum yang bermusyawarah nescaya mendapat petunjuk “.



ADAB-ADAB MUSYAWARAH


Setiap ahli hendaklah melibatkan diri di dalam musyawarah dengan menjaga adab-adab berikut :

1)Bersedia dari segi fikrah dan penumpuan dalam membincangkan sesuatu masalah.Yakin bahawa melibatkan diri di dalam musyawarah adalah satu ibadah.

2)Sentiasa membuka majlis musyawarah dengan tahmid kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan hendaklah berniat ikhlas dalam perbincangan.

3)Merasa bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi.

4)Tidak bersikap menghadiri majlis musyawarah hanya untuk mendengar dan tidak berusaha untuk menyediakan diri bagi tujuan tersebut.

5)Bersikap sederhana dalam memberi atau mempertahankan pendapat.

6)Tidak meninggikan suara dalam memberikan sesuatu pandangan.

7)Tidak bersikap mematahkan hujah orang lain semata-mata dengan tujuan memenangkan pendapat peribadi.

8)Bersikap tawadhuk dengan pendapat sendiri.

9)Jika berbeza pandapat dengan ahli lain, maka haraplah kebenaran itu datang dari pendapatnya, tetapi jika pendapatnya tidak tepat, maka haraplah Allah akan memberi hikmah kepadanya di masa-masa akan datang.

10)Tidak mengulang-ulang sesuatu perkara yang telah jelas difahami oleh ahli kecuali dengan mengulang-ulang sesuatu perkara boleh membawa maslahah kepada mereka.

11)Tidak meleret-leret membincangkan sesuatu perkara sehingga habis waktu dibuang terhadapnya.

12)Meluahkan segala pendapat di dalam majlis perbincangan tanpa memendam perasaan dan mengungkit-ungkitnya kemudian.

13)Mentaati sesuatu keputusan walaupun keputusan itu bercanggah dengan pendapat peribadi.

14)Tidak mengambil tindakan selain daripada apa yang diputuskan semata-mata kerana keputusan tersebut tidak secocok dengan pendapat peribadi.

15)Tidak bertindak untuk mempengaruhi ahli lain demi untuk memenangkan pendapat peribadi.

16)Sekiranya sesuatu bidang tugas telah diberikan kepada satu pihak tertentu sebarang bangkangan ahli-ahli lain hendaklah dilakukan melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan oleh tanzim.

17)Tidak memutuskan sesuatu perkara yang bidang kuasanya telah ditetapkan oleh tanzim kepada pihak atau ahli lain.

18)Tidak sewenang-wenangnya membetulkan atau memandang rendah sesuatukeputusan yang dibuat oleh ahli lain di dalam tanzim sebelum mendapat penjelasan yang sebenar melalui saluran-saluran yang ditetapkan.

19)Seseorang ahli yang ditetapkan / diamanahkan untuk memimpin sesuatu perbincangan hendaklah memerhatikan perkara-perkara berikut:

I) Tidak menyogokkan pendapat sehingga ahli lain tidak mempunyai
pilihan kecuali bersetuju.

ii) Tidak menjadikan syakhsiahnya sebagai sebab bagi ahli menerima
pendapatnya bahkan hendaklah dengan hujah.

iii) Tidak menggunakan kedudukannya sebagai mas’ul atau ketua bagi
menghentikan ahli lain daripada mengeluarkan pendapat.

iv) Bersikap terbuka ketika mendengar pendapat sesiapa sahaja yang
terlibat dalam perbincangan.

v) Membukakan skop perbincangan supaya ahli dapat meneliti segala
perkara dengan adil dan saksama.

vi) Dapat segera menenangkan ahli sekiranya terdapat ketegangan di
dalam perbincangan.

vii) Memberi peluang yang secukupnya bagi ahli-ahli untuk berfikir dan
menimbang sesuatu perkara tanpa sebarang desakan dan tekanan.

20)Memberi thiqah yang sepenuhnya kepada pihak pimpinan yang
memutuskan sesuatu perkara yang tidak dirujuk terlebih dahulu kepada
ahli kerana sesuatu maslahah yang mereka lebih ketahui.

21)Mengakhiri setiap majlis musyawarah dengan muhasabah ringkas sebagai meneutralkan suasana dalam musyawarah dantasbih kifarah bagi memohon keampunan daripada Allah terhadap sebarang kesalahan dan dosa yang dilakukan di dalam perbincangan.


UNGGUL MEMIMPIN GENERASI

No comments: