Wednesday, May 27, 2009

Majlis Jasamu dikenang......



25 mei 2009 tepat 9.51 malam, terima satu mesej dari srikandi yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerajinannya dalam MPMUM, saudari Ayuni....

” Pakaian batik pada jam 7.30 petang dan tunggu di KPS, pengankutan bersama TNC...Fairwel Datuk Idris Haron mantan Tim. Menteri KPT di Hotel Hilton Kuala Lumpur. TNC minta TNYDP pergi.... Harap maklum. ”

Begini lah mesej yang saya terima dari Setiausaha MPMUM. Pada mulanya berat gak nak pergi sebenarnya...


26 Mei 2009, Majlis perpisahan YB Datuk Ir. Idris Haron mantan Timbalan Menteri 1 Kementerian Pengajian Tinggi KPT di Hilton…. YDP(Yang Di-Pertua) Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) sesi 2008/2009 tidak dapat hadir kerana sudah pulang ke kampung halaman.

Jadi jawapannya, timbalannya (TNYDP 1) lah kena ganti mewakili YDP. Mujurlah TNYDP 1 kebetulan free masa tu..

Jadi peneman ayahanda TNC HEP....

Saya bertolak dengan ayahanda Prof Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris selepas Maghrib dengan menaiki Perdana V6 hitam ayahanda sambil dipacu pemandu peribadi ayahanda...Sibuk betul ayahanda membuat panggilan telefon. Kesempatan yang ada, sempat berborak berkaitan masalah-masalah di Universiti Malaya.

Saya melontarkan persoalan berkaitan Minggu Haluan Siswa, FESKUM, dan masalah penilaian mahasiswa untuk menginap di kolej-kolej kediaman.
Soalan lain berkaitan dengan keselamatan di kolej-kolej kediaman. Ayahanda memaklumkan pihak UM telah menambah 18 orang pengawal keselamatan. Pada saya, perlu diperhalusi dan diperincikan lagi bidang tugas pengawal keselamatan.
Pada saya, rukun tetangga di setiap kolej wajib diwujudkan. Jangan terlampau berharap pada pihak keselamatan semata-mata. Pihak JTK dan warga kolej juga mesti turut sama memainkan peranan dalam membantu menangani masalah ini.

Turut hadir YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ( Menteri Pengajian Tinggi).

" Politik 1 seni yang serba memungkinkan apa saja berlaku... " begitulah sebaris ucapan Menteri KPT.

Pada saya, politik ini ibarat roda. Sekejap kita di atas dan sekejap di bawah. Untuk terus kekal, perlu memenangi persepsi.

Saya duduk semeja dengan TNC-TNC dari UNIMAS, UDM, UITM Shah Alam dan ramai lagi. Tidak nampak plak student leader dari kampus-kampus yang lain. Event ini dimeriahkan dengan kehadiran Datuk-Datuk, Datin-Datin, Naib Canselor, TNC-TNC HEP dan kebanyakannya warga KPT.

Berbakat besar juga NC UITM dalam bidang nyayian mendendangkan lagu Broery Marantika, ” Biarlah bulan bicara ”
Sempat lagi TNC HEP dari kampus lain berseloroh menyatakan, ” Lagu ni kacau... ”
Tajuk lagu jadi bahan gurauan. Hanya untuk orang BN... (^_^)

Satu nilai yang sempat saya rakam ketika ucapan YB Idris, yang perlu kita contohi ialah sikap YB Idris, ketika dia mula-mula memegang tanggungjawab sebagai timbalan menteri, dia banyak bertanya kepada orang, macam mana nak jadi timbalan menteri yang baik??? Kita sebagai pimpinan, setidak-tidaknya pimpinan pada diri sendiri, jangan lah ada sikap bodoh sombong. Dah le tak tahu, kemudian berlagak plak tu macam tahu.. Sikap seperti ini perlu dibuang jauh-jauh dalam diri kita.....

Sunday, May 24, 2009

Usahkan Bezakan Ulama Dan Profesional


KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu.


Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan. Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita. Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.


Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?


Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu. Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ - pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.


Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?


Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.


Apa pula maksud profesional?

Pada tanggapan saya orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok. Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.


Bolehkah dikatakan pakar ekonomi dan bidang lain dikenali sebagai ulama memandangkan pengetahuan agama pun ada?


Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut. Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama.

Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.


Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.


Apa nasihat Tuan Guru mengatasi percanggahan pandangan sekarang?


Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah. Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama. Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno, namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.


Sekarang ramai pemimpin tampil merebut jawatan dalam PAS, tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.


Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?


Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.


Tidakkah boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?


Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut ‘Hai Adam apabila kamu turun ke bumi kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah.’ Sekarang apabila perwakilan ramai kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.


Sebelum ini media harian menganggap wujud dua kelompok dalam PAS iaitu pro Endorgan dan konvensional. Benarkah demikian?


Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu ditempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.


Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.


Bagaimana pula dengan isu unity government?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.

Friday, May 22, 2009

No laws exist to remove MBs, says Nizar's lawyers - The Malaysian Insider



PUTRAJAYA, May 21- Lawyers acting for Pakatan Rakyat (PR) Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin today told the Court of Appeal there were no laws to remove any heads of government in Malaysia.


Sulaiman Abdullah said that even if a menteri besar chooses not to resign after losing the support of fellow lawmakers there was noting that could be done.

He said following arguments by lawyers representing Barisan Nasional (BN) MB Datuk Zambry Abd Kadir and the Attorney General would lead to more absurdity.
He said it would mean the King could tell the prime minister that he should step own because he had lost the confidence of members of parliament.

The grounds against removal, he said, were laid out in the Sarawak case of Stephen Kalong Ningkan v the Government of Malaysia 1968.

"The state constitution confers no power on the Governor to dismiss or by any means to enforce the resignation of a chief minister, even when it has been demonstrated that he has lost the confidence of the majority."

In his argument he described the situation as a serious lacuna or a grey area, adding that the matter had never been addressed.

In that case, Stephen Kalong was reappointed as Chief Minister in Sarawak.

However the federal Government imposed emergency rule and amended the state constitution to remove him.

However the amendments during the emergency rule were allowed to lapse after his removal.

Similarly the Perak Constitution does not confer power to dismiss the menteri besar.

There is also no discretion to appoint two people as menteri besar.

Sulaiman said the issue of whether a menteri besar had the support of his fellow lawmakers is not for either the people or ruler to decide but for the "elected pool" in the legislature.

Sulaiman argued that a menteri besar does not hold office at the pleasure of the ruler although he has absolute discretion to decide who should be menteri besar after an election.

He added a mentri besar could at any time seek the dissolution of a legislature and did not have to wait for the end of a five year term.

Ranjit Singh, who also acted for the PR man, told the court that Nizar's state of mind when he met the Perak Sultan to ask for the assembly to be dissolved was of great importance.

During the meeting on Feb 4 Nizar told the ruler the assembly was "deadlocked" with both BN and PR having 28 assemblymen, following the resignation of three independents.

He said Nizar never told the Sultan that he had lost the majority as claimed by the State Legal Advisor and the dissolution was sought under Article 36(2) of the Perak constitution.

Article 32(2) is a general provision for dissolutions which was also written in a draft proclamation which the ruler refused to sign.

This counters arguments by Zambry's lawyers who say Nizar had sought the dissolution under Article 16(6) which provides that the mentri besar should resign if he has lost the majority in the legislature and if the ruler does not allow for fresh elections.

Keputusan Mengenai MB Perak Diketahui 3.30 Petang Jumaat


PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Mahkamah Rayuan akan mengumumkan petang Jumaat keputusannya mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, menetapkan pukul 3.30 petang Jumaat untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.

Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Ekoran keputusan itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkeaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya," kata Abraham.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri atau sama ada Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," kata Abraham.

Beliau berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Abraham juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Abraham berkata bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri -- Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang. Sehingga 5 petang, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," katanya.

Dalam hujahnya, Abraham seterusnya berkata pada 5 Feb, sebelum Sultan Azlan Shah membuat keputusan tentang permohonan Mohammad Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri, baginda telah menerima menghadap dan menemubual Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee, bagi memastikan sama ada Barisan Nasional mendapat sokongan mereka.

Baginda juga menerima menghadap 28 Adun lain, yang mengikrarkan sokongan mereka terhadap BN, bagi memastikan parti gabungan itu mendapat keyakinan majoriti daripada dewan, katanya.

"Setelah berpuas hati yang BN mempunyai majoriti, baginda mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Mohammad Nizar telah hilang keyakinan majoriti serta meminta beliau berundur," katanya.

Sementara itu, dalam penghujahannya, Abdul Gani berkata Mohammad Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi kedua-dua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Mohammad Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Mohammad Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Pada perbicaran sebelah petang, peguam Sulaiman Abdullah, yang mewakili Mohammad Nizar, dalam hujahnya berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan, tetapi berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

Oleh yang demikian, Mohammad Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Mohammad Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri, katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Mohammad Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan itu, Mohammad Nizar berkata: "Tak kiralah apa keputusannya esok, tapi apa yang paling penting ialah sokongan rakyat Perak terhadap saya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, May 20, 2009

Filem Laskar Pelangi (sharing moment)



Tarikh 16hb Mei 2009 merupakan tarikh yang sangat bermakna dan teristimewa buat semua pendidik di Malaysia. Sekalung penghargaan dianugerahkan kepada guru-guru. Hari Guru ??? Penulis teringat sejenak pengorbanan guru-guru penulis yang telah mendidik & banyak berjasa sejak zaman pra-sekolah sehinggalah sekarang…Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik mereka.

Sudah lama penulis tidak meluangkan masa untuk melihat televisyen kerana rumah sewa tidak ada televisyen. Sebarang informasi terkini banyak bergantung pada internet. Kesempatan masa yang ada penulis manfaatkan dengan menyaksikan filem Laskar Pelangi di komputer riba yang kini hampir seusia dengan umur penulis menuntut ilmu di Universitas Malaya. Turut menemani, sahabat seperjuangan Ustaz Wan Azman.

Sebelum ini ada seorang teman penulis, mahasiswa UM yang berasal dari Indonesia mengsyorkan kepada penulis untuk menonton filem ini. Penulis berbisik dalam hati, “Macam best je”...Filem Laskar Pelangi sangat sesuai untuk dihayati oleh bakal pendidik. Selepas sahaja selesai final exam penulis langsung mendownload filem ini daripada You Tube. Sekarang sangat mudah, apa yang kita hajati hanya terletak di hujung jari...Mahu atau tidak sahaja...

Cukup touching melihat kesusahan masyarakat di negara yang paling ramai jumlah umat Islam di dunia. Rasa sebak melihat kesungguhan dan kegigihan seorang guru perempuan yang bernama Bu Muslimah yang tidak kenal erti penat dan jemu dalam mendidik pelajarnya.

Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Buku ini tercatat sebagai buku sastera Indonesia terlaris sepanjang sejarah. Naskah Laskar Pelangi telah diadaptasi menjadi sebuah filem berjudul sama dengan bukunya.

Sinopnis

Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur sekitar tahun 1974. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai pelajar baru sejumlah sekurang-kurangnya 10 orang. Ketika itu baru 9 orang pelajar yang menghadiri hari pertama persekolahan, akan tetapi tepat ketika Pak Harfan, pengetua sekolah, hendak berucap untuk menutup sekolah, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.
Dari sanalah dimulai cerita mereka. Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, perkenalan mereka yang luar biasa di mana A Kiong yang malah cengar-cengir ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus. Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh basikal 80 km pulang pergi dari rumahnya ke sekolah.
Mereka, Laskar Pelangi - nama yang diberikan Bu Muslimah akan kesenangan mereka terhadap pelangi - pun sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai-bagai cara. Misalnya pembalasan dendam Mahar yang selalu dipojokkan kawan-kawannya karena kesenangannya pada okultisme yang membuahkan kemenangan manis pada karnaval 17 Agustus, dan kegeniusan luar biasa Lintang yang menentang dan mengalahkan Drs. Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal, dan memenangkan Lumba Cerdas Cermat. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Albert Einstein cilik itu berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar Pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh Andrea Hirata, kita bahkan bisa merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.

Masih terngiang-ngiang di telinga penulis nasihat Pak Harfan kepada para pelajarnya dengan frasa ” Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya”.

Maaf sekiranya pembaca ngak faham kombinasi bahasa Indonesia + bahasa Malaysia yang penulis gunakan..apa yang penting mesej yang hendak penulis sampaikan pada semua yang membaca perkongsian ini.

Sunday, May 17, 2009

Varsities Urged to Compete in Asian Rankings


PETALING JAYA: More public universities should take part in the newly-introduced Asian University Rankings.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said he had asked the Higher Education Department to get feedback from the institutions on the time frame on when they could do so.

“Although we don’t want our universities to be ‘addicted’ to such rankings, we can use them as an evaluation process of their strengths,” he said.

He said the public universities should make preparations to be involved, adding that private institutions should also be bold enough to be ranked.

Mohamed Khaled was commenting on the five Malaysian public universities which are in the top 100 Asian universities list by QS Quacquarelli Symonds Ltd.


Universiti Malaya (UM) was the highest-ranked Malaysian institution at 39; followed by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) at 51; Universiti Sains Malaysia (USM) at 69; Universiti Teknologi Malaysia (UTM) at 82 and Universiti Putra Malaysia (UPM) at 90.

QS managing director Nunzio Quac­­quarelli said that QS, which compiles the annual Times Higher Education-QS (THE-QS) World University Rankings, had evaluated top Asian universities in the first regional rankings.

On USM, which attained apex (accelerated programme for excellence) status last year, Mohamed Khaled said he hoped to see the institution (which was ranked below UM and UKM) in a better position in future.

“The apex status was launched late last year so we do not expect to see a sudden jump,” he said.

Meanwhile, UM vice-chancellor Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon said he was happy with the results.

“We will continue to work hard until we get to within the top 100 in the THE-QS World University Rankings,” he said.

Prof Ghauth had said after his appointment as V-C last year that he had set a top 200 target in the THE-QS World University Rankings in two years’ time and top 100 in five years.


UKM deputy vice-chancellor (Academic and International Relations) Prof Dr Hassan Basri said the university would use the rankings as a benchmark to perform even better.

“The data for the rankings was acquired last year,” he added.



(taken from The Star Online, 13 May 2009)

Five Malaysian Institutions Among Top 100 Asian Universities



KUALA LUMPUR, May 11 (Bernama) -- University of Malaya (UM) led four other Malaysian universities into the Top 100 Asian Universities list, the first regional ranking issued by The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

UM clinched 39th spot while four other universities on the list were Universiti Kebangsaan Malaysia (51st), Universiti Sains Malaysia (69th), Universiti Teknologi Malaysia (82nd) and Universiti Putra Malaysia (90th).


Managing Director of QS Nunzio Quacquarelli said the result of the QS.com Asian University Rankings was based on regionally relevant measures of excellence.

"The top performing universities were distinguished not only by quality, but also by high productivity of research, compared to their regional peers," he said in a statement here, today.

He said Malaysian universities had performed well, with high numbers of international students and faculties, which made Malaysia an attractive option for international students.


Meanwhile, three Hong Kong universities clinched the top five spots with University of Hong Kong taking up the number one spot, followed by Chinese University of Hong Kong (2nd) and Hong Kong University of Science and Technology (4th).

Japan's University of Tokyo and Kyoto University were ranked third and fifth respectively.

QS is the world's leading information specialist in higher education sector and operates globally from offices in London, Paris, Singapore, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston and Washington.


--BERNAMA
(taken from BERNAMA Online - 11th May 2009)

Saturday, May 16, 2009

Realiti Seorang Guru...




Tarikh 16 Jun setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun. Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.


Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam.

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.( Imam Muslim )

Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;

قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Imam Muslim)

Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari redha Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.


Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri apabila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.

Wahai insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah sebagaimana mafhum hadis Nabi. Siapalah kita tanpa guru. ‘TERIMA KASIH CIKGU’.

SELAMAT HARI GURU

Nukilan seorang bakal guru.

Pertemuan PMIUM bersama NC : Prof Dato Gauth Jasmon


Barisan Kepimpinan PMIUM 09/10 bersama dengan TNC HEP (NC tiada dalam gambar)


5 Mei 2009 : Bangunan Canselori UM

Buat julung-julung kalinya di adakan pertemuan mahabbah di antara Naib Canselor UM ; Prof Dato Gauth Jasmon bersama barisan kepimpinan baru Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)sesi 2009/2010. Pertemuan ini juga dihadiri oleh ayahanda Prof Azarae Idris selaku TNC HEP dan En.Roslan Nik selaku Penolong Pendaftar HEP.

Pertemuan dimulakan dengan amanat sulung Ayahanda NC kepada pimpinan PMIUM. Antara harapan yang di utarakan kepada PMIUM adalah untuk sama-sama menyokong visi terbesar UM pada ketika ini iaitu untuk melonjakkan kembali UM ke tangga antara 100 universiti di dunia dengan memperkasakan kualiti akademik dan penyelidikan. Ayahanda juga menekankan perlunya aspek kecemerlangan sahsiah mahasiswa diberi perhatian seiring dengan usaha melonjakkan kecemerlangan akademik.

Ayahanda NC menyatakan ;

“Harapan saya pada anda semua ialah jalankan aktiviti-aktiviti yang boleh membina kualiti pelajar dan boleh melahirkan insan yang bertaqwa,dan kita perlu bantu orang untuk lebih bertaqwa kepada Allah”

Timb.Presiden PMIUM, Saudari Fasihah Pauzi telah mengutarakan cadangan untuk pihak pentadbiran mengambil serius tentang pengisian rohani dan ilmiah yang perlu lebih diterapkan sepanjang Minggu Haluan Siswa (MHS) kali ini. Ini adalah untuk mengelakkan beberapa kejadian yang tidak di ingini yang pernah berlaku semasa MHS tahun-tahun lalu seperti ; stupid debate dan masalah ragging untuk terus berlaku.

Ayahanda NC telah memberi respon yang baik bahkan menekankan adalah penting untuk memilih Pembantu Mahasiswa yang bersahsiah baik dan mampu menjadi contoh teladan kepada mahasiswa baru yang bakal menjejakkan kaki ke kampus perdana ini.

Ayahanda NC amat komited untuk sama-sama membantu pertumbuhan dakwah Islam di Uni.Malaya tercinta ini. Dan semoga pertemuan sulung ini akan mencetuskan lagi kerjasama yang erat di antara PMIUM dengan pihak pentadbiran UM dalam menyemarakkan agenda dakwah dan islah yang digagaskan oleh kepimpinan PMIUM pada sesi kali ini.

Thursday, May 7, 2009

Pengumuman Penting!!!

Penempatan kolej kediaman: MPMUM serah memorandum TNC HEP -mahasiswakini-








Kuala Lumpur 7 Mei 07:25 a.m | Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) semalam telah menghantar memorandum berkenaan isu penginapan kolej kediaman mahasiswa universiti tersebut bagi sesi depan.

Dalam kenyataan semasa bertemu wakil media pagi semalam, Mohd Fadzil b. Jamal, Pengerusi Biro Kolej Kediaman dan Luar Kampus menyatakan bahawa memorandum berkenaan bertujuan untuk memastikan mahasiswa mendapat tempat tinggal yang selesa demi kepentingan kebajikan mereka.

Hal ini berikutan terdapat beberapa aduan dan rungutan daripada mahasiswa di kolej kediaman kerana tidak dapat tinggal di kolej bagi sesi akan datang atas sebab-sebab yang tidak dapat dikenal pasti.

“Kami ada beberapa tuntutan kepada pihak Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris), dan antara tuntutan kami ialah pihak beliau mengkaji semula dasar dan criteria pemilihan pelajar yang duduk di kolej,” ujar beliau.

Beliau yang juga wakil fakulti bagi Akademi Pengajian Islam menyatakan terdapat sejumlah pelajar yang aktif dalam pelbagai aktiviti kolej tetapi tidak mendapat tempat di kolej kediaman. Sebahagian mereka juga dimaklumkan telah menghantar surat memohon pertimbangan kepada pihak pengetua kolej kediaman masing-masing.

“Dalam kes yang dikemukakan kepada kami, ada kolej yang sebahagian besar pelajarnya dibuang kolej, sebagai contoh di kolej kediaman ke sepuluh, (seramai) 118 orang berjaya dapat kolej dan selebihnya tak berjaya. Tetapi kuantiti optimum penginapan mahasiswa bukan tahun pertama ialah 500 orang sebelum ditambah kemasukan tahun pertama sebanyak 200 orang sesi hadapan,” jelas beliau.

Persoalan juga berkenaan tentang kriteria penginapan kolej, kerana terdapat seramai 80 orang mahasiswa yang dilihat layak atas penglibatan mereka yang sangat aktif dalam program kolej tetapi tetap tidak dapat tempat (penginapan). Rungutan dan surat juga kami terima daripada mahasiswa koleh kediaman kedua, kelima, kelapan, kesebelas dan kedua belas. Ini yang menjadi persoalan tentang prosedur di pihak pentadbiran,”ujar beliau lagi.

Penyerahan memorandum tersebut juga dihadiri oleh Mohd Aizat Salleh, selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa tersebut. Pihak media juga dimaklumkan berkenaan sidang media pada pagi ini jam 10.30a.m di sekritariat MPMUM. -mahasiswakini-

Tuesday, May 5, 2009

MANUAL MEETING (MUSYAWARAH)



Faedah-faedah musyawarah di dalam tanzim (ORGANISASI/PERSATUAN)

Memecahkan permasalahan yang dihadapi oleh persatuan. Ali Ibn Abi Talib
berkata “ Musyawarah itu punca hidayah, dibimbangi kepada orang yang hanya berpegang pada pendapatnya sendiri. Maka bertadabbur sebelum beramal itu menyelamatkan kamu dari penyesalan “

Meningkatkan keupayaan ahli dalam menangani sesuatu masalah bagi
peningkatan prestasi mereka sebagai penggerak di dalam persatuan, kerana penglibatan di dalam proses musyawarah antara lain :

I) Membuka ruang lingkup bidang-bidang permasalahan yang dihadapi di dalam merencana dan melaksanakan.

ii) Menterjemahkan ilmu para ahli kepada amal ketika memecahkan sesuatu masalah yang dihadapi.

iii) Membuat anjuran terhadap segala dasar-dasar dan polisi persatuan.

iv) Memantapkan serta menyelaraskan fikrah ahli-ahli dalam perkara yang berkaitan dengan perjalanan persatuan ( tanzim ) dari segi sikap, pendirian dan pendekatan di dalam menghadapi sesuatu permasalahan.

Mempereratkan ukhuwwah Islamiah dan taawun di kalangan ahli. Ibn Al-Arabi berkata : “Musyawarah itu mendekatkan anggoa jemaah, membersihkan akal, membawa sebab kepada kebenaran dan mana-mana kaum yang bermusyawarah nescaya mendapat petunjuk “.



ADAB-ADAB MUSYAWARAH


Setiap ahli hendaklah melibatkan diri di dalam musyawarah dengan menjaga adab-adab berikut :

1)Bersedia dari segi fikrah dan penumpuan dalam membincangkan sesuatu masalah.Yakin bahawa melibatkan diri di dalam musyawarah adalah satu ibadah.

2)Sentiasa membuka majlis musyawarah dengan tahmid kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan hendaklah berniat ikhlas dalam perbincangan.

3)Merasa bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi.

4)Tidak bersikap menghadiri majlis musyawarah hanya untuk mendengar dan tidak berusaha untuk menyediakan diri bagi tujuan tersebut.

5)Bersikap sederhana dalam memberi atau mempertahankan pendapat.

6)Tidak meninggikan suara dalam memberikan sesuatu pandangan.

7)Tidak bersikap mematahkan hujah orang lain semata-mata dengan tujuan memenangkan pendapat peribadi.

8)Bersikap tawadhuk dengan pendapat sendiri.

9)Jika berbeza pandapat dengan ahli lain, maka haraplah kebenaran itu datang dari pendapatnya, tetapi jika pendapatnya tidak tepat, maka haraplah Allah akan memberi hikmah kepadanya di masa-masa akan datang.

10)Tidak mengulang-ulang sesuatu perkara yang telah jelas difahami oleh ahli kecuali dengan mengulang-ulang sesuatu perkara boleh membawa maslahah kepada mereka.

11)Tidak meleret-leret membincangkan sesuatu perkara sehingga habis waktu dibuang terhadapnya.

12)Meluahkan segala pendapat di dalam majlis perbincangan tanpa memendam perasaan dan mengungkit-ungkitnya kemudian.

13)Mentaati sesuatu keputusan walaupun keputusan itu bercanggah dengan pendapat peribadi.

14)Tidak mengambil tindakan selain daripada apa yang diputuskan semata-mata kerana keputusan tersebut tidak secocok dengan pendapat peribadi.

15)Tidak bertindak untuk mempengaruhi ahli lain demi untuk memenangkan pendapat peribadi.

16)Sekiranya sesuatu bidang tugas telah diberikan kepada satu pihak tertentu sebarang bangkangan ahli-ahli lain hendaklah dilakukan melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan oleh tanzim.

17)Tidak memutuskan sesuatu perkara yang bidang kuasanya telah ditetapkan oleh tanzim kepada pihak atau ahli lain.

18)Tidak sewenang-wenangnya membetulkan atau memandang rendah sesuatukeputusan yang dibuat oleh ahli lain di dalam tanzim sebelum mendapat penjelasan yang sebenar melalui saluran-saluran yang ditetapkan.

19)Seseorang ahli yang ditetapkan / diamanahkan untuk memimpin sesuatu perbincangan hendaklah memerhatikan perkara-perkara berikut:

I) Tidak menyogokkan pendapat sehingga ahli lain tidak mempunyai
pilihan kecuali bersetuju.

ii) Tidak menjadikan syakhsiahnya sebagai sebab bagi ahli menerima
pendapatnya bahkan hendaklah dengan hujah.

iii) Tidak menggunakan kedudukannya sebagai mas’ul atau ketua bagi
menghentikan ahli lain daripada mengeluarkan pendapat.

iv) Bersikap terbuka ketika mendengar pendapat sesiapa sahaja yang
terlibat dalam perbincangan.

v) Membukakan skop perbincangan supaya ahli dapat meneliti segala
perkara dengan adil dan saksama.

vi) Dapat segera menenangkan ahli sekiranya terdapat ketegangan di
dalam perbincangan.

vii) Memberi peluang yang secukupnya bagi ahli-ahli untuk berfikir dan
menimbang sesuatu perkara tanpa sebarang desakan dan tekanan.

20)Memberi thiqah yang sepenuhnya kepada pihak pimpinan yang
memutuskan sesuatu perkara yang tidak dirujuk terlebih dahulu kepada
ahli kerana sesuatu maslahah yang mereka lebih ketahui.

21)Mengakhiri setiap majlis musyawarah dengan muhasabah ringkas sebagai meneutralkan suasana dalam musyawarah dantasbih kifarah bagi memohon keampunan daripada Allah terhadap sebarang kesalahan dan dosa yang dilakukan di dalam perbincangan.


UNGGUL MEMIMPIN GENERASI