Tuesday, April 14, 2009

Hafiz Pertahan Diskusi Tidak Ada Unsur Politik - mahasiswakini


Petaling Jaya 14 April 08:20 a.m | Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Hafiz Ilyas pagi ini menegaskan kepada media berkenaan diskusi ’isu pembacaan ayat suci Al-Quran oleh orang bukan Islam’ yang akan dijalankan oleh majlis perwakilan universiti melalui sekretariat wakil fakulti Akademi Pengajian Islam tersebut adalah bukan atas dasar sentimen politik atau berpihak kepada mana-mana parti di luar.

“Jangan salah anggap, diskusi esok bukan atas dasar ada sentimen politik mana-mana (parti). Kita mahasiswa mesti lebih intelek. Esok perbincangannya intelek dan hujah berdasarkan ilmu. Bukan ahli politik yang kita jemput, tapi intelektual yang faham dan berautoriti untuk bagi hujah,” ujar beliau.

Diskusi tersebut yang akan dibentangkan oleh Prof Madya Dr. Mohd Fakhrudin b. Abd Mukti adalah atas inisiatif majlis perwakilan mahasiswa universiti tersebut berekoran tercetusnya isu penggunaan ayat suci Al-Quran oleh Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming dalam ceramah beliau di Bukit Gantang tempoh hari.

Menurut beliau yang juga Setiausaha Agung Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), diskusi tersebut akan diadakan pada 15 April, Rabu bertempat di masjid Akademi Pengajian Islam universiti berkenaan selepas solat zohor dari pukul 1.30 hingga 2.15 petang.

“Kita mahu mahasiswa lebih intelek, dan ada ilmu untuk bincang apa-apa isu luar. Paling penting adalah nilai ilmu dan berisi, baru kita lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat,”tambah beliau.

Isu nasional tersebut juga telah mengundang beberapa respon dari pelbagai tokoh seperti Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Hafiz ketika ditanya berkenaan fokus beliau dan rakan-rakan dalam memilih isu, beliau menjawab pelbagai isu yang bersifat nasional dan internasional akan di bincang dalam diskusi ilmiah.

“Tak perlu timbul persoalan melebihkan isu keagamaan dalam diskusi (ilmiah) ini. Pelbagai isu kita akan bincang dan jelaskan dari sudut intelek. Kita (MPMUM) tak akan tinggalkan isu mainstream lain, isu ekonomi, politik, sosial akan kita bincang dari sudut mahasiswa dan intelektual. Kita (mahasiswa) yang perlu corakkan masyarakat, bukan masyarakat corakkan kita,” jawab beliau.

Terdahulu, MPMUM melalui wakil fakulti Akademi Pengajian Islam sebelum ini telah menganjurkan diskusi ilmu berkenaan isu penggunaan nama ‘Allah’ oleh bukan muslim dalam menjelaskan isu tersebut dari sudut ilmiah dan intelek.-sumber mahasiswakini

Friday, April 10, 2009

TO ALL MY FRIEND'S...!!!



MOHAMAD HAFIZ BIN ILYAS
(Undergraduates Student Representative Council University of Malaya 2008/2009)

Please forgive me on whatever I' ve done during the time that I served as a leader.

I'm so happy to know you &

I hope that our friendship will last forever.

Wish you all the best in your final examination...study smart k....GOoD LUCK.


Add my Friendster or Facebook (murobbi_87@yahoo.com)

Selamat Menempuh Salah Satu daripada Ujian Dunia...



Salam kecemerlangan…

Semua pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bagi sesi 2009/2010 mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2008/2009. Jangan jadikan kesibukan belajar sebagai alasan utama untuk menjauhkan diri daripada ALLAH S.W.T. Semoga kehidupan kita semua diredhai, beroleh kejayaan di dunia & di akhirat. Ameen Ya Robbal ‘Alameen.. (^_^)