Sunday, March 22, 2009

Family Day Balai Islam Kolej Kediaman


Mahasiswa Harapan Negara


Bakal penggoncang dunia, Timbalan JKP Balai Islam Kolej 8



21hb MAC- Bertempat di gelanggang Kolej Kediaman Kedua Universiti Malaya telah diadakan “Hari Sukan Inter Balai”. Perlawanan bermula pada pukul 3.30 petang. Dua sukan dipertandingkan iaitu futsal dan bola jaring. Permainan futsal khusus untuk mahasiswa dan bolajaring untuk srikandi-srikandi harapan baru rakyat Malaysia.

Sekalung tahniah dirakamkan kepada JKP Balai Islam (Jawatankuasa Tindakan Kolej) Kolej Kediaman Kedua, saudara Nor Hafiz atas kejayaan penganjuran Hari Sukan Inter Balai atau Family Day Balai Islam setiap kolej-kolej kediaman. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) 2008/2009 dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).


Dengan team Kolej Kediaman Pertama

Program seumpama ini sebagai titik mula kearah memupuk persaudaraan sesama mahasiswa Muslim/Islam. Harapan saya kepada semua mahasiswa di Universiti Malaya agar program-program seperti ini diperbanyakkan lagi bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa. Mungkin selepas ini kita variasikan dan libatkan semua persatuan anak-anak negeri, persatuan agama dan sebagainya. Misi MPMUM bagi sesi kali ini sendiri iaitu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa berbilang agama, bangsa dan negara bagi mewujudkan suasana harmoni.

Universiti Malaya merupakan varsiti yang melahirkan pemimpin sejak 1905 lagi. Kebersamaan mahasiswa perlu dititikberatkan bagi menjulang tradisi kecemerlangan secara kolektif.


UNGGUL MEMIMPIN GENERASI



Barisan pemain netball harapan Malaysia :p

No comments: