Tuesday, February 10, 2009

Pendirian MPMUM 08/09 : Isu Pergolakan Politik di Perak


Kenyataan Media
10 Februari 2009

PENDIRIAN MAHASISWA BERHUBUNG ISU PERGOLAKKAN POLITIK DI NEGERI PERAK.

Oleh : Yang Di pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 08/09
Saudara Mohamad. Ridzuan Bin Muhammad



1. PENDAHULUAN


Senario politik Malaysia sekarang ini melihatkan satu fenomena yang menarik . Perubahan gelombang rakyat pada Pilihan Raya Umum yang ke 12 Mac lalu melihatkan keadaan politik malaysia sedang menuju ke arah perubahan . Kemenangan parti oposisi yang terdiri daripada pakatan rakyat (PAS/PKR/dan DAP) di 5 buah negeri di PERAK ,KEDAH, KELANTAN, SELANGOR dan PULAU PINANG pada PRU yang lalu menunjukan bahawa parti yang lama menerajui kepimpinan negara sudah semakin tidak relevan di hati pengundi rakyat malaysia. Tambahan pula gelombang Yb Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan Pilihaaya kecil Permatang Pauh menang di tangan PKR dengan majoriti mudah. Senario ini berterusan di Kuala Terengganu apabila turut di menangi oleh Pakatan Rakyat dari Parti Islam Se-malaysia(PAS) ,ini sekaligus mengukuhkan lagi keadaan politik Malaysia yang di perkatakan . Perubahan mendadak ini memberi impak dan petanda awal bahawa rakyat malaysia mahukan perubahan setelah sekian lama berada di bawah kepimpinan kerajaan sebelum ini.



2. Keadaan Politik Di Perak : Pandangan Mahasiswa


Mahasiswa begitu optimis dalam mendepani massa. Saban hari berita-berita mengenai politik negara digembar-gemburkan. Ternyata kancah politik negara kita tidak pernah gersang dengan pelbagai isu dan propaganda. Hari ini kita dikejutkan dengan berita mengenai kekecohan pemerintahan di Perak. Mahasiswa melihat kekecohan yang melibatkan kepimpinan pakatan rakyat , situasi rakyat dan institusi beraja ini adalah perkara yang sangat serius dan perlu ditanggani segera. Hal ini kerana rakyat perlu diberi rasa penuh keyakinan dan kepercayaan kepada tampuk kepimpinan negara. Adalah sangat menyedihkan apabila berlaku perbalahan diantara kepimpinan sehingga tuntutan-tuntutan dan kepentingan rakyat seolah-olah tidak lagi diutamakan.


Setelah sekian lama kami begitu setia menjadi pemerhati luaran bagi segenap pelusuk politik negara. Krisis kepimpinan di Perak kali ini bukan sahaja melibatkan rakyat dan pemimpin, tetapi juga menyentuh hal kedaulatan institusi beraja . Rakyat Malaysia seringkali menemui jalan buntu dalam memperjuangkan kedaulatan. Oleh sebab itu mahasiswa melihat bahawa isu kedaulatan di Raja harus diperjelaskan dan difahami di setiap peringkat.


Kemarahan sesetengah rakyat terhadap Sultan Perak DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah memerlukan pemerhatian semula kerana kedaulatan sultan perlu di pelihara. Rakyat perlu bijak di dalam menunjukan kemarahan sehingga mencemarkan kedaulatan institusi beraja. Tindakan yang lebih profesional dengan bersua muka dengan sultan perlu di lakukan.

Sultan Perak DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga merupakan Canselor Univesiti Malaya , perlu di pertahankan nama baiknya. Mahasiswa seharusnya tampil untuk menjelaskan situasi yang sebenar melalui pendekatan yang baik , profesional dan intelek.

MPMUM di maklumkan bahawa tindakan sekelompok mahasiswa dari sekretariat presiden-presiden Kolej kediaman (SPKUM) yang akan berdemontrasi di hadapan DEWAN TUNKU CANSELOR adalah suatu yang mengejutkan. Bukannya MPMUM tidak mempesetujui tindakan tersebut , namun sepatutnya penganjuran aktiviti tersebut menjadi isu beRsama . MPMUM merupakan badan belajar yang mendapat mandat majoriti Mahasiswa dan adalah tidak wajar MPMUM di kebelakangkan. Namun MPMUM tetap pihatin dalam isu ini dan tidak sama sekali akan menyekat tindakan untuk bersuara di kalangan mahasiswa, kerana semua ini adalah hak demokrasi mahasiswa yang sama sekali tidak boleh di halang.



3. PENDIRIAN MAHASISWA: Mahasiwa dan Arus Perdana


Mahasiswa merupakan aset terpenting kepada negara. Namun begitu mahasiswa yang betul-betul bernilai adalah yang peka terhadap suasana sekeliling sekaligus menjadikan mereka juga bijak dalam membaca dan menilai mengikut keadaan semasa.


Kami barisan kepimpinan Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya tidak sesekali menafikan akan tugas dan amanah bagi seseorang yang bergelar mahasiswa adalah mempelajari sebanyak mungkin ilmu yang ada. Hal ini kerana hanya dengan ilmulah kita dapat menjadikan diri ini mulia dan dihormati serta bernilai disisi masyarakat.Oleh itu sewajarnya kami menjadi ’Check and Balance’ kepada sebuah tampuk pemerintahan negara Malaysia yang tercinta.



Kami Barisan kepimpinan MPMUM 08/09 dengan ini berpendirian bahawa:

1. Kami melihat tindakan Sultan Perak DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah tidak wajar di persalahkan . Seharusnya persepsi negatif terhadap baginda perlu di jelaskan dengan sebaiknya agar spekulasi ini tidak beterusan sehingga menimbulkan keadaan yang lebih buruk pada masa akan datang. Kedaulatan institusi beraja perlu di pertahankan sebaiknya

2. Kami juga menolak tindakan yang tidak demokratik dan tidak profesional yang di lakukan oleh mana-mana pihak yang telah mencemarkan nama dan politik di negeri perak itu sendiri.

3. Kami juga menyokong tindakan yang dilakukan SPKUM kerana berusaha untuk mempertahankan Maruah Sultan Perak DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah selaku Canselor Universiti Malaya. Tindakan ini menunjukan mahasiswa peka dan prihatin terhdap isu-isu yang berlaku. Kami akan besama-sama dengan semua tindakan yang berusaha untuk menyatakan kebenaran lebih-lebih lagi demi menjaga kedaulatan sultan itu sendiri.

4. Menolak sekiranya ada tindakan mahasiswa atau sesiapa sahaja yang besuara atas kepentingan pihak-pihak tertentu .

5. Kami menggesa agar proses pertukaran di negeri Perak di kaji semula. Ini kerana proses penukaran pimpinan baru hanya boleh berlaku melalui 3 cara sahaja :

• Menteri besar meletakkan jawatan sendiri
• Undi tidak percaya
• Pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihanraya semula.

6. Kami menggesa agar pergolakkan Politik di perak ini dikaji dan selesaikan mengikut undang –undang yang sudah sedia termaktub di dalam perlembagaan.




4. PENUTUP:


Keadaan politik di negeri Perak berada di dalam keadaan yang kritikal lebih-lebih lagi apabila belaku pula kematian YB parlimen Bukit Gantang dan menyebabkan kekosongan kerusi. Sekali lagi Politik Malaysia akan mengalami perubahan . Kami menyeru kepada seluruh rakyat tidak terkecuali sesiapun supaya memandang isu di negeri Perak ini adalah isu bersama dan perlu di beri perhatian demi memastikan kebenaran dan keadilan di dalam kepimpinan negara Malaysia amnya dan negeri Perak khususnya akan menjadi kenyataan.



Di sediakan Oleh :

Mohammad Ridzuan Bin Mohamad
Yang di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 08/09


Di sokong oleh :
Barisan Kepimpinan MPMUM,
Persatuan-persatuan anak-anak negeri Universiti Malaya,
Persatuan-persatuan pelajar Universiti Malaya,
Kelab-kelab Univesiti Malaya,
Pesatuan-persatuan Kaum Univesiti Malaya.

No comments: