Tuesday, February 24, 2009

Isu Kebajikan di Kolej 10 : MPMUM Turun Padang



Penulis sendiri bersama dengan Presiden JTK kolej 10, saudari Diyana



Saudara Zaki selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan MPMUM 08/09 berbincang secara serius



UNIVERSITI MALAYA - Hampir sepuluh bulan Universiti Malaya melancarkan kempen cintai alam sekitar dengan bertemakan ‘ UM We Care’. Kempen ini merupakan rentetan daripada pemanasan dunia yang semakin menjadi-jadi dan kempen ini adalah kempen yang sewajarnya dilaksanakan oleh pihak universiti. Kempen ini disambut baik oleh segenap lapisan di universiti ini, banyak pedekatan yang dilakukan bagi memastikan keberkesanan kempen ini. Di kolej-kolej kediaman pula, mula mengadakan kempen kitar semula dan penanaman tumbuhan hijau di sekitar kampus ini. Kesedaran ke atas bahaya penggunaan polisterin ini perlu diambil serius oleh pihak pentadbiran universiti dan bukan sahaja pihak kolej kediaman sahaja.

Di kesempatan ini ada juga kolej kediaman yang menyahut seruan kempen cintai alam sekitar ini dengan mengharamkan penggunaan polisterin kepada penghuni kolej terbabit. Baru-baru ini, Kolej Kediaman ke-10/ Tun Ahmad Zaidi digemparkan dengan isu polisterin ini. Tindakan mengenakan denda setiap RM1 seorang kepada seluruh penghuni aras kolej kediaman sekiranya terdapat polisterin di aras mereka dan denda akan terus dimasukkan ke dalam akaun mahasiswa adalah tindakan yang tidak wajar sama sekali. Ini kerana tindakan yang dilaksanakan akan membebankan mahasiswa dan mereka yang tinggal di kolej tersebut akan merasa tidak adil kerana hanya mereka sahaja yang terpaksa mengikut peraturan baru itu.

Niat asalnya baik iaitu untuk mencegah penggunaan polisterin di samping mewujudkan suasana yang kondusif tetapi pendekatan yang diaplikasikan membebankan mahasiswa. Berdasarkan survey yang dilakukan kepada warga kolej kediaman ke-10, semua responden merasakan pihak kolej cuba mengaut keuntungan daripada peraturan tersebut. Saya dimaklumkan oleh barisan kepimpinanan kolej kediaman ke-10, gangguan monyet-monyet pun sudah berkurangan di kolej kediaman ke-10. Saya mencadangkan sekiranya dengan metode ini boleh mendidik mahasiswa daripada menggunakan polisterin, duit ini mestilah disalurkan pada tabung dana kebajikan mahasiswa. Ini demi kebaikan mahasiswa itu sendiri.

Belum reda isu ini, timbul pula isu perkhidmatan intenet di kolej ini. Banyak aduan yang Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya ( MPMUM) sesi 2008/2009 terima berhubung isu ini. Pada 23hb Februari 2009, MPMUM telah mengambil inisiatif dengan menghantar 2 orang pimpinan MPMUM iaitu TNYDP1, saudara Mohamad Hafiz Bin Ilyas dan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Mohamad Zaki Bin Abdul Halim bagi meminta penjelasan dari pihak yang terbabit secara langsung dengan masalah ini. Hajat asalnya ingin bersemuka dengan Pengetua Kolej Kediaman ke-10, Prof. Madya Dr. Faizah Binti Yunus, tetapi dia berada di luar kawasan.

Pertemuan selama satu jam lebih dengan Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman ke-10, saudari Nur Diyana Sallehuddin dan barisan kepimpinan JTK telah menghasilkan resolusi dan menyelesaikan beberapa kekusutan yang berlegar-legar di fikiran kita semua. Di peringkat MPMUM, kita menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak kolej bagi menyelesaikan permasalahan ini. Untuk makluman mahasiswa sekalian, pihak JTK telah mengusulkan permohonan untuk menyambung semula perkhidmatan internet di Kolej Kediaman ke-10. Pihak JTK bersama dengan MPMUM bagi menangani isu ini. Sekiranya tiada tindakan yang diambil dalam masa terdekat ini oleh pihak yang bertanggungjawab, kita sendiri akan menyelesaikan isu ini.

Peringkat kita ingin membantu semampu yang mungkin mahasiswa-mahasiswa yang tertindas. Untuk makluman mahasiswa sekalian, visi MPMUM sesi 2008/2009 ialah menjadi sebuah badan kepimpinan mahasiswa yang berkualiti bagi memupuk semangat perpaduan, meningkatkan keintelektualan dan kebajikan mahasiswa. Antara agenda utama perjuangan MPMUM bagi sesi kali ini adalah kebajikan. Misi MPMUM sendiri iaitu menjadi perantara mahasiswa dengan pihak pentadbiran bagi meningkatkan kebajikan mahasiswa.

“Bersama Menjulang Tradisi Kecemerlangan”

1 comment:

Ahlul Bidaah said...

Sampai sekarang internet masih takda kat kolej 10. Ada plug tapi takda line.... sheikh.. please.