Thursday, January 29, 2009

HAFIZ ILYAS kembali semula dengan HARAPAN & PEROBAHAN








Sejarah baru telah terukir dalam diari mahasiswa UM


Belakangan ini jadual harian saya agak padat. Ini nukilan pertama saya selepas period Pilhan Raya Kampus. Bermula sejak petang 19hb Januari 2009, mahasiswa-mahasiswa menanti dengan penuh harapan satu momentum besar akan berlaku di kampus Uni Malaya di Dewan Tunku Canselor. Detik hari keramat 20hb Januari 2009 sekitar pukul 4 pagi sangat bermakna dalam hidupku. Bergenang mataku dibasahi air mata kegembiraan dan kesyukuran sambil disaksikan mahasiswa-mahasiswa yang mengharapkan perobahan di Universiti Malaya.


66.39% mahasiswa sarjana muda turun mengundi



Peratus yang turun mengundi sedikit menurun mungkin disebabkan jadual kuliah yang padat. Mahasiswa yang tinggal di kolej-kolej kediaman terpaksa pulang ke kolej kediaman masing-masing untuk membuang undi. Manakala mahasiswa yang tinggal di luar kampus terpaksa mencuri masa untuk pergi ke Dewan Tunku Canselor. Masa sangat terbatas, sehingga pukul 4.30 petang sahaja. Sepatutnya diisytiharkan hari pengundian sebagai cuti Universiti bagi memudahkan mahasiswa untuk turun mengundi. Peringkat kita sudah banyak kali mengusulkan pengundian diadakan di fakulti masing-masing. Usaha kita ibarat bertepuk sebelah tangan.


Pilihan Raya penuh kontroversi


Bermacam-macam isu timbul sepanjang Pilihan Raya Kampus atau nama barunya pemilihan perwakilan mahasiswa Universiti Malaya. Antaranya isu fitnah TNC HEP terlibat dengan rasuah, isu kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bermacam-macam lagi. Kita serahkan pada pihak berkuasa untuk siasatan selanjutnya. Peringkat saya sendiri, saya bersangka baik dengan semua pihak selagi tidak terbukti bersalah. Kita akan bersama pihak yang benar. Modal insan mesti dihayati oleh semua warga kampus.


Cabaran mengisi kemenangan


Selepas 4 sesi aspirasi memegang tampuk pemerintahan, kini segalanya telah berobah. Bukan mudah untuk mengisi kemenangan. Pesanan saya kepada semua perwakilan mahasiswa yang dipilih oleh warga UM. Buang istilah penggerak mahasiswa @ PRO-M semasa bekerja, ayuh kita bersama membantu menyelesaikan masalah-masalah student UM. Menjadi kebimbangan saya sekiranya kita akan bertelagah sesama kita dan ini secara tidak langsung akan merencatkan tanggungjawab kita yang utama iaitu memperjuangkan keadilan mahasiswa. Seperti yang dijanjikan. Individu muslim mesti mengotakan janjinya, saya akan berlaku adil pada semua dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Itu janji saya.


Hari-hari yang tenang



Selepas ini UM akan kembali tenang seperti sediakala. Inilah yang kita semua harapkan. Iklim seperti ini yang kita dambakan.


I have a dream


Tanpa mengira batasan kaum baik Cina, India, Melayu, Kadazan dan lain-lain, mari kita bersatu hati bersama berganding bahu membangunkan UM dan memperjuangkan hak-hak kita. Yang penting kebersamaan dan kerjasama. Ini merupakan wadah kepada penyatuan.


Menyahut seruan Naib Canselor baru


Prof. Dato. Dr. Gauth Jasmon pernah menyatakan, ”Wawasan universiti kali ini membuat perubahan dan fokus utama adalah dalam research & innovation”. Peringkat kita sangat menyokong usaha murni ini. Kita ingin mengembalikan ranking UM berada di antara ranking universiti yang tertinggi di dunia ini. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pesaing-pesaing kita.


YB Mohamad Hafiz Ilyas


Selepas di umumkan jumlah undi yang tertinggi iaitu sebanyak 5999 jumlah undian, kebanyakan orang yang saya jumpa mengucapkan tahniah YB. Istilah YB pada saya membawa maksud “Yang Berkhidmat”. Sebab apa saya kata begitu, saya bertanding untuk merebut kerusi MPM semata-mata memperjuangkan hak-hak mahasiswa. Tiada langsung belenggu dunia dan kemasyuran yang dikejarkan. Ada yang bertanya, “ Hafiz k yang jadi Presiden MPMUM?” sebelum menjawab persoalan ini, saya nyatakan sekali lagi, niat saya bertanding bukan hendakkan jawatan dan nama. Tidak kisah siapa yang jadi Presiden MPMUM. Apa yang penting???? Hak semua mahasiswa UM terbela.


2hb Februari 2009 akan diadakan satu meeting dengan TNC HEP dan 5hb Februari 2009, majlis watikah perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2008/2009 akan dibuat. Semua persoalan yang berlegar-legar dalam pemikiran kita selama ini akan terjawab.


Penghargaan


Jutaan terima kasih kepada jentera Pro-M, Majlis Pemilihan Perwakilan Mahasiswa, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, pengetua kolej kediaman, staf UM, calon-calon umum & fakulti sama ada sebelah Pro-M @ Penggerak Mahasiswa, wakil calon kempen & tempat mengundi, ahli-ahli fan club, abang-abang SB, pengawal keselamatan, unit kempen, undang-undang, pengecat banner dan penjaga banner yang bersekang mata siang malam, yang terlibat secara langsung & tidak langsung, penyokong setia Pro-M & teristimewa buat warga UM yang mengharapkan perobahan khususnya.


Change has come

Harapan & perobahan telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan di atas pundak-pundak 41 calon-calon yang telah dipilih oleh mahasiswa sendiri. It’s time to change now. Perobahan tidak akan berlaku sekiranya hanya 41 orang perwakilan bekerja tanpa dokongan seluruh mahasiswa UM. Bagi merealisasikan impian ini, peringkat kita mengharapkan kebersamaan saudara & saudari. We unite together for hope & change.


6 comments:

noorhafhizah said...

laksanakan tanggungjawab yg telah diamanahkan! good luck!

izzahyusof said...

assalamalaikum..
1- tahniah & takziah utk anda..semoga anda yg kwn2 yg lain dpt pikul tanggungjawab yg digalas...
2- tolong lakukan perubahan dekat UM ni...maksud sy perubahan pemikiran student UM...sy tahu mungkin anda tak mampu nak ubah secr terang2...tapi boleh gn alternatif lain...cth gn psychology...walaupun sy studnt 1st year, tp dr ape yg perhatikan sikap student & pemikiran student sendiri tak menggambarkan kematangan, intellectual, dan mcm2 lagi...ade yg masih takut2, pastu ade yg suke menakutkan yg penakut...
3- hope kebajikan mahasiswa terjaga bile kabinet br dilantik...nak2 hal surat menyurat & KKD..bnyk sngt kn filter....kalau kat kolej kediaman lg la teruk,....2 3 buln br approve..pastu kn hntr plak kat HEP..lg la 1 hal nak menunggu....hope sngt tentang hal surat menyurat & KKD d pertimbangkan....
hmm rs tu je la kot....tq (^_^)

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Semoga dapat meneruskan tarbiyah di fasa kemenangan.

dr_w said...

Sekadar pandangan kepada calon pro mahasiswa yang menang....

perkasakan aspek keintelektualan-daya fikir-budaya ilmu -

gerakan intelektual mahasiswa.....

cadangan;-

-mengadakan bedah buku-tokoh-diskusi oleh mahasiswa

-mengembalikan speaker corner-pentas pidato

-semarakkan pengedaran risalah-penerbitan-media -akhbar kampus

-pembentangan kertas kerja oleh pimpinan mahasiswa

dll

Fahimy said...
This comment has been removed by the author.
Fahimy said...

Tahniah,
Although the weather is really hot here, your winning did put a smile on many faces especially Abg Ilyas & his Honda Shadow fans.
Keep working and good luck.