Thursday, January 29, 2009

HAFIZ ILYAS kembali semula dengan HARAPAN & PEROBAHAN








Sejarah baru telah terukir dalam diari mahasiswa UM


Belakangan ini jadual harian saya agak padat. Ini nukilan pertama saya selepas period Pilhan Raya Kampus. Bermula sejak petang 19hb Januari 2009, mahasiswa-mahasiswa menanti dengan penuh harapan satu momentum besar akan berlaku di kampus Uni Malaya di Dewan Tunku Canselor. Detik hari keramat 20hb Januari 2009 sekitar pukul 4 pagi sangat bermakna dalam hidupku. Bergenang mataku dibasahi air mata kegembiraan dan kesyukuran sambil disaksikan mahasiswa-mahasiswa yang mengharapkan perobahan di Universiti Malaya.


66.39% mahasiswa sarjana muda turun mengundi



Peratus yang turun mengundi sedikit menurun mungkin disebabkan jadual kuliah yang padat. Mahasiswa yang tinggal di kolej-kolej kediaman terpaksa pulang ke kolej kediaman masing-masing untuk membuang undi. Manakala mahasiswa yang tinggal di luar kampus terpaksa mencuri masa untuk pergi ke Dewan Tunku Canselor. Masa sangat terbatas, sehingga pukul 4.30 petang sahaja. Sepatutnya diisytiharkan hari pengundian sebagai cuti Universiti bagi memudahkan mahasiswa untuk turun mengundi. Peringkat kita sudah banyak kali mengusulkan pengundian diadakan di fakulti masing-masing. Usaha kita ibarat bertepuk sebelah tangan.


Pilihan Raya penuh kontroversi


Bermacam-macam isu timbul sepanjang Pilihan Raya Kampus atau nama barunya pemilihan perwakilan mahasiswa Universiti Malaya. Antaranya isu fitnah TNC HEP terlibat dengan rasuah, isu kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bermacam-macam lagi. Kita serahkan pada pihak berkuasa untuk siasatan selanjutnya. Peringkat saya sendiri, saya bersangka baik dengan semua pihak selagi tidak terbukti bersalah. Kita akan bersama pihak yang benar. Modal insan mesti dihayati oleh semua warga kampus.


Cabaran mengisi kemenangan


Selepas 4 sesi aspirasi memegang tampuk pemerintahan, kini segalanya telah berobah. Bukan mudah untuk mengisi kemenangan. Pesanan saya kepada semua perwakilan mahasiswa yang dipilih oleh warga UM. Buang istilah penggerak mahasiswa @ PRO-M semasa bekerja, ayuh kita bersama membantu menyelesaikan masalah-masalah student UM. Menjadi kebimbangan saya sekiranya kita akan bertelagah sesama kita dan ini secara tidak langsung akan merencatkan tanggungjawab kita yang utama iaitu memperjuangkan keadilan mahasiswa. Seperti yang dijanjikan. Individu muslim mesti mengotakan janjinya, saya akan berlaku adil pada semua dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Itu janji saya.


Hari-hari yang tenang



Selepas ini UM akan kembali tenang seperti sediakala. Inilah yang kita semua harapkan. Iklim seperti ini yang kita dambakan.


I have a dream


Tanpa mengira batasan kaum baik Cina, India, Melayu, Kadazan dan lain-lain, mari kita bersatu hati bersama berganding bahu membangunkan UM dan memperjuangkan hak-hak kita. Yang penting kebersamaan dan kerjasama. Ini merupakan wadah kepada penyatuan.


Menyahut seruan Naib Canselor baru


Prof. Dato. Dr. Gauth Jasmon pernah menyatakan, ”Wawasan universiti kali ini membuat perubahan dan fokus utama adalah dalam research & innovation”. Peringkat kita sangat menyokong usaha murni ini. Kita ingin mengembalikan ranking UM berada di antara ranking universiti yang tertinggi di dunia ini. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pesaing-pesaing kita.


YB Mohamad Hafiz Ilyas


Selepas di umumkan jumlah undi yang tertinggi iaitu sebanyak 5999 jumlah undian, kebanyakan orang yang saya jumpa mengucapkan tahniah YB. Istilah YB pada saya membawa maksud “Yang Berkhidmat”. Sebab apa saya kata begitu, saya bertanding untuk merebut kerusi MPM semata-mata memperjuangkan hak-hak mahasiswa. Tiada langsung belenggu dunia dan kemasyuran yang dikejarkan. Ada yang bertanya, “ Hafiz k yang jadi Presiden MPMUM?” sebelum menjawab persoalan ini, saya nyatakan sekali lagi, niat saya bertanding bukan hendakkan jawatan dan nama. Tidak kisah siapa yang jadi Presiden MPMUM. Apa yang penting???? Hak semua mahasiswa UM terbela.


2hb Februari 2009 akan diadakan satu meeting dengan TNC HEP dan 5hb Februari 2009, majlis watikah perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2008/2009 akan dibuat. Semua persoalan yang berlegar-legar dalam pemikiran kita selama ini akan terjawab.


Penghargaan


Jutaan terima kasih kepada jentera Pro-M, Majlis Pemilihan Perwakilan Mahasiswa, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, pengetua kolej kediaman, staf UM, calon-calon umum & fakulti sama ada sebelah Pro-M @ Penggerak Mahasiswa, wakil calon kempen & tempat mengundi, ahli-ahli fan club, abang-abang SB, pengawal keselamatan, unit kempen, undang-undang, pengecat banner dan penjaga banner yang bersekang mata siang malam, yang terlibat secara langsung & tidak langsung, penyokong setia Pro-M & teristimewa buat warga UM yang mengharapkan perobahan khususnya.


Change has come

Harapan & perobahan telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan di atas pundak-pundak 41 calon-calon yang telah dipilih oleh mahasiswa sendiri. It’s time to change now. Perobahan tidak akan berlaku sekiranya hanya 41 orang perwakilan bekerja tanpa dokongan seluruh mahasiswa UM. Bagi merealisasikan impian ini, peringkat kita mengharapkan kebersamaan saudara & saudari. We unite together for hope & change.


Thursday, January 22, 2009

Pro-Mahasiswa bentuk MPMUM-kosmo-


Pro-Mahasiswa bentuk MPMUM

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my



BARISAN Pro-Mahasiswa UM meraikan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus Majlis Perwakilan
Mahasiswa UM semalam.



KUALA LUMPUR - Barisan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) berjaya memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum dalam pilihan raya kampus universiti itu dan membolehkannya membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) yang baru.

Pemilihan kali ini juga dianggap sengit kerana hanya satu kerusi membezakan antara kedua-dua barisan pelajar yang bertanding itu.

Dalam pilihan raya kampus itu, sejumlah 41 kerusi dipertandingkan dan Pro-Aspirasi memenangi 20 kerusi manakala Pro-Mahasiswa mendapat 19 kerusi. Dua lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas daripada Fakulti Undang-Undang.

Kemenangan Pro-Mahasiswa kali ini membolehkan barisan itu merampas semula tampuk MPMUM yang diterajui oleh Pro-Aspirasi sejak lima tahun lalu.

Seorang calon barisan Pro-Mahasiswa, Mohd. Ridzuan Mohd.,23, berkata, pertandingan kali ini amat sengit kerana hanya satu kerusi yang membezakan kemenangan itu.

"Pertandingan kali ini disifatkan sengit kerana perbezaan kemenangan kali ini adalah kecil. Namun apa yang nyata berlaku penolakan kepada pihak lawan di peringkat umum dan fakulti.

Pro-Aspirasi tewas di UM -Malaysiakini-


Pro-Aspirasi tewas di UM-Malaysiakini
Posted by Pro-M Labels: Berita, Kampus

Dikemaskini Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti
Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.

Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kerusi umum

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:

1)Mohamad Hafiz Ilyas.

2)Ahmad Syazwan Mohd Hassan.

3)Mohamad Ridzuan Mohammad.

4)Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.

5)Chong Yah Huei.

6)Shah Rizul Ayuni Zulkiply.

7)Low Yu Jie.

8)Yap Zhehn Jun.

Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.

Peratusan merosot

Menurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu.

"Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali.

Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can.

Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan.

Prose pengiraan undi

Proses pengiraan undi di Universiti Malaya (UM) semalam panas apa kedua-dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa - masing-masing saling melaungkan-laungkan kata-kata semangat, malam tadi.

Kira-kira 250 pelajar pro-Mahasiswa berpakaian oren berkumpul berhadapan dengan bangunan Canselori yang terletak di sebelah kiri Dewan Tunku Canselor (DTC) - tempat pengiraan undi dijalankan.

Sebelum itu, pelajar pro M berkumpul untuk mengadakan solat hajat dan Isyak berjemaah. Mereka juga tutut membawa bendera Pro-M dan melilit kepala dengan lilitan berwarna kuning tertulis ‘Pro-Mahasiswa'.

Manakala kira-kira 150 pelajar Penggerak Mahasiswa berpakaian serba hitam berkumpul di sebelah kanan dewan tersebut.

Kedua-dua kumpulan membawa kain rentang masing-masing sambil diperhatikan kira-kira 30 wartawan dan jurugambar yang berada di situ.

Kedua-dua penyokong kumpulan tersebut dipisahkan dengan jarak kira-kira 15 meter dan dikawal oleh Sukarelawan Polis UM (Suksis) kira-kira 50 orang sebelum kedua-dua menghampiri pintu masuk utama DTC kira-kira jam 10.30 malam.

Suasana panas

Kedua-dua kumpulan saling berteriakan. Pro-Mahasiswa berteriak ‘Hope and Change, Yes We Can', ‘Hancur, hancur, hancur rasuah' dan ‘Student Power' beberapa kali.

Dalam masa yang sama Penggerak Mahasiswa membalas dengan laungan ‘Fitnah, fitnah, fitnah rasuah', ‘Hidup, hidup, hidup perpaduan' dan ‘sayang, sayang, sayang perpaduan' beberapa kali.

Keadaan menjadi lebih panas, apabila seorang aktivis Penggerak Mahasiswa melaungkan kata-kata berunsur provokasi terhadap pro-Mahasiswa.

Kata-kata tersebut disambut oleh penyokongnya dengan sorakan dan tiupan wisel.

Kemudian pro-Mahasiswa melaungkan ‘Gerak, Gerak, Gerak Rasuah' sambil menunjukan duit kertas RM 10 ringgit kepada Penggerak.

Pilihanraya kampus yang berlangsung semalam mempertandingkan 41 kerusi - 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM

Tuesday, January 6, 2009

Kemenangan Pro-Mahasiswa semakin hampir!



Posted by Razali Md Din

Notis tentang pilihanraya kampus dibebarapa buah kampus telahpun dimaklumkan di kampus-kampus masing. Antara tarikh pilihanraya kampus ialah :

UKM : Penamaan 8 Jan & Buang Undi pada 15 Jan
UIAM : Penamaan 12 Jan & Buang Undi 15 Januari
USM : sama seperti UKM
UITM : 15 Januari > Buang Undi
UM : 14 Januari > Penamaan Calon

Oleh yang demikian, semua wakil Pro-Mahasiswa setiap kampus yang dihubungi telah bersiap sedia untuk menghantar calon untuk bertanding dalam Pilihanraya Kampus kali ini.


Dalam situasi terdesak ini, pihak HEP dan ASPIRASI mengguna taktik lama mereka untuk memilih calon pada saat akhir sekarang. Mereka mengguna modus operandi ugutan tinggal di kolej kediaman, jawatan di kolej dan juga tawaran wang. Ini diakui oleh seorang calon ASPIRASI di sebuah university di utara yangmendapat wang RM 250 selepas menang dalam pilihanraya kampus pada bulan September yang lalu.

Adalah dimaklumkan ada beberapa kampus yang gempar kerana pihak universiti mengimplementasikan penggunaan e-voting pada saat akhir. Ia berlaku di Universiti Institut Teknologi Mara, (UITM) Shah Alam. Di Universiti Malaya, penggunaan e-voting untuk pendaftaran, namun Pro-Mahasiswa akan mendesak pihak pentadbiran universiti supaya memansuhkan penggunaan e-voting. Implementasi fungsi penuh e-voting diadakan tahun depan juga sama akan dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Menjadi persoalan ialah, fungsi HEP yang membuat bengkel untuk calon ASPIRASI, punyai password e-voting yang dimiliki oleh TNC HEPA sehingga SPR juga diwakili oleh pihak HEP. Perkara ini menimbulkan keraguaan daripada sudut kejujuran.

Persediaan pilihanraya kampus bagi Jentera Pro-Mahasiswa kini sedang melakukan gerakerja diperingkat yang terakhir. Persediaan calon penuh di setiap fakulti akan memberi impak dalam pilihanraya kampus kali ini di seluruh Malaysia. Moga fasa perubahan ini, membuka mata warga kampus untuk memilih calon yang benar-benar kompiten dan berwibawa dalam membawa isu mahasiswa. Pro-Mahasisswa akan menang kali ini. Percayalah! -promahasiswaum.blogspot.com-