Saturday, October 18, 2008

Hope & Change


Assalamu’alaikum
Salam sejahtera
Salam harapan & salam perobahan

Mahasiswa & mahasiswi yang saya kasihi sekalian....

Sudah sekian lama kita menantikan perobahan di varsiti perdana ini. Tempoh empat tahun aspirasi memerintah, sudah terang lagi bersuluh masalah kebajikan masih lagi membelenggu bakal-bakal graduasi harapan negara bahkan semakin kronik. Ayuh rakan-rakan, kita bangun dari lamunan, kita tidak mahu melahirkan pemimpin-pemimpin yang hanya gah gambarnya di poster semata-mata dan hebat beretorika di pentas-pentas pidato dan perdebatan. Kita hendak melahirkan pemimpin yang sedikit percakapannya, tetapi perjuangan menegakkan kebajikan mahasiswa menjadi keutamaannya.



Pro-Mahasiswa(Pro-M) merupakan alternatif terbaik dan relevan dengan kondisi kita pada hari ini. Pada Pilihan Raya Kampus(PRK) sesi 2008/2009 ini, Pro-M menawarkan
5 agenda utama kepada seluruh warga kampus Universiti Malaya iaitu akademik, perpaduan, kebajikan, kepimpinan dan agenda perobahan. Tanpa mengira batasan kaum, Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan dan sesiapa sahaja. Marilah kita bersatu dibawah satu payungan. We unite together for hope and change cause we love UM.