Friday, September 12, 2008

Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadith Nusantara (SIQAH)

Majlis perasmian ini sangat bermakna dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Hari tersebut merupakan hari yang terindah kepada saya kerana buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya menjadi Pengerusi Majlis formal (skema) (^_^)


Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadith Nusantara (SIQAH)


27 ogos 2008 – Tradisi dan budaya keilmuan yang wujud di dunia Melayu pada hari ini adalah hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan para ulamanya. Penat lelah mereka diterjemahkan melalui pengajaran dan penghasilan manuskrip telah berjaya membantu meningkatkan tahap keilmuan dan kefahaman masyarakat terhadap Islam. Inisiatif mereka dalam memantapkan pendidikan anak bangsa dengan penubuhan pelbagai pusat pendidikan dan pengajian sama ada berbentuk tradisional ataupun moden telah menggalakkan penyebaran ilmu dan mengurangkan tahap kejahilan dalam kalangan masyarakat.


Rentetan daripada itu, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadith Nusantara (SIQAH) bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Seminar ini bertemakan Menjejaki Khazanah Warisan Hadhari Pengajian Al-Quran dan Hadith Nusantara. Majlis perasmian ini sangat bermakna dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



No comments: