Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya 'Aidilfitri dari Anak Perantauan

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Selamat Hari Raya 'Aidilfitri dari Duta Pro-M kepada anda semua.......

Saksikan Takbir raya tv9!!!

















13 september – seramai 25 orang mahasiswa dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) telah menghadiri satu rakaman Program Takbir Raya TV 9 di Masjid Al-Bukhori, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur. Rakaman bermula sekitar jam10 pagi.

Program ini turut melibatkan finalis Akademi Al-Quran seperti Abdullah Fahmi, Anuar Hasin, finalis Akademi Nasyid, kumpulan nasyid Saujana, dan artis tanah air seperti Fazley zainal, Nik Adruce(aktor filem Tentang Bulan) dan ramai lagi.

Persatuan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2008/2009 buat julung kalinya diamanahkan untuk menguruskan peserta-peserta dari APIUM. Untuk merapatkan lagi ukhwah Islamiah dan ikatan sesama jabatan dan program di APIUM, PMAPIUM telah meminta wakil dari setiap jabatan dan program untuk menjayakan program takbir raya ini.

Friday, September 12, 2008

Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadith Nusantara (SIQAH)

Majlis perasmian ini sangat bermakna dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Hari tersebut merupakan hari yang terindah kepada saya kerana buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya menjadi Pengerusi Majlis formal (skema) (^_^)


Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadith Nusantara (SIQAH)


27 ogos 2008 – Tradisi dan budaya keilmuan yang wujud di dunia Melayu pada hari ini adalah hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan para ulamanya. Penat lelah mereka diterjemahkan melalui pengajaran dan penghasilan manuskrip telah berjaya membantu meningkatkan tahap keilmuan dan kefahaman masyarakat terhadap Islam. Inisiatif mereka dalam memantapkan pendidikan anak bangsa dengan penubuhan pelbagai pusat pendidikan dan pengajian sama ada berbentuk tradisional ataupun moden telah menggalakkan penyebaran ilmu dan mengurangkan tahap kejahilan dalam kalangan masyarakat.


Rentetan daripada itu, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadith Nusantara (SIQAH) bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Seminar ini bertemakan Menjejaki Khazanah Warisan Hadhari Pengajian Al-Quran dan Hadith Nusantara. Majlis perasmian ini sangat bermakna dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.