Monday, July 14, 2008

MAHASISWA BERSAMA MANGSA KEBAKARAN



Disediakan oleh Mohamad Hafiz Ilyas


Sabtu, 12 Julai, Pantai Dalam - Satu kejadian yang tidak diingini telah menggemparkan penduduk perumahan setinggan Kampung Pantai Baharu, Kerinci. Sebanyak 13 keluarga telah hilang tempat bergantung yang mana rumah mereka hangus dijilat api dalam sekelip mata. Kebakaran berlaku lebih kurang pukul 1 petang.

Semua mangsa ditempatkan sementara di Stadium Hoki Kuala Lumpur. Dalam keadaan mangsa-mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab ”menangguk di air yang keruh”. Saya sempat berbual dengan Abang Lan, orang lama yang tinggal di kawasan tragedi. Dia menyatakan sepatutnya yang menerima bantuan 13 orang sahaja, tetapi yang datang mencecah sehingga 28 orang.

Turut tampil menyalurkan bantuan, YB parlimen Pantai Dalam, YB Nurul Izzah, wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP), Ma’aruf Club (UIAM) dan banyak lagi. Rentetan daripada bencana ini, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) sesi 08/09 telah mengambil inisiatif turun padang bersama masyarakat bagi meringankan beban dan melahirkan simpati dengan mangsa-mangsa kejadian.

PMIUM yang diterajui oleh Muhammad Haafizuddin b Abi Rerah telah menunjukkan mahasiswa juga turut bersama-sama rakyat dan merasai keperitan yang dialami golongan yang terbabit. Usaha murni seperti ini wajar dicontohi oleh semua pihak terutamanya mahasiswa kerana merekalah yang bakal mencorakkan masa depan negara pada suatu hari nanti.

No comments: