Tuesday, July 29, 2008

Cetusan Hati JKP Balai Islam KK8 08/09




Cetusan hati

JKP Balai Islam JTK Kolej Kediaman Kinabalu 2008/2009 untuk anda semua...





Assalamualaikum..

Salam sejahtera..

Salam perpaduan..

Salam perkenalan..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat meneruskan pengajian sesi 2008/2009 kepada saudara dan saudari. Keberadaan sahabat sekalian secara khususnya amat bermakna kepada warga Kolej Kediaman Kinabalu dan secara umumnya kepada varsiti kesayangan kita semua.

Paradigma mengenai Balai Islam

Sebagaimana kita semua sedia maklum, secara umumnya fungsi Balai Islam ialah untuk orang Islam beribadat menunaikan kewajipan yang dipertanggungjawabkan. Saya lebih suka melihat Balai Islam ini dari sudut sebagai pusat kesarjanaan ilmu dan pencetus perpaduan. Sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya yang merdeka dan bertamadun, kita mestilah menerapkan modal insan yang positif ini ke dalam setiap jiwa-jiwa kita. Usah biar diri kita dibelenggu dengan gejala yang tidak bermoral yang boleh memusnahkan impian yang kita dambakan selama ini.

Program-program/aktiviti-aktiviti untuk muslim & non-muslim

Pada sesi kali ini, Balai Islam telah merencanakan beberapa aktiviti secara berkala. Ada yang berbentuk mingguan, bulanan dan sebagainya. Antaranya yang terdekat projek Ihya’ Ramadhan. Di samping itu Balai Islam ada juga menganjurkan program yang melibatkan integrasi kaum iaitu Minggu Mahabbah Kinabalu. Program ini melibatkan Chinese Community (CC) , Indian Community (IC) , ”International Student” di Kolej Kediaman Kinabalu dan dijangka berlangsung pada semester hadapan. Selain itu, kelas Mari Belajar Al-Quran Secara Mudah, kelas Fardu ’Ain untuk kaum hawa, ceramah motivasi, Kempen Jom Ke Surau, kuiz dan banyak lagi..

I Have a DREAM...

Besarlah harapan Balai Islam kepada saudara dan saudari untuk memberi kerjasama dan partisipasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan bagi merealisasikan visi dan misi kolej. Saya berpegang pada prinsip kebersamaan wadah penyatuan. Hubungan kesepakatan sesama mahasiswa muslim dan non-muslim mestilah diperkukuhkan lagi supaya wujud suasana yang harmonis di universiti perdana ini.

Bagi yang muslim, kita semestinya bersyukur kerana di kolej yang tercinta ini terdapat surau yang tersergam indah. Ianya bukanlah hanya replika perhiasan semata-mata. Surau ini untuk kita semua. Manfaatkanlah dengan semaksimanya sementara masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Berkuasa. Segala jasa baik saudara dan saudari akan dibalas setimpal dengan kebajikan yang dilakukan walaupun sebesar biji sawi.

Jika ada sebarang permasalahan berkaitan Balai Islam Kolej Kediaman Kinabalu, teguran membina, pandangan, komentar, cadangan, dan sebagainya boleh terus berhubung dengan Mohamad Hafiz Bin Ilyas (Pengerusi JKP Balai Islam)

JTK Kolej Kediaman Kinabalu sesi 2008/2009 di talian (013-6298043)

1 comment:

~*Nurul Fitrah*~ said...

kalau kat 12th..
ktaorng ade prog moon light fun walk.. yg best nye..sume kaum participate..n b4 jalan2 malam tue...ade baca doa n so on..

maybe this thing can be implement at 8th college.